Pembunuh Senyap Vape Bahaya Untuk Kesihatan Boleh Menyebabkan Kematian



GEJALA seperti demam panas, muntah-muntah dan cirit-birit yang dialami Gregory Rodriguez disangka berpunca daripada serangan pepijat

Lelaki itu kemudiannya segera ke unit kecemasan di sebuah hospital di New York pada September lalu

Dua hari kemudian, dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terpaksa bergantung kepada paru-paru tiruan

�Ketika itu, saya tidak fikir ia ada kaitan dengan vaping,� kata penuntut Sains Komputer berusia 22 tahun itu

Doktor melihat keadaan itu berpunca daripada penggunaan rokok elektronik secara berterusan

Tetapi, pakar perubatan kecemasan di kawasan kejiranannya di South Jamaica di Queens tidak segera mengaitkannya dengan penggunaan rokok elektronik dan hanya diberikan antibiotik kerana menyangka Rodriguez terkena jangkitan

Dia kemudiannya kembali ke hospital kerana tidak boleh bernafas dan mengaku telah menghisap ganja menggunakan vape selama dua tahun

�Pada mulanya, saya teragak-agak untuk memberitahu mereka bahawa saya menghisap vape kerana THC yang merupakan sebatian kimia dalam ganja masih haram di New York,� ujarnya

Pada 18 September lalu, tubuhnya terus tidak berfungsi dan terpaksa bergantung kepada ventilator, namun ia masih tidak mencukupi


Paru-parunya dipenuhi bahan likat seperti kastard akibat keradangan pada saluran pernafasannya hingga menyebabkan oksigen tidak dapat memasuki aliran darahnya

�Dia hampir mati,� jelas Pengarah Perubatan Jagaan Kritikal di Northwell Health, Dr Mangala Narasimhan yang merawatnya

Sebagai pilihan terakhir, doktor menggunakan mesin sokongan extracorporeal membrane oxygenation (ECMO) yang mengepam keluar darah dari tubuh pesakit untuk tujuan mengoksigenkannya yang kemudiannya dialirkan semula ke dalam urat

Rodriguez terpaksa diletakkan dalam keadaan koma selama tiga hari untuk memastikan dia tidak mengalami sebarang masalah ketika prosedur tersebut

�Apabila saya sedar, terdapat tiub di dalam mulut saya yang disambungkan pada paru-paru,� katanya ketika mengimbas semula kejadian itu

Paru-parunya dapat dipulihkan dengan bantuan mesin itu dan dia tidak lagi memerlukan pemindahan paru-paru

Lelaki tersebut dapat pulang semula ke rumah selepas dirawat selama 12 hari di hospital, satu tempoh masa yang singkat berbanding pesakit lain yang mempunyai kes sama

Di Long Island Jewish Medical Center, lima daripada 40 pesakit juga berada dalam keadaan serius sama seperti Rodriguez

Setakat ini, sebanyak 47 kematian dikaitkan dengan vape direkodkan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini selain 2,290 kes berkaitan rokok elektronik tersebut dilaporkan di seluruh negara

Hampir ragut nyawa
Seorang remaja di Britain juga hampir menemui ajal akibat vape kerana ia memberi kesan serius kepada paru-parunya

Ewan Fisher terpaksa menggunakan paru-paru tiruan untuk memastikan dia terus hidup selepas dia tidak lagi boleh bernafas

�Vape telah musnahkan hidup saya. Rakan saya juga enggan percaya tentang kesan buruknya walaupun mereka sudah lihat sendiri apa yang berlaku kepada saya. Adakah anda wajar mempertaruhkan nyawa semata-mata kerana vape?� katanya dengan nada kesal

Menurutnya, dia mula menggunakan rokok elektronik pada awal 2017 ketika berusia 16 tahun dan tujuan asalnya adalah untuk berhenti merokok

�Kesannya mula terasa pada Mei tahun sama. Saya alami batuk-batuk dan tercekik ketika sedang tidur yang mengganggu pernafasan saya secara berterusan,� jelasnya lagi

Sementara itu, Dr Jayesh Bhatt di Nottingham University Hospitals memberitahu Fisher mengalami kegagalan pernafasan yang sangat serius akibat vape.


Bukan alternatif sihat
Informasi yang salah tentang vape menyebabkan perokok menganggap e-rokok sebagai alternatif kepada tembakau kononnya sebagai usaha untuk meninggalkan tabiat tidak sihat itu

E-rokok membolehkan pengguna menyedut nikotin dalam bentuk wap dan bukan seperti asap rokok yang membakar tembakau dan menghasilkan tar

Sebelum ini, Public Health England mendakwa vape adalah 95 peratus lebih selamat berbanding tembakau tradisional malah ia menggalakkan perokok untuk bertukar kepada rokok elektronik

Tabiat merokok didakwa boleh meningkatkan kadar denyutan jantung, menyempitkan arteri utama dan degupan jantung tidak teratur yang boleh meningkatkan tekanan darah, risiko strok dan serangan jantung

Bagaimanapun, 'vaping' juga dikatakan boleh meletakkan situasi bagi mendapat penyakit jantung sama seperti merokok selepas ia didakwa boleh menyebabkan kecederaan paru-paru yang teruk

Saintis masih tidak pasti mengapa e-rokok boleh menyebabkan perubahan sama terhadap kesihatan jantung walaupun ia mengandungi kurang bahan kimia berbahaya berbanding rokok tradisional

Awal bulan lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) di AS mengeluarkan laporan baharu yang mendakwa vitamin E asetat ditemukan dalam sebahagian besar sampel paru-paru individu yang menderita penyakit berkaitan vape yang telah menjejaskan lebih 2,000 pesakit

CDC menemukan vitamin E asetat pada sampel paru-paru yang diambil daripada 29 pesakit manakala majoriti sampel daripada pesakit di 25 negeri di AS mengandungi THC

�Ini adalah pertama kali kami mengesan bahan kimia berpotensi pada sampel biologi daripada pesakit yang mengalami kecederaan paru-paru. Ia menunjukkan vitamin E asetat sebagai punca utama masalah itu,� jelasnya dalam satu kenyataan sambil menambah siasatan lanjut tentang perkara itu masih dilakukan

E Asetat adalah sejenis vitamin E yang sering digunakan dalam produk kecantikan wajah dan kini menjadi bahan popular berbahaya dalam kalangan penghisap vape. - Agensi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohtipu.blogspot.com/2019/11/pembunuh-senyap-vape-bahaya-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Cabaran Tripping Jump Boleh Menyebabkan Kematian

Bahaya Cabaran Tripping Jump Boleh Menyebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 355 hits
KETIKA ini netizen di alam maya sibuk membincangkan mengenai satu lagi cabaran baharu yang sedang popular di seluruh dunia Perbincangan bukan kerana keseronokan mencuba tripping jump challenge sebaliknya cabaran itu hanya boleh mengundang p...
Bahaya Alahan Kacang Tanah Boleh Maut

Bahaya Alahan Kacang Tanah Boleh Maut

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 335 hits
Bercakap mengenai alahan kulit pasti ramai yang belum tahu ada pelbagai jenis alergi yang boleh berlaku Anda pasti biasa mendengar tentang individu yang mempunyai alahan terhadap makanan laut seperti sotong dan udang Tetapi adakah anda pern...
Cara Buat Anak Senarai Perkara Yang Boleh Menyebabkan Mengandung

Cara Buat Anak Senarai Perkara Yang Boleh Menyebabkan Mengandung

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 955 hits
Cara Buat Anak Senarai Perkara Yang Boleh Menyebabkan Mengandung Sebagai pasangan suami isteri yang baru saja berkahwin pastinya masih lagi kekok dengan pasangan masing masing Nak bertanya pada seseorang eh tentu rasa malu kan Tentu berat r...
Bahaya Letak Botol Air Dalam Kereta Boleh Mengundang Maut

Bahaya Letak Botol Air Dalam Kereta Boleh Mengundang Maut

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 503 hits
Pasti ramai di antara anda suka membawa botol air ke dalam kereta untuk diminum ketika dalam perjalanan Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa botol air tersebut boleh menyebabkan kemalangan dan mengundang maut Seperti kita tahu setiap kereta...
Bahaya Tripping Jump Challenge Jadi Trend Baru Remaja Ini Boleh Cederakan Kepala

Bahaya Tripping Jump Challenge Jadi Trend Baru Remaja Ini Boleh Cederakan Kepala

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 581 hits
Tripping Jump Challenge kini menjadi viral dalam kalangan remaja di seluruh dunia melalui di pelbagai platform media sosia namun pakar bimbang trend terbaru tersebut boleh memudaratkan diri pelakunya Selain boleh mendatangkan kecederaan fiz...
Ketahui Bahaya Stres Kepada Kesihatan Anda

Ketahui Bahaya Stres Kepada Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 117 hits
Stres adalah tindak balas emosi fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan merangkumi bebanan tekanan kebimbangan keletihan konflik panik dan tidak bermaya Masyarakat perlu memahami asas gejala me...
Bahaya Penyakit Skizofrenia Gangguan Mental Yang Kronik Namun Boleh Disembuhkan

Bahaya Penyakit Skizofrenia Gangguan Mental Yang Kronik Namun Boleh Disembuhkan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 401 hits
Penyakit skizofrenia dikategorikan sebagai gangguan mental kronik yang menyebabkan perubahan dalam tingkah laku pemikiran ingatan pertuturan pemikiran dan juga pergerakan berbeza dengan dan kemurungan Gambar hiasan Penyakit ini menyebabkan ...
Penyakit Tidak Berjangkit Jalani Tapisan Kesihatan Elak Kematian Pramatang

Penyakit Tidak Berjangkit Jalani Tapisan Kesihatan Elak Kematian Pramatang

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 184 hits
SEMPORNA 22 FEB Kementerian Kesihatan menggesa rakyat supaya memanfaatkan klinik kesihatan di seluruh negara untuk menjalani tapisan kesihatan bagi mengelak kematian pramatang khususnya yang membabitkan penyakit tidak berjangkit Menterinya ...
Stres Punca Sakit Jantung Orang Muda Lebih Mudah Terkena Dan Menyebabkan Kematian

Stres Punca Sakit Jantung Orang Muda Lebih Mudah Terkena Dan Menyebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 529 hits
Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung Pengamal perubatan am Dr Zubaidi Ahmad berkata serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah ting...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Sanggup Bawa Asid Dari Johor Ke Kelantan Simbah Rakan

Berhenti Menjaja Serangan Bola Sepak

Tips Hadapi Anak Anak Tantrum



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Lirik Lagu Mati Matian Mahalini

Pb House By D Compose Architect In Chiang Thailand

Elevate Your Home S Aesthetic With These Outdoor Renovations

Police Arrest 5 Men Seize 32kg Of Drugs Worth About Rm800k

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police