China Keluar Amaran Kewujudan Virus Baharu Lebih Bahaya Daripada Covid 19


China keluar amaran kewujudan virus baharu lebih bahaya daripada COVID-19 di Kazakhstan
NUR-SULTAN: Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.
Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.
“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.
“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.
Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.
Difahamkan, terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku pada bulan Jun, yang turut melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu.
“Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan,” tambah kedutaan itu lagi.
Berdasarkan laporan daripada agensi berita Kazinform, seramai 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dimasukkan ke hospital saban hari.
Menurut agensi itu lagi, sebanyak 1,700 kes pneumonia dikesan di seluruh negara pada Jun, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kazakhstan melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.
Begitupun, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara itu.
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dalam satu ucapan di televisyen pada Rabu mengatakan keadaan kekal serius dan masih terlalu awal untuk melonggarkan sekatan sepenuhnya.
Tambahnya, negara itu “sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia,” menurut agensi berita Rusia Tass.
Awani
The post China keluar amaran kewujudan virus baharu lebih bahaya daripada COVID-19 appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/10/china-keluar-amaran-kewujudan-virus-baharu-lebih-bahaya-daripada-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Berbahaya Dari Covid 19 China Keluarkan Amaran Wujudnya Virus Baharu

Lebih Berbahaya Dari Covid 19 China Keluarkan Amaran Wujudnya Virus Baharu

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 210 hits
Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu pneumonia tidak dikenali yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID 19 Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sej...
Virus G4 Selesema Babi Baharu Di China Mampu Cetus Pandemik Seperti Covid 19

Virus G4 Selesema Babi Baharu Di China Mampu Cetus Pandemik Seperti Covid 19

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 413 hits
Pakar kesihatan kini sedang memantau secara teliti strain baharu influenza yang tiba tiba muncul yang mana menurut para saintis dibawa oleh babi dan secara genetik ia serupa dengan Selesema Babi Jenis selesema yang baharu itu mengakibatkan ...
Memang Nampak Tak Bahaya Tapi Virus Ini Lebih Kuat Varian Terbaharu Covid 19 Makin Mudah Berjangkit

Memang Nampak Tak Bahaya Tapi Virus Ini Lebih Kuat Varian Terbaharu Covid 19 Makin Mudah Berjangkit

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 283 hits
Kajian saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus COVID 19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat Mutasi baharu itu menjadikan virus berkenaan lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kes...
Kemunculan Virus Baru Yang Lebih Bahaya Dari Covid 19 Di Kazakhstan

Kemunculan Virus Baru Yang Lebih Bahaya Dari Covid 19 Di Kazakhstan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 288 hits
Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu pneumonia tidak dikenali yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID 19 Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sej...
Kumpulan Penyelidik Dakwa Virus Covid 19 Boleh Tersebar Lebih Dari Jarak 2 Meter

Kumpulan Penyelidik Dakwa Virus Covid 19 Boleh Tersebar Lebih Dari Jarak 2 Meter

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 268 hits
GENEVA Covid 19 boleh tersebar menerusi udara lebih daripada jarak dua meter lapor sebuah kumpulan penyelidik antarabangsa pada Isnin Kumpulan berkenaan disertai 239 saintis antarabangsa AFP melaporkan menurut kumpulan berkenaan berkata apa...
Sajat Lebih Bahaya Dari Covid 19 Tolonglah Jakim Ambil Tindakan

Sajat Lebih Bahaya Dari Covid 19 Tolonglah Jakim Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 257 hits
Beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat susulan tindakannya memuat naik video dan gambarnya hanya memakai bikini yang didakwa netizen agak seksi dan keterlaluan Selain Pencetus Ummah Amin menyeru netizen s...
Saintis Di China Dakwa Temui Virus Baharu Pada Khinzir Mungkin Boleh Berjangkit Kepada Manusia

Saintis Di China Dakwa Temui Virus Baharu Pada Khinzir Mungkin Boleh Berjangkit Kepada Manusia

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 425 hits
Sejenis selesema babi yang berpotensi menjangkiti manusia dan boleh menyebabkan wabak lain telah dikenal pasti oleh para saintis Virus berkenaan yang disebut oleh penyelidik sebagai G4 EA H1N1 dikesan melalui analisis daripada 30 000 sampel...
Hujan Batu Berbentuk Seperti Virus Covid 19 Landa Beijing Cetus Tanda Tanya

Hujan Batu Berbentuk Seperti Virus Covid 19 Landa Beijing Cetus Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 423 hits
Hujan batu berbentuk seperti virus COVID 19 landa Beijing cetus tanda tanyaWabak Virus Parti Komunis China sekali lagi melanda ibu kota China Beijing yang membawa kepada gelombang kedua
Terkini Covid 19 Satu Kluster Baharu Dikesan Di Kuching Dengan 2 Kes Positif Kkm

Terkini Covid 19 Satu Kluster Baharu Dikesan Di Kuching Dengan 2 Kes Positif Kkm

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 272 hits
Satu kluster baharu dikesan di Kuching Sarawak melibatkan sebuah syarikat kejuruteraan umum Kementerian Kesihatan Menurut satu kenyataan rasmi sebanyak dua kes positif COVID 19 dilaporkan daripada kluster tersebut Kes pertama kluster ini ad...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord