Pemerintahan Bashar Al Assad Di Syria Berakhir



Rakyat Syria meraikan berita pemerintahan Bashar Al-Assad telah berakhir. — Foto AFPDAMSYIK: Kumpulan Pejuang Rakyat Syria mengisytiharkan telah berjaya menawan Damsyik selepas serangan yang dilakukan pada Ahad hingga menyebabkan Presiden Syria Bashar Al-Assad melarikan diri sekaligus menamatkan lima dekad pemerintahaan Parti Baath di Syria.
Penduduk di Damsyik, dilihat bersorak di jalan-jalan utama di ibu negara Syria itu selepas kumpulan anti kerajaan mengumumkan pemergian Assad dan mengisytiharkan Damsyik bebas.
Pemerintahan Assad dilaporkan berjaya ditumbangkan dalam tempoh kurang dua minggu sejak kumpulan Islam Hayat Tahrir al-Sham (HTS) melancarkan gerakan mencabar lebih lima dekad penguasaan oleh keluarga Assad.
“Selepas 50 tahun penindasan di bawah pemerintahan Baath, dan 13 tahun jenayah dan kezaliman dan (paksa) perpindahan… kami mengumumkan hari ini berakhirnya tempoh gelap ini dan permulaan era baharu untuk Syria,” kata kumpulan penentang itu pada Telegram.
Perdana Menteri Syria Mohammed al-Jalali berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan “mana-mana kepimpinan yang dipilih oleh rakyat Syria”.
Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, memberitahu AFP “Assad meninggalkan Syria melalui lapangan terbang antarabangsa Damsyik”.
AFP tidak dapat mengesahkan laporan itu namun sumber yang rapat dengan Hizbullah berkata pejuang dari sekutu utama Assad telah meninggalkan kedudukan mereka di sekitar Damsyik.
HTS berkata pejuang mereka juga telah memecah masuk ke dalam penjara di pinggir ibu negara, kemudian mengumumkan “berakhirnya era kezaliman di penjara Sednaya” yang dikatakan menjadi tempat penderaan paling teruk.
Situasi di Damsyik berlaku hanya beberapa jam selepas HTS berkata mereka telah menawan bandar Homs dan dalam perjalanan ke ibu negara.
Kementerian pertahanan sebelum ini menafikan bahawa kumpulan penentang telah memasuki Homs, menyifatkan keadaan di sana sebagai “selamat dan stabil”.
Homs terletak kira-kira 140 kilometer (85 batu) di utara ibu negara dan merupakan bandar besar ketiga yang dirampas oleh pemberontak yang memulakan kemaraan mereka pada 27 November lalu. — Sumber AFP






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/pemerintahan-bashar-al-assad-di-syria.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Bashar Al Assad Melarikan Diri Pemerintahan Syria Jatuh Kata Pemantau Peperangan

Presiden Bashar Al Assad Melarikan Diri Pemerintahan Syria Jatuh Kata Pemantau Peperangan

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 156 hits
Kerajaan Syria tumbang setelah kumpulan pemberontak mengumumkan mereka telah memasuki ibu kota Damascus Pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights yang berpangkalan di Britain melaporkan bahawa Presiden Bashar al Assad telah melari...
Kumpulan Pembebas Umum Kerajaan Syria Tumbang Bashar Al Assad Larikan Diri

Kumpulan Pembebas Umum Kerajaan Syria Tumbang Bashar Al Assad Larikan Diri

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 117 hits
AgensiKumpulan pembebas umum kerajaan Syria tumbang Bashar al Assad larikan diriPemberontak mengisytiharkan Damsyik sebagai wilayah bebas daripada cengkaman pemimpin tersebut Gambar ReuterKUMPULAN pembebas Syria mendakwa mereka telah berjay...
Tentera Iran Lari Meninggalkan Bashar Assad Syria Bakal Tumbang Dalam Masa Terdekat

Tentera Iran Lari Meninggalkan Bashar Assad Syria Bakal Tumbang Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 116 hits
3 Pegawai Kanan Tentera Iran memberitahu New York Times bahawa mereka memulakan pemindahan keluar Pegawai Kanan dan anggota Tentera Iran dan Kor Pengawal Revolusi Iran IRGC dari SyriaIni susulan Rejim Bashar Assad akan tumbang dalam masa te...
Berakhirnya Regim Diktator Al Assad Apa Yang Akan Berlaku Di Syria

Berakhirnya Regim Diktator Al Assad Apa Yang Akan Berlaku Di Syria

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 125 hits
HarapandailyDATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWAKejatuhan Bashar adalah petanda jatuhnya sebuah regim diktator yang diasaskan oleh ayahnya Hafez Al Asad sejak 50 tahun yang lalu Pemerintahan keluarga Al Asad selama ini menyaksikan penindasan te...
Rejim Assad Di Syria Tumbang Pm Jamin Peralihan Kuasa

Rejim Assad Di Syria Tumbang Pm Jamin Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 117 hits
Malaysiakini nbsp Pemerintah keluarga Assad selama lima dekad di Syria berakhir selepas pejuang pembangkang menguasai Damsyik pada awal pagi Ahad Presiden Syria Bashar al Assad yang memegang kuasa selama 24 tahun selepas menggantikan bapany...
Awas Demi Israel Raya Jatuhnya Bashar Al Assad Memudahkan Israel Menguasai Bukit Golan

Awas Demi Israel Raya Jatuhnya Bashar Al Assad Memudahkan Israel Menguasai Bukit Golan

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 132 hits
Israel rampas wilayah di kawasan dikuasai Syria di Bukit GolanAgensiKERETA kebal Israel mengambil kedudukan di sempadan dengan Syria berhampiran perkampungan Druze Majdal Shams di Bukit Golan yang diilhamkan Israel pada 8 Disember 2024 GAMB...
Rejim Bashar Assad Jatuh Setelah 12 Tahun Perang

Rejim Bashar Assad Jatuh Setelah 12 Tahun Perang

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 141 hits
2 pegawai kanan Kerajaan Syria memberitahu Reuters bahawa Presiden Syria Bashar Assad sudah meninggalkan Damsyik dan ke kawasan yang tidak diketahuiPresiden Bashar Assad dipercayai menaiki pesawat II 76 berlepas dari Lapangan Terbang Antara...
Rezim Assad Tumbang Bashar Al Assad Melarikan Diri Ke Rusia

Rezim Assad Tumbang Bashar Al Assad Melarikan Diri Ke Rusia

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 446 hits
Pasukan oposisi menyatakan Suriah telah terbebas dari kekuasaan Presiden Bashar al Assad Ahad Bashar Al Assad melarikan diri dari Damaskus di tengah serbuan pasukan oposisi ke ibu kota Suriah tersebut Larinya Bashar al Assad menandai tumban...
Perlis Potensi Sumbang Lebih 20 Padi Negara Syria Barat Terkejut

Perlis Potensi Sumbang Lebih 20 Padi Negara Syria Barat Terkejut

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 164 hits
1 Perlis potensi sumbang lebih 20 peratus padi negara KANGAR Perlis dijangka mampu menyumbang lebih 20 peratus kepada pengeluaran beras negara sekiranya pesawah di negeri ini mengadaptasi penggunaan teknologi mesin menanam padi atau transpl...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Imam Abu Hanifah Sisih Jawatan Demi Tolak Kezaliman

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Kompang Warisan Johor


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Pentingnya Sticker Label Dalam Meningkatkan Daya Tarik Dan Jualan Produk

Jalan Jalan Di Kampung Baru Kuala Lumpur

Hadiahkan Coklat Custom Untuk Hari Jadi Akak Hadiah Manis Penuh Makna

Hidup Akan Bersinar Kembali Insya Allah

Virtual Events And Domain Branding

Drama Keluarga Itu