Utusan Najib Arah Keluar Maklumat Jho Low Dalam Laporan Audit 1mdb Yang Disediakan Ketua Audit Negara


Bekas Perdana Menteri Najib Razak didakwa tahu kes 1MDB dan pelik cuma seakan mengakui ditipu Jho Low sahaja. – Foto Jinwei Foundation/New Straits Times

Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa mengarahkan laporan asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh Ketua Audit Negara semasa itu, Tan Sri Ambrin Buang dipinda.

Utusan Malaysia melaporkan menurut sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas Perdana Menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.


Loading... Sumber berkenaan mendakwa, pindaan itu difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di pejabat Perdana Menteri bersama Ambrin yang dikatakan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Tan Sri Shukri Mohd. Salleh.

Utusan diberitahu Ketua Audit Negara sekarang, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad telah membentangkan laporan asal 1MDB tersebut kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Madinah dijangka akan membentangkan laporan asal itu kepada Kabinet dalam masa terdekat dan seterusnya dalam prosiding siasatan 1MDB oleh PAC pada awal bulan depan.

Sumber itu memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB.

Sehubungan itu, sumber Utusan tersebut mendakwa, adalah pelik jika bekas Perdana Menteri dalam wawancara bersama Sinar Harian semalam hanya mengakui ditipu oleh Jho Low berdasarkan perkembangan terbaharu yang berlaku sekarang.

Pada 30 Oktober lalu, Ambrin yang kini mempengerusikan jawatankuasa siasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan bagaimanapun menafikan pindaan dibuat terhadap laporan asal 1MDB yang disediakan oleh beliau.

Penafian itu dibuat susulan kenyataan Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Poh yang mendakwa laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda atas arahan individu tertentu.

Kah Poh semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lalu mendakwa pindaan telah dibuat semasa kerajaan terdahulu, dan menurutnya beberapa agensi termasuk SPRM, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhkan’ untuk menyiasat isu berkenaan ketika itu.

PAC dijadualkan memanggil Ambrin dalam prosiding siasatan 1MDB tetapi kemudian ditangguhkan. Prosiding itu dijadualkan semula pada 4, 5 dan 6 Disember ini setelah PAC mendapatkan nasihat Peguam Negara.

Pada 2016, laporan audit yang dilakukan terhadap 1MDB telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Status rahsia laporan itu dibatalkan pada 15 Mei lalu, selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/utusan-najib-arah-keluar-maklumat-jho.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sandiwara Najib Buang Maklumat Jho Low Osa Laporan Audit

Sandiwara Najib Buang Maklumat Jho Low Osa Laporan Audit

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 341 hits
Najib Razak arah padam maklumat Jho Low kerajaan letak laporan AUDIT 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi Mungkin Najib tidak cuba tutup skandal 1MDB cuma menyekat modal PH Foto Utusan oleh Shahbudin Husin Walaupun tidak disebut dalam bentuk pen...
Ketua Audit Negara Madinah Dedah Najib Tahu Audit 1mdb Dipinda

Ketua Audit Negara Madinah Dedah Najib Tahu Audit 1mdb Dipinda

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 361 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mula menyiasat dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1 Malaysia Development Berhad yang didedahkan baru baru ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan perkara terseb...
Utusan Dedah Najib Arahkan Padam Aktiviti Jho Low Dalam 1mdb

Utusan Dedah Najib Arahkan Padam Aktiviti Jho Low Dalam 1mdb

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 372 hits
SUMBER berita milik Umno Utusan Online semalam mendedahkan bagaimana Najib telah mengarahkan supaya pembabitan dirinya dan penjenayah paling dikehendaki negara Jho Low dipadam daripada laporan aktiviti 1MDB Utusan yang memetik sumber melapo...
Madinah Najib Juga Arah Sendiri Laporan Audit 1mdb Dipinda

Madinah Najib Juga Arah Sendiri Laporan Audit 1mdb Dipinda

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 466 hits
25 Nov 2018 Selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan audit 1MDB kata Ketua Audit Negara Madinah Mohamad Ia termasuklah perenggan berkenaan peny...
Utusan Najib Pengkhianat Negara Jika Ubah Laporan 1mdb

Utusan Najib Pengkhianat Negara Jika Ubah Laporan 1mdb

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 268 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak boleh dianggap sebagai pengkhinat negara jika terbukti beliau mengarahkan pindaan semula laporan jawatankuasa parlimen mengenai 1MDB kata akhbar milik Umno Utusan Malaysia Pojok Awang Selamat dalam Mingguan...
Pemilik The Edge Najib Suruh Saya Keluar Dari Rumahnya Selepas Saya Bagitahu Jho Low Mencuri Duit 1mdb

Pemilik The Edge Najib Suruh Saya Keluar Dari Rumahnya Selepas Saya Bagitahu Jho Low Mencuri Duit 1mdb

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 317 hits
Pemilik akhbar The Edge Datuk Tong Kooi Ong menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang pernah mengakui tidak mengenali ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low Menurut Tong Najib telah diberi amaran tentang peng...
Najib Arah Sembunyikan Kehadiran Jho Low Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1mdb

Najib Arah Sembunyikan Kehadiran Jho Low Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1mdb

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 288 hits
Najib sebelum ini mengatakan beliau tidak kenal Jho Low Kenyataan ini dipinda kemudiannya menyatakan bahawa beliau kenal Jho Low tetapi hanya dari segi professional Jabatan Audit Negara Malaysia mengesahkan bahawa Jho Low menghadiri mesyuar...
Wayang Kulit Najib Di Sebalik Arahan Pinda Laporan Audit 1mdb

Wayang Kulit Najib Di Sebalik Arahan Pinda Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 409 hits
Walaupun tidak disebut dalam bentuk pengakuan yang jelas tetapi nyata boleh difahami oleh sesiapa saja bahawa Najib Razak secara tidak langsung mengakui beliau telah mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan audit 1MDB Berhubung pended...
Video Najib Mengaku Mungkin Ditipu Jho Low Skandal 1mdb

Video Najib Mengaku Mungkin Ditipu Jho Low Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 283 hits
Jika sebelum ini bekas menteri dan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengaku semua ditipu dalam skandal 1MDB kini giliran Najib pula mengakui ditipu Jho Low Foto Sinar Harian LIVESHAH ALAM Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau ditipu...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Heidi Moru Aku Ada Chord