Proses Pemilihan Yang Di Pertuan Agong



Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya. (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 32 (3) - Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.

Proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong baharu perlu dibuat apabila akan berlaku kekosongan akibat tamat tempoh lima tahun, kemangkatan atau seperti dinyatakan Perkara 32 (3).

Apabila terdapat kekosongan pada jawatan Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-raja akan menjalankan fungsinya sepertimana dalam Perkara 38(6)(a) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Hanya sembilan Raja Melayu yang menjadi ahli Majlis Raja-Raja akan membuat pemilihan itu pada mesyuarat khas yang ditetapkan.

Cara pemilihan itu dilakukan adalah seperti berikut:
Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali Raja itu belum dewasa atau seseorang Raja itu tidak berhasrat dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Seseorang Raja juga tidak layak untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong sekiranya Majlis Raja-raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

Majlis Raja-raja bertindak menurut budi bicara berhubung peranan memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya.

Berkaitan proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Seksyen 2, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.

Jika Raja itu tidak menerima tawaran tersebut, Majlis Raja-raja akan menawarkan jawatan itu kepada Raja yang negeri berikutnya dalam senarai pemilihan itu dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan tersebut.

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Senarai pemilihan tersebut dinyatakan dalam Seksyen 4 yang bermaksud, pada pemilihan pusingan pertama, senarainya adalah mengikut pengiktirafan keutamaan antara raja-raja sendiri.

Namun, bagi pemilihan pusingan selepas itu, senarai pemilihan adalah mengikut kedudukan Negeri di dalam senarai yang disusun mengikut raja di negeri-negeri yang mana, mana-mana raja yang telah menerima jawatan Yang di-Pertuan Agong akan dipindahkan ke hujung senarai pemilihan.

Pada Seksyen 4(2)(b), Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, ada dinyatakan “apabila ada sesuatu perubahan Raja sesuatu Negeri yang ada dalam senarai ketika itu, Negeri itu hendaklah dipindahkan ke hujung senarai itu.”

Peruntukan ini menunjukkan ada kemungkinan bagi negeri Pahang yang baru saja memasyhurkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan lalu akan diletakkan di hujung senarai pemilihan yang terkini berdasarkan kepada Seksyen 4(2)(b) itu.

Ada kemungkinan Pahang yang sepatutnya dalam senarai teratas akan beralih kepada hujung senarai pemilihan kerana perubahan Raja yang berlaku di negeri tersebut. Namun keputusan tertakluk kepada budi bicara Majlis Raja-Raja.

Laman web rasmi Majlis Raja-raja turut mengandungi maklumat prosedur bagaimana pengundian dijalankan.

Sekiranya Raja atau Sultan negeri tersebut berada dalam senarai teratas dan bersetuju untuk dicalonkan, baginda boleh diundi secara sulit oleh Majlis Raja-raja.

Kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat sama. Kemudiannya kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti serta dimusnahkan sama ada dibakar atau dirincih di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.

Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Dalam mesyuarat pemilihan itu, hanya Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan itu.

Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan membekalkan satu kertas undi pada setiap Raja dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda.

Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun raja itu gagal memperoleh undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.

Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas itu, barulah Majlis Raja-raja mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

Sumber asal Bernama dengan sedikit edit.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/01/hjx.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Yang Di Pertuan Agong Ke 16 Hari Ini

Pemilihan Yang Di Pertuan Agong Ke 16 Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 249 hits
Diterbitkan Hari ini 9 28 pagi Majlis Raja Raja mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi memilih Yang di Pertuan Agong ke 16 dan Timbalan Yang di Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun Pemilihan akan dibuat melalui pengundian oleh sembilan Raj...
Tidak Bincang Pelantikan Yang Di Pertuan Agong Tun M

Tidak Bincang Pelantikan Yang Di Pertuan Agong Tun M

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 325 hits
JOHOR BAHRU Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pertemuannya dengan Sultan Johor hari ini tidak membincangkan soal pelantikan Yang di Pertuan Agong Yang itu soal raja raja tidak ada kena mengena dengan saya ujar Perdana Menteri apabila ditanya ...
Pemangku Raja Pahang Yang Di Pertuan Agong Baharu

Pemangku Raja Pahang Yang Di Pertuan Agong Baharu

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 505 hits
Pemangku Raja Pahang Yang di Pertuan Agong baharu Posted By on January 10 2019Kerabat Diraja Pahang bercadang menabalkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang lapor The New Str...
Sultan Perak Pangku Jawatan Yang Di Pertuan Agong

Sultan Perak Pangku Jawatan Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 459 hits
OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM Mesyuarat Raja Raja yang berlangsung hari ini memutuskan supaya Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di Pertuan Agong Perkara demikian dimaklumkan sumber terdekat kepada Sult...
Presiden Pas Sembah Takzim Pemasyhuran Kdymm Yang Di Pertuan Agong Xvi

Presiden Pas Sembah Takzim Pemasyhuran Kdymm Yang Di Pertuan Agong Xvi

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 368 hits
Merafak sembah dan menjunjung kasih di atas permasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah sebagai Yang di Pertuan Agong XVI Patik pimpinan dan...
Sultan Muhammad V Letak Jawatan Yang Di Pertuan Agong Ke 15

Sultan Muhammad V Letak Jawatan Yang Di Pertuan Agong Ke 15

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 721 hits
Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 berkuat kuasa 6 Januari 2019 Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata Seri Paduka memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Du...
Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 605 hits
PEKAN Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di Pertuan Agong Ke 16 Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang ya...
Legal Controversies On Current Election And Succession Of The Yang Di Pertuan Agong

Legal Controversies On Current Election And Succession Of The Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 370 hits
Muhammad Shafee Abdullah Advocate Solicitor Executive Summary This article is intended to provide useful background pertaining to the election of the Yang di Pertuan Agong It is written with special reference to the imminent election of the...
Yang Di Pertuan Agong Ke 16 Daulat Tuanku

Yang Di Pertuan Agong Ke 16 Daulat Tuanku

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 341 hits
Yang di Pertuan Agong ke 16 Daulat Tuanku The post appeared first on
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri