Pemilik Hospital Bangladesh Ditahan Kerana Keluar Sijil Bebas Covid 19 Kepada 6 300 Pesakit


DHAKA: Seorang pemilik hospital di Bangladesh, yang dituduh mengeluarkan ribuan keputusan ujian Covid-19 palsu kepada pesakit di 2 kliniknya ditahan pada Rabu ketika cuba melarikan diri ke India.
Menurut polis, penahanan itu menamatkan operasi memburu Mohammad Shahed atas tuduhan memberi sijil palsu kepada pesakit yang mengesahkan mereka bebas Covid-19 tanpa menjalankan sebarang ujian.
Shahed, 42, antara salah seorang daripada 12 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu, dikatakan ada kaitan dengan sindiket penipuan.
Pakar memberi amaran pengeluaran dokumen palsu itu akan memburukkan lagi situasi pandemik di negara berpopulasi 168 juta rakyat itu dengan mencetuskan keraguan terhadap ketulenan sijil yang dikeluarkan klinik.
“Suspek ditahan di tebing sempadan sungai ketika cuba melarikan diri ke India dan memakai purdah,” kata seorang jurucakap Batalion Tindakan Pantas (RAB), Kolonel Ashique Billah kepada AFP.
“Hospital miliknya menjalankan 10,500 ujian koronavirus, di mana 4,200 adalah asli dan selebihnya, 6,300 laporan ujiannya dikeluarkan tanpa melakukan ujian.”
Shahed juga dituduh kerana mengenakan caj bagi pengeluaran sijil dan rawatan virus itu walaupun mencapai persetujuan dengan kerajaan untuk memberikan rawatan percuma.
Seorang doktor terkenal dan suaminya juga ditahan atas pertuduhan mengeluarkan ribuan sijil ujian palsu di sebuah makmal di Dhaka.
Dakwaan penipuan itu dikhuatiri boleh menjejaskan pendatang asing yang mahu ke luar negara di mana pengiriman wang merupakan kunci ekonomi Bangladesh, menurut Shakirul Islam dari kumpulan hak pendatang asing OKUP.
Kerajaan Itali minggu lepas menangguhkan penerbangan ke Rom dari Bangladesh untuk mengekang penularan wabak dalam komuniti.
Ia susulan beberapa penumpang yang tiba dari Dhaka menunjukkan tanda positif Covid-19.
“Sebilangan warga Bangladesh yang diuji positif di Itali didakwa membawa sijil Covid-19 negatif dari Bangladesh,” dakwa Islam.
“Kerajaan perlu memastikan kualiti ujian Covid-19 di makmal tempatan demi pasaran kerja luar negara.”
Hampir AS$19 bilion dihantar pulang ke Bangladesh dengan anggaran 12 juta pekerja asing tahun lepas, menurut data bank pusat.
Bangladesh mencatatkan lebih 193,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 2,457 kematian setakat ini.
Namun, pakar perubatan mendakwa angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi kerana jumlah ujian yang dilakukan amat sedikit.
Negara itu membuka semula kegiatan ekonomi selepas melaksanakan perintah berkurung pada hujung Mei walaupun kes baru ketika itu meningkat. FMT
The post Pemilik hospital Bangladesh ditahan kerana keluar sijil bebas Covid-19 kepada 6,300 pesakit appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/17/pemilik-hospital-bangladesh-ditahan-kerana-keluar-sijil-bebas-covid-19-kepada-6300-pesakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Covid 19 Di Bangladesh Lebih Rela Mati Di Rumah Berbanding Tinggal Di Hospital

Pesakit Covid 19 Di Bangladesh Lebih Rela Mati Di Rumah Berbanding Tinggal Di Hospital

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 471 hits
Di saat rakyat negara lain menagih bantuan kesihatan rakyat di Bangladesh dilaporkan lebih rela mati di rumah berbanding di hospital Pilihan yang dibuat rakyat Bangladesh ini nyata mengejutkan orang ramai seluruh dunia selepas negara ini me...
Mulai Besok Warga Harus Kantongi Surat Bebas Covid 19 Saat Keluar Masuk Makassar

Mulai Besok Warga Harus Kantongi Surat Bebas Covid 19 Saat Keluar Masuk Makassar

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 305 hits
Warga yang hendak keluar dan masuk ke Kota Makassar Sulawesi Selatan harus mengantongi surat keterangan bebas Covid 19 Kebijakan pembatasan wilayah mulai diterapkan pada Minggu besok Tadinya akan diberlakukan pada Sabtu hari ini tapi kita u...
Fakta Baru Surat Bebas Covid 19 Djoko Tjandra Hasil Tes Orang Lain

Fakta Baru Surat Bebas Covid 19 Djoko Tjandra Hasil Tes Orang Lain

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 310 hits
Ya menurut keterangan dokter bahwasanya yang dateng dengan yang di TV beda
Rakyat Bangladesh Takut Ke Hospital

Rakyat Bangladesh Takut Ke Hospital

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 231 hits
Dhaka Ribuan katil yang disediakan di hospital terbiar kosong tanpa pesakit walaupun Bangladesh sedang berdepan peningkatan kes jangkitan Covid 19 Ini kerana orang awam takut mengunjungi hospital disebabkan reputasi hospital yang tidak bera...
Nenek Gelang Pink Menghidap Covid 19 Dirawat Di Hospital

Nenek Gelang Pink Menghidap Covid 19 Dirawat Di Hospital

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 615 hits
SUARA MERDEKASEORANG wanita warga emas yang tular di media sosial selepas makan di sebuah restoran dengan tangannya memakai tag menandakan dia perlu menjalani kuarantin rumah disahkan menghidap Covid 19 Wanita itu berusia berusia 72 tahun d...
Selangor Berjaya Capai 92 Peratus Pesakit Pulih Covid 19

Selangor Berjaya Capai 92 Peratus Pesakit Pulih Covid 19

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 247 hits
SHAH ALAM 15 JULAI Selangor merekodkan jumlah pesakit pulih Covid 19 tertinggi iaitu pada kadar 92 peratus sehingga kini kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata jumlah itu sekali gus hampir sama dengan kadar pesakit pulih n...
China Keluar Amaran Kewujudan Virus Baharu Lebih Bahaya Daripada Covid 19

China Keluar Amaran Kewujudan Virus Baharu Lebih Bahaya Daripada Covid 19

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 297 hits
China keluar amaran kewujudan virus baharu lebih bahaya daripada COVID 19 di Kazakhstan NUR SULTAN Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu pneumonia tidak dikenali yang dikatakan lebih berbahaya dar...
Kubur Pesakit Covid 19 Digali Semula Selepas Ujian Swab Negatif

Kubur Pesakit Covid 19 Digali Semula Selepas Ujian Swab Negatif

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 365 hits
Bandung Sepuluh jenazah yang dikebumikan mengikut prosedur seperti mana mana pesakit yang dijangkiti COVID 19 digali semula selepas keputusan ujian saringan mendapati mereka negatif daripada jangkitan itu Detik News melaporkan mereka adalah...
4 Kapal Pelni Kembali Berlayar Ke Manokwari Calon Penumpang Wajib Tes Bebas Covid 19

4 Kapal Pelni Kembali Berlayar Ke Manokwari Calon Penumpang Wajib Tes Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 303 hits
PT Pelayaran Indonesia kembali mengoperasikan empat kapalnya untuk melayani penumpang dari dan menuju Manokwari Papua Barat
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Budak Kilat

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wajah Lebih Berseri Selepas 15 Hari Menggunakan Eau Thermale Av Ne Vitamin Activ Cg Range

Kenali Hipodontia Kehilangan Gigi Secara Genetik Yang Tidak Disedari

Psychology Of Brand Names

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Exciting Ios 26 Beta Revelation Surprising New Name Emerges For Apple S Homepad

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong