Perlis Potensi Sumbang Lebih 20 Padi Negara Syria Barat Terkejut


 
1. Perlis potensi sumbang lebih 20 peratus padi negara..
KANGAR: Perlis dijangka mampu menyumbang lebih 20 peratus kepada pengeluaran beras negara sekiranya pesawah di negeri ini mengadaptasi penggunaan teknologi mesin menanam padi atau transplanter.
Teknologi ini berpotensi meningkatkan hasil padi negeri sehingga 240,000 tan metrik semusim, berbanding hanya 135,000 tan metrik yang dihasilkan melalui kaedah tradisional kini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian […] (Sila rojok HarakahDaily)


2. Sawah padi jadi kolam, petani di Perlis kerugian jutaan ringgit Disember 2, 2024 @ 3:38pm 
Pemandangan kawasan sawah padi di Tambun Tulang, Arau yang masih digenangi air akibat limpahan air Sungai Tambun Tulang sehingga menjadikannya bagaikan sebuah kolam atau lautan yang besar. - Foto NSTP/Aizat Sharif
ARAU: Hujan berterusan yang melanda Perlis pada minggu lalu tidak hanya membawa kepada keadaan banjir di beberapa daerah di negeri itu, malah ia juga menyebabkan kemusnahan pada tanaman padi yang diusahakan hampir 1,000 petani di sekitar kawasan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Tambun Tulang, di sini.
Malah, kapasiti air Sungai Tambun Tulang di Terusan Arau yang melimpah sehingga memenuhi segenap pelusuk petak sawah padi turut menyebabkan kebanyakan sawah padi di Perlis kini tidak ubah seperti sebuah kolam renang yang besar sehingga menyebabkan kerugian mencecah hampir RM5 juta.
Situasi yang sama turut berlaku di kawasan penanaman padi di Kampung Bakong, Tambun Tulang apabila aliran air dari Sungai Perlis pula melimpah memasuki bendang sawah padi yang diusahakan oleh petani di kawasan itu.
Seorang petani yang juga ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kampung Banat, Tambun Tulang Shahidan Ismail, 61 berkata, masalah yang berlaku adalah akibat limpahan air Sungai Tambun Tulang yang sering terjadi apabila hujan lebat berterusan berlaku di negeri itu.
"Dalam tahun ini, limpahan ini sudah tiga kali berlaku di mana ia berlaku setiap kali hujan lebat berterusan di kawasan ini dan bagi kami petani, kami tidak salahkan musibah seperti banjir dan hujan lebat yang terjadi.
"Sebaliknya kegagalan pihak berwajib (MADA) yang melakukan langkah awal menyediakan beg pasir atau meninggikan ban di Sungai Tambun Tulang ini sebagai punca utama sawah padi yang diusahakan kami tenggelam akibat limpahan air sungai itu. 
"Kejadian ini bukanlah pertama kali sebaliknya sudah bertahun-tahun sudah terjadi tetapi tidak ada penyelesaian yang jitu daripada kerajaan dan petani di sini menderita apabila padi yang sudah pun seminggu baharu tumbuh tenggelam akibat kejadian ini," katanya ketika ditemui di Tambun Tulang, hari ini.
Katanya, limpahan air sungai yang terjadi minggu lalu itu adalah yang terbesar di mana panjang ban itu adalah 500 meter.
"Bagi kami sebagai petani yang mengerjakan sawah padi di Kampung Banat ini, hujan yang melanda pada minggu lalu itu adalah yang paling teruk sehingga air yang melimpah dari Sungai Tambun Tulang itu memasuki rumah penduduk berhampiran sungai berkenaan.
"Tidak terhenti di situ juga, ia terus mengalir memasuki kawasan bendang sawah padi yang sudah pun kami usahakan sehingga mewujudkan satu pemandangan seolah-olah kolam besar atau lautan seluas mata memandang," katanya.
Rakannya pula, Hasmizan Abu Seman, 57, berkata kawasan sawah padi yang tenggelam ini dianggarkan sekitar 300 hektar membabitkan kawasan kampung di Kampung Banat, Kampung Teluk, Kampung Alor Banat dan sebahagian di Kampung Bakong dan Behor Mempelam.
"Situasi yang berlaku ini (sawah padi tenggelam) akan mengambil masa yang lama antara 20 hari hingga sebulan untuk banjir dalam bendang itu benar-benar kering disebabkan laluan air ini agak jarang berlaku kerana ia (limpahan air) masuk ikut Sungai Tambun Tulang namun ia tidak boleh dialirkan keluar ke sungai yang sama. 
"Sebaliknya ia akan mengalir keluar laluan sungai ke bandar Kangar iaitu di Pengkalan Asam barulah ia dapat dialirkan sehingga ke laut dan untuk hal ini juga, kita meminta kerajaan untuk menyediakan satu pam yang besar untuk menyedut keluar air dari bendang ini ke dalam Sungai Tambun Tulang di Terusan Arau.
"Perkara ini pun sudah diajukan kepada pengurusan MADA serta Exco Pertanian tetapi masih tidak ada penyelesaian dalam mengatasi masalah ini dan diharapkan ada penyelesaian daripada kerajaan terhadap masalah ini," katanya. (BH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang, mengapa kementerian pertanian dan keterjaminan makanan masih bersikap mandom, x aktif dan lembab terhadap kebangkitan pertanian negara? Mana hasil 'keterjaminan makanan'? 


Pesan Akhir
(i). Syria, mengapa barat terkejut?  

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat dalam mengulas perkembangan terkini di Syria memaklumkan sebagaimana yang dijangka, Damsyik akhirnya jatuh ke tangan pembangkang.
Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi juga berkata bahawa Bashar al-Assad dilaporkan melarikan diri ke arah tuju tidak diketahui dan perkembangan luar jangka itu telah mengejutkan […] (Sila rujuk HarakahDaily 'Pembangkang ambil alih Syria, Barat terkejut')
(ii) Kejayaan tentera pembebasan Syria. 
KUALA LUMPUR: Pakar Asia Barat, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff dalam mengulas perkembangan terkini di Syria menyifatkan kejayaan tentera pembebasan menguasai Damsyik sebagai suatu kejutan yang besar.
Menurutnya, kejayaan itu bukan sahaja berkait rapat dengan pergerakan tahun 2011, tetapi juga satu perkembangan sangat pelik, khususnya bagi mereka yang tidak mengikuti dengan […] (Sila rujuk HarakahDaily 'Kejayaan tentera pembebasan Syria adalah satu kejutan')
Sekian dulu, begitulah perkembangan Islam di Malaysia dan se dunia buat masa ini. Akan bersmbung lagi, insya Allah.
....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/12/perlis-potensi-sumbang-lebih-20-padi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Punyai Potensi Perdagangan Halal Lebih Usd 1 Trilion Anwar

Malaysia Punyai Potensi Perdagangan Halal Lebih Usd 1 Trilion Anwar

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 395 hits
PUTRAJAYA Malaysia mempunyai potensi besar dalam perdagangan halal melebihi USD 1 trilion berdasarkan kekuatan serta pengiktirafan pensijilan yang dimiliki Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata halal bukan sekadar pensijilan teta...
Surat Mahazalim Kepada Peguam Cara Negara

Surat Mahazalim Kepada Peguam Cara Negara

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 137 hits
Surat Perdana Menteri bertarikh 21 Mei 2018 ini mengarahkan Peguam Cara Negara supaya tidak meneruskan permohonan semakan terhadap keputusan ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh Surat ini mendahului mesyuarat kabinet yang diadakan pada 23 Mei 201...
Amk Lama Tak Dengar Cerita Sibuk Berkempen Gamaknya Wanita Keadilan Aktifkan Skuad Ihsan Madani Ke Seluruh Negara

Amk Lama Tak Dengar Cerita Sibuk Berkempen Gamaknya Wanita Keadilan Aktifkan Skuad Ihsan Madani Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 123 hits
Penghantaran barangan sumbangan dilakukan sendiri oleh Skuad Ihsan MADANI Wanita KEADILAN Pusat ke Dungun Terengganu pada 6 Disember lalu MINDA NORAINI NORDIN 9 Dis Berikut merupakan Sorotan Khas Misi Banjir Wanita KEADILAN Skuad Ihsan Wani...
Hiburan Boleh Ke Mana Mana Pemegang Pasport Malaysia Boleh Melancong Ke 148 Negara Tanpa Visa

Hiburan Boleh Ke Mana Mana Pemegang Pasport Malaysia Boleh Melancong Ke 148 Negara Tanpa Visa

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 209 hits
Sebelum ini tular di platform media sosial mengenai seorang netizen dari negara Indonesia yang meluahkan rasa cemburu terhadap pasport Malaysia selepas rekaan sebenar pasport berkenaan tular Selain daripada mempunyai reka bentuk yang menari...
Ada Menteri Luaq Negara Mai Menteri Luar Denmark Bakal Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pm Anwar

Ada Menteri Luaq Negara Mai Menteri Luar Denmark Bakal Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pm Anwar

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 165 hits
Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen akan mengadakan lawatan ke Malaysia dan dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri DatuknSeri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR 10 Dis Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen akan menga...
Kemaskini Plkn 3 0 Direka Bagi Penuhi Keperluan Unik Negara Kita Mohamed Khaled

Kemaskini Plkn 3 0 Direka Bagi Penuhi Keperluan Unik Negara Kita Mohamed Khaled

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 126 hits
PUTRAJAYA 7 Dis Program Latihan Khidmat Negara 3 0 yang bakal dilaksanakan secara berperingkat bulan depan direka untuk mengimbangi keperluan pertahanan dan perpaduan negara kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Beliau be...
B B Ruk Membazir Duit Rakyat Membazir Masa Dan Membazir Masa Depan Negara

B B Ruk Membazir Duit Rakyat Membazir Masa Dan Membazir Masa Depan Negara

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 134 hits
Perbahasan yang remeh dan bodoh B b ruk teruja dan naik berahi The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT By Syed Akbar Ali
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan