Pemilihan Agong Baharu Akan Diketahui Esok



KUALA LUMPUR - Sembilan Raja Melayu akan bermesyuarat esok bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu yang akan bersemayam bagi tempoh lima tahun.

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja yang dijadual berlangsung di Istana Negara jam 10.30 pagi diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lepas.

Loading...
Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kini dipegang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang turut memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong sehingga urusan pelantikan ketua negara yang baharu selesai.

Menurut Seksyen 2, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.


Hanya Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan itu.

Menurut laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja membekalkan satu kertas undi setiap Raja dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda.

Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperoleh undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.

Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun. 

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/pemilihan-agong-baharu-akan-diketahui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biodata Sultan Pahang Ydp Agong Yang Baharu Dilantik

Biodata Sultan Pahang Ydp Agong Yang Baharu Dilantik

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 680 hits
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Pekan Baginda adalah anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Sultan Ahmad Shah dengan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Pada 1 Julai 1975 bag...
Pemangku Raja Pahang Yang Di Pertuan Agong Baharu

Pemangku Raja Pahang Yang Di Pertuan Agong Baharu

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 535 hits
Pemangku Raja Pahang Yang di Pertuan Agong baharu Posted By on January 10 2019Kerabat Diraja Pahang bercadang menabalkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang lapor The New Str...
Proses Pemilihan Yang Di Pertuan Agong

Proses Pemilihan Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 915 hits
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 32 Ketua Utama Negara bagi Persekutuan dan Isterinya Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di Pertuan Agong yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala o...
Clj Serah Memorandum Tolak Campur Tangan Eksekutif Dalam Pemilihan Ydp Agong

Clj Serah Memorandum Tolak Campur Tangan Eksekutif Dalam Pemilihan Ydp Agong

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 410 hits
Pengarah Concerned Lawyers for Justice Tuan Hafiz Norkhan menyerahkan memorandum kepada setiausaha politik YAB Perdana Menteri menegaskan peri pentingnya urusan pemilihan Yang diPertuan Agong dilaksanakan bebas dari sebarang campur tangan p...
Pemilihan Yang Di Pertuan Agong Ke 16 Hari Ini

Pemilihan Yang Di Pertuan Agong Ke 16 Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 272 hits
Diterbitkan Hari ini 9 28 pagi Majlis Raja Raja mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi memilih Yang di Pertuan Agong ke 16 dan Timbalan Yang di Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun Pemilihan akan dibuat melalui pengundian oleh sembilan Raj...
Arul Optimis Wajah Baharu Unikl

Arul Optimis Wajah Baharu Unikl

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 225 hits
Pengendali Universiti Kuala Lumpur Arul Selvaraj melahirkan keyakinan dengan wajah baharu pasukannya untuk membawa cabaran bagi berdepan juara Piala Tan Sri P Alagendra Tenaga Nasional Berhad dalam aksi ketiga Liga Hoki Malaysia di Stadium
Saya Kecewa Masalah Begini Masih Berlaku Di Zaman Malaysia Baharu Manogaran

Saya Kecewa Masalah Begini Masih Berlaku Di Zaman Malaysia Baharu Manogaran

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 329 hits
TANAH RATA Calon PH PRK Cameron Highlands M Manogaran kecewa majlis makan malam amal yang sepatutnya diadakan di Dewan Serbaguna Tringkap esok dibatalkan tempahannya pada saat akhir dipercayai hasil campur tangan pihak tertentu Saya kecewa ...
Unboxing Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Baharu Yang Romantis Dan Menenangkan Jiwa

Unboxing Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Baharu Yang Romantis Dan Menenangkan Jiwa

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 449 hits
UNBOXING GEL MANDIAN WANGIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU YANG ROMANTIS DAN MENENANGKAN JIWA Yeaaay cerita Enchanteur datang lagi Enchanteur memang antara jenama kegemaran mummy dari dulu hingga kini Mummy yakin kebanyakan orang sangat kenal den...
Dollah Salleh Sudah Ada Bayangan Dua Pemain Import Baharu Pahang

Dollah Salleh Sudah Ada Bayangan Dua Pemain Import Baharu Pahang

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 439 hits
Selepas pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh disahkan sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia 2019 berkuatkuasa semalam pengendali skuad tok gajah memberi bayangan akan membawa masuk dua pemain import berbisa bag...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia