Pemilihan Parti Keadilan Ditangguh Ke Mei 2022


 



Pemilihan parti bagi pemegang jawatan KEADILAN sesi 2022 hingga 2025 ditangguh ke tarikh baharu dari 13 Mei sampai 18 Mei 2022.



Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, penangguhan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam.
Katanya, KEADILAN telah mengeluarkan notis pekeliling perubahan tarikh bagi kesemua jawatan termasuk sayap wanita dan pemuda di peringkat Cabang yang akan diadakan selama lima hari pada bulan Mei ini.
"Pemilihan diadakan pada tarikh yang sama bagi jawatan presiden, timbalan presiden serta empat naib presiden dan jawatan yang sama di sayap wanita serta pemuda bagi peringkat pusat.
"Mesyuarat semalam juga menetapkan 8 April hingga 10 April sebagai hari pencalonan bagi peringkat Cabang. Sementara 11 April ditetapkan untuk pencalonan untuk jawatan MPP," katanya.
Menurut Saifuddin lagi, kelayakan memilih tertakluk kepada anggota KEADILAN yang berdaftar sebelum atau pada 31 Januari 2022. Hanya anggota yang memenuhi syarat berkenaan sah memilih barisan calon pimpinan di peringkat pusat atau cabang.
"Daftar anggota parti untuk kegunaan pemilihan 2022 akan dikeluarkan kepada cabang-cabang mulai 24 Februari ini. Manakala calon-calon yang bertanding dalam apa jua peringkat jawatan akan dibekalkan dengan daftar pemilih parti selepas pencalonan mereka disahkan oleh JPP," katanya.
Manakala kelayakan bertanding, sambung Saifuddin, adalah kepada anggota-anggota KEADILAN yang mendapat pencalonan daripada dua orang anggota yang telah menjelaskan yuran keanggotaan serta layak mengundi dan menjadi anggota parti tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh kelulusan anggota 31 Jan 2022
Tambah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, penangguhan pemilihan selaras dengan peruntukan Fasal 47.3 Perlembagaan KEADILAN.
Sebelum ini, pemilihan parti dijadualkan pada 22 hingga 29 April dan Kongres Nasional dari 10 hingga 12 Jun ini.
Pencalonan pula bermula 11 hingga 19 Mac, namun tarikh itu bertembung dengan Pilihan Raya Negeri Johor yang jatuh pada 12 Mac ini.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/pemilihan-parti-keadilan-ditangguh-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadilan Umum 7 Calon Tiada Kerusi Diberi Ke Parti Lain

Keadilan Umum 7 Calon Tiada Kerusi Diberi Ke Parti Lain

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 171 hits
KEADILAN mengumumkan 7 lagi calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor sekaligus melengkapkan 20 kerusi kesemuanya Tiada satu kerusi pun diberikan kepada Muda Dalam ucapan pengumuman calon di Kampung Kopok Baru petang tadi P...
Senarai Rasmi Parti Dan 239 Calon Prn Johor 2022

Senarai Rasmi Parti Dan 239 Calon Prn Johor 2022

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 357 hits
RASMI DARI SPR HARI INI26 FEBRUARI 2022UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUTSEKIAN TERIMA KASIH
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh Kini Pengarah Pilihan Raya Pkr Pusat

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh Kini Pengarah Pilihan Raya Pkr Pusat

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh kini adalah Pengarah Pilihan Raya Pusat manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat Dr Zaleha Mustafa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Setiausaha Wanita PKR Nurin Aina berkata...
Harap Pemilihan Tidak Pecah Belahkan Parti

Harap Pemilihan Tidak Pecah Belahkan Parti

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 115 hits
NORMAN RADZUANDituduh geng baju hitam kartel RafiziHARAP PEMILIHAN TIDAK PECAH BELAHKAN PARTI Sebenarnya seperti saya katakan pada artikel yg lalu kemenangan BN di Johor ada pro kon utk PH Apa sebenarnya yg lebih membimbangkan saya ialah pe...
Aplikasi Pengundian Pemilihan Parti Sedang Dibangunkan Dr Zaliha

Aplikasi Pengundian Pemilihan Parti Sedang Dibangunkan Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 161 hits
Aplikasi ADIL yang bakal digunakan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2022 dalam peringkat akhir pembangunannya dan bakal diluncurkan dalam masa yang terdekat Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Musta...
Permohonan Terkini Online Rumah Mampu Milik Golongan B40 2022 Sewa Bermula Rm124 Sebulan

Permohonan Terkini Online Rumah Mampu Milik Golongan B40 2022 Sewa Bermula Rm124 Sebulan

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 221 hits
Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2022 anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR MyHome dan rumah transit Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm