Pementasan Teater Harimau Johor Jauhar Tanah Permata


PEMENTASAN TEATER HARIMAU JOHOR, JAUHAR TANAH PERMATA ||  Satu Teater bakal diadakan di kawasan Johor Bahru ni. 


Maklumat lanjut seperti di bawah:
TARIKH Dan TEMPATPementasan akan berlangsung pada : 24 Mei 2024 Jam 8.30 malam & 25 Mei 2024 Jam 3.00 petang & 8.30 malam bertempat di Audtorium JOTIC Johor Bahru
ANJURAN KALI KE BERAPA Harimau Johor, Jauhar Tanah Permata merupakan pementasan ke-dua dan pertama kali
produksi ini dipentaskan pada tahun 2022 di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru sempena
Jelajah Teater Sejarah Johor anjuran Majlis Teater Negeri Johor.
MATLAMAT Dan OBJEKTIF Adalah menjadi peranan dan tanggunjawab kami di Majlis Teater Negeri Johor bagi
menghasilkan pementasan teater bersendikan kepada sejarah Johor melalui cetusan dari
pautan sejarah Bangsa Johor sebagai pengetahuan kepada generasi muda masakini untuk
mengenali sejarah bangsa dan berpegang kepada jatidiri Bangsa Johor, kerja keras
berpasukan yang ditonjolkan oleh pemain teater ini diambil sebagai semangat anak Bangsa
untuk meneruskan legasi Kesenian Teater Tradisional, Teater Moden dan Teater Rakyat
disamping ianya juga dapat dinikmati oleh para pelacong dari dalam dan luar Negara.
Melalui Program Pementasan Teater ini juga kami berhasrat menjadi Takwim Tahunan
dengan Majlis Teater Negeri Johor mampu membantu kumpulan-kumpulan NGO’s Seni
Budaya lainnya untuk menghasilkan dan mementaskan sebuah Teater Sejarah dan Moden
sebagai wakil Negeri Johor di peringkat Kebangsaan yang di kendalikan sendiri oleh Majlis
Teater Negeri Johor di masa akan datang.
KEISTIMEWAAN YANG BAKAL DITONJOLKAN KALI NI Pementasan Harimau Johor, Jauhar Tanah Permata melibatkan seramai lebih 60 orang
karyawan Muda dan dewasa terdiri daripada tenaga produksi, pelakon, penyanyi, pemuzik,
penari, krew pertugas, krew teknikal dan urusetia terlibat dalam pementasan ini.
Kebanyakan para karyawan terpilih adalah mereka yang terdiri daripada Aktivis Teater
Negeri Johor, Peserta-Peserta Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun dan Ahli-ahli
gabungan Majlis Teater Negeri Johor daripada pelbagai lapisan usia dan latar yang telah
bertahun-tahun terlibat dalam pementasan teater di Johor, Kuala Lumpur dan beberapa
tempat lain termasuk pernah berlakon dalam Teater, Filem dan drama televisyen tanahair.
Keseluruhan tenaga Produksi dan Karyawan merupakan Anak Tempatan sepenuhnya.


PENAMPILAN ISTIMEWA ARTIS TANAHAIR 1. AIRIS YASMIN
Airis Yasmin merupakan seorang pelakon dan penerbit televisyen wanita Malaysia.
Beliau merupakan finalis Pengacara Jemputan Nona TV3 tahun 2002. Antara filem
lakonan beliau ialah Janin (2010), Aku Tak Bodoh (2010), Shh...Dia Datang (2012),
Chow Kit (2012), Tokak (2013), Ada Apa Dekat Bas Stop (2015) dan Setan Munafik
(2023)
2. AZHAR JALIL
Azhar Jalil merupakan Hos TV, Pelakon, Penulis Skrip, Pembuat Filem yang sedang
meningkat naik, beliau memulakan karier lakonannya bermula dari pentas teater,
dan antara Skrip filem beliau ialah Siapa Tutup Lampu (2021), Heistdiladha (2023) 


KAITAN KEPADA PELANCONGAN
4.1
Pengaruh seni pementasan teater pada masakini amat besar nilainya terhadap
kemajuan bangsa, justeru itu pementasan teater ini harus dijadikan medium pelancongan
dengan bentuk gerak kerja promosi yang tersusun dan terarah agar pementasan tidak
tertinggal dalam arus promosi pelancongan Negeri.
4.2
Melalui pementasan teater sejarah berbentuk ilmiah untuk membina generasi
pencinta sejarah Negeri dan Malaysia amnya. Bukan hanya sebuah hiburan malah para
penonton dapat membawa pulang fahaman sejarah, keindahan bahasa-seni-budaya dan
semangat zaman dalam latar cerita.
4.3
Seni Pementasan Teater Johor boleh menjadi sokongan Pelancongan Negeri di
dalam membantu memainkan peranan penting dalam mengimarahkan genre-genre teater
Negeri-Negeri dengan tujuan mempromosikan aktiviti-aktiviti Kesenian dan Kebudayaan,
ianya sekaligus dapat menarik pelancong asing untuk datang ke Negeri Johor melihat
keindahan dan kepelbagaian Seni Budaya yang terdapat di Negeri Johor. 


4.4
Pertubuhan NGO’s Seni Budaya juga perlu membantu usaha-usaha pihak
Pelancongan Negeri dalam pembangunan dan pengembangan kesenian dan kebudayaan
Johor di dalam bentuk yang hiburan bermaklumat agar halatuju dan usaha-usaha yang
dijalankan selama ini mendapat perhatian pelancongan dalam dan luar negara untuk datang
ke Negeri Johor ke hingga memberikan impak besar dalam ekonomi Johor melalui jalinan
Kerjasama antara Agensi Pelancongan dan NGO’s Seni Budaya.
AGENSI TERLIBAT SAMA
Melalui Pementasan kedua ini, Pementasan Harimau Johor, Jauhar Tanah Permata dianjurkan bersama oleh
1. Tourism Johor,
2. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan
3. Majlis Bandaraya Johor Bahru dan digerakkan oleh
4. Majlis Teater Negeri Johor Darul Takzim.
5. Produksi Gerak Teater Johor
Antara Rakan Sinergi yang turut terlibat
1. Jabatan Pendidikan Negeri Johor
2. Tari Aliff Johor Bahru
3. Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru
4. ActiveOne Sports & Supplies
5. DJ Production
6. The Empire Studio
7. Pereka Production
8. CTMas Education Centre


HARAPAN Berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang ada, kami percaya bahawa PEMENTASAN TEATER “HARIMAU JOHOR - JAUHAR TANAH PERMATA” akan dapat memikat audiens serta meningkatkan minat pelancong dalam dan luar Negara terhadap Seni Budaya Negeri Johor, menambah pengetahuan generasi belia dan golongan pelajar terhadap potensi kerjaya dalam bidang seni budaya serta memberi makna kepada seni dan budaya Johor khususnya, juga kepada negara Malaysia amnya. Oleh itu kami memerlukan sokongan yang kukuh untuk merealisasi cita-cita bersama.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2024/05/pementasan-teater-harimau-johor-jauhar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Aksi Pungli Berkedok Retribusi Di Tanah Abang Polisi Tangkap Terduga Pelaku

Viral Aksi Pungli Berkedok Retribusi Di Tanah Abang Polisi Tangkap Terduga Pelaku

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 121 hits
Viral Pungutan Liar Berkedok Retribusi di Tanah Abang Polisi Tangkap Terduga Pelaku
Tanah Raised Beds Yang Subur

Tanah Raised Beds Yang Subur

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 178 hits
Raised beds dengan dinding memudahkan sisa organik di tambah ke dalamnya tanpa perlu khuatir sisa organik tersebut akan berselerak Tanah raised beds yang gembur juga sangat digemari oleh organisma tanah Memudahkan pergerakan termasuklah air...
Mana Satu Istilah Betul Hartanah Atau Harta Tanah

Mana Satu Istilah Betul Hartanah Atau Harta Tanah

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 191 hits
Dalam bahasa Melayu ada istilah hartanah dan harta tanah Persoalannya mana satu istilah yang betul Hartanah atau harta tanah Mengikut definisi harta tanah bermaksud tanah dan apa apa sahaja yang terdapat di atasnya Definisi hartanah adalah ...
Perjuangan Suhriyeh Kuli Panggul Wujudkan Impian Ke Tanah Suci

Perjuangan Suhriyeh Kuli Panggul Wujudkan Impian Ke Tanah Suci

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 196 hits
Mbah Suhriyeh mengaku tidak mendapatkan banyak uang Hanya sekitar Rp30 40 ribu perhari saja
Sejarah Nakba Ketika Orang Palestina Terusir Dari Tanah Airnya Dan Dimulainya Penjajahan Israel

Sejarah Nakba Ketika Orang Palestina Terusir Dari Tanah Airnya Dan Dimulainya Penjajahan Israel

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 118 hits
Sejarah Nakba Ketika Orang Palestina Terusir dari Tanah Airnya dan Dimulainya Penjajahan Israel
Penduduk Kedah Bengang Tanah Rizab Didakwa Dipindah Milik Kepada Bukan Melayu

Penduduk Kedah Bengang Tanah Rizab Didakwa Dipindah Milik Kepada Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 130 hits
SITI NUR ZAWANISekumpulan penduduk di mukim Hutan Kampung Alor Setar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kedah atas dakwaan Tanah Rizab Melayu milik nenek moyang mereka berpindah milik kepada bukan MelayuSetiausaha Agung Pe...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pin Up 306 Casino R Smi Kazino Sayt Pinup Onlay

Pokok Limau Bali Sunkist Berbuah Lebat

Kencana Lore 2

Salah Faham Mengenai Fruktosa

Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser