Mana Satu Istilah Betul Hartanah Atau Harta Tanah
Dalam bahasa Melayu ada istilah hartanah
dan harta tanah. Persoalannya, mana satu istilah yang betul. Hartanah atau
harta tanah?
Mengikut definisi “harta tanah”
bermaksud (eko) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti
bangunan, tanaman, balak, atau galian). Definisi “hartanah” adalah harta tanah.
Yakni, hartanah juga bermaksud harta tanah.
Jadi, istilah hartanah dan harta
tanah, kedua-duanya diterima atau boleh digunakan untuk maksud yang sama.
Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk real estate negotiator ialah perunding
harta tanah
Harta tanah atau hartanah adalah
sebuah istilah undang-undang yang merujuk tanah bersama dengan apa pun yang
tinggal tetap di atas tanah tersebut, seperti bangunan, beserta sumber aslinya.
Hartanah sering dianggap sinonim dengan real property, berbeza
dengan harta alih.
Namun, dalam penggunaan tekniknya, beberapa
orang tetap memilih pembezaan antara harta tanah, menunjuk ke tanah dan benda
di atasnya, dengan real property, menunjuk kepada hak pemilikan
atas harta tanah.
Istilah hartanah dan real property utamanya
digunakan dalam common law, sedangkan mahkamah undang-undang sivil
menunjuk ke hak milik tak alih. Menurut terminologi undang-undang pada beberapa
kehakiman adalah merupakan suatu barang tidak bergerak yang mencakup tanah
beserta segala suatu yang berada di atasnya misalnya bangunan, tanaman dan
lain-lain.
Harta dalam bahasa Inggeris sering kali
disebut juga real property yang kadang-kadang disebut
juga realty. Dalam undang-undang, istilah real diertikan
sebagai sesuatu benda yang membezakannya daripada "manusia". Jadi
undang-undang membezakan antara real properti dan harta individu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://lokmanismail.blogspot.com/2024/05/fdg.html