Bahaya Alahan Kacang Tanah Boleh Maut



Bercakap mengenai alahan kulit, pasti ramai yang belum tahu ada pelbagai jenis alergi yang boleh berlaku. Anda pasti biasa mendengar tentang individu yang mempunyai alahan terhadap makanan laut seperti sotong dan udang.

Tetapi, adakah anda pernah mendengar mengenai alahan lain seperti alahan serangga, getah, besi dan kacang?

Alahan kacang? Ya, mungkin anda jarang mendengarnya tetapi ia adalah penyebab paling biasa bagi serangan alahan yang teruk. Malah, simptom alahan kacang tanah sebenarnya boleh mengancam nyawa!


Alahan kulit disebabkan kacang tanah yang mungkin anda tidak tahu

Bagi mereka yang masih belum tahu tentang hal ini, kacang tanah adalah sejenis makanan yang paling kerap menyebabkan alahan pada manusia.

Bagi sesetengah individu yang mempunyai alahan kulit terhadap kacang tanah, dengan hanya terkena sedikit sahaja cebisan kacang ini boleh menyebabkan reaksi yang agak teruk.

Alahan kacang tanah ini semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun anak anda mempunyai alahan kulit yang ringan terhadap kacang tanah, bawalah mereka untuk berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan risiko reaksi yang lebih serius pada masa hadapan.


Apakah simptom-simptom alahan kulit ini?

Reaksi alahan terhadap kacang tanah ini biasanya berlaku dengan pantas, iaitu hanya selepas beberapa minit berlakunya pendedahan terhadap kacang tanah.

Perlu diingat, walaupun anda mungkin menganggapnya sebagai sejenis alahan kulit, namun simptom yang berlaku tidak hanya pada kulit sahaja.

Antara simptom-simptom alahan yang boleh berlaku ialah:

Hidung yang berairReaksi kulit seperti kemerahan dan juga pembengkakanGatal-gatal atau rasa kesemutan pada atau sekitar mulut dan juga tekakBerlakunya masalah pencernaan seperti cirit-birit, ketakcernaan, kejang perut, loya atau muntah-muntahRasa ketat pada bahagian tekakSesak nafas atau bunyi nafas yang berdehitBatuk yang berulangNadi yang lemahKulit yang pucat atau berwarna biruPening kepalaBerasa keliru


Bagaimanakah alahan kulit kacang tanah ini boleh terjadi?

Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana alahan kacang tanah ini boleh berlaku?

Alahan kacang tanah ini berlaku apabila sistem imun tubuh telah tersilap dalam mengenal pasti protein kacang tanah sebagai sesuatu yang berbahaya.

Pendedahan secara langsung atau tidak langsung dengan kacang tanah akan menyebabkan sistem imun tubuh melepaskan sejenis bahan kimia dalam aliran darah. Bahan kimia ini kemudiannya menyebabkan berlaku simptom-simptom seperti di atas.
\

Pendedahan terhadap kacang tanah ini boleh berlaku melalui 3 cara iaitu:


Pendedahan langsungIni adalah cara yang paling kerap menyebabkan alahan. Memakan kacang tanah atau sebarang produk makanan yang mengandungi kacang tanah adalah satu bentuk pendedahan langsung. Kadangkala, sentuhan secara langsung antara kulit dan kacang tanah juga boleh mencetuskan reaksi alahan.Pendedahan silangIni adalah pendedahan terhadap kacang tanah secara tidak sengaja di dalam sesuatu produk makanan. Biasanya produk makanan yang dihasilkan telah terdedah dengan sisa kacang tanah semasa diproses atau menggunakan alatan yang sama semasa memproses kacang tanah.Menyedut nafasReaksi alahan juga boleh berlaku sekiranya seseorang individu itu menyedut nafas dengan habuk atau semburan aerosol yang mengandungi kacang tanah. Habuk kacang tanah ini boleh terhasil daripada serbuk atau tepung kacang dan juga semburan minyak masak kacang tanah.

Bagaimanapun, jenis pendedahan ini adalah sangat jarang berlaku. Ini kerana, biasanya kacang tersebut perlu dimakan untuk mengakibatkan reaksi alahan.


Adakah alahan ini hanya melibatkan kacang tanah sahaja?

Walaupun kita menyebutnya sebagai kacang tanah, tetapi ia bukanlah sejenis kacang pokok (tree nuts). Ia adalah sejenis legum yang tergolong dalam keluarga yang sama seperti kacang pis dan kacang dal.

Bagaimanapun, protein kacang tanah ini mempunyai struktur yang sama seperti yang ada pada jenis kacang pokok.

Oleh itu, individu yang ada alahan dengan kacang tanah juga akan mempunyai alahan dengan jenis kacang pokok seperti badam, walnut, kacang hazel, macadamia, pistachio, pecan dan juga gajus.


Bagaimana reaksi alahan kacang tanah ini boleh dirawat?

Alahan kacang tanah ini boleh menyebabkan reaksi yang teruk yang disebut sebagai anafilaksis.

Anafilaksis mungkin bermula dengan simptom yang lebih kurang sama seperti reaksi yang kurang teruk, tetapi ia akan menjadi lebih teruk dengan kadar yang pantas.

Sekiranya anafilaksis ini tidak dirawat secepat mungkin, ia boleh mengancam nyawa individu tersebut.

Biasanya, jika anda mempunyai alahan terhadap kacang tanah atau sebarang alahan terhadap makanan yang serius, doktor akan memberikan anda epinephrine auto-injector sekiranya berlaku kecemasan.

Ia adalah sejenis ubat preskripsi yang mudah untuk digunakan. Anda perlu membawanya bersama ke mana-mana untuk keselamatan anda.


Berita baik! Rawatan pertama untuk alahan kacang tanah telah diluluskan

Untuk pengetahuan anda, rawatan pertama untuk alahan kacang tanah ini telah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat.

Palforzia, adalah sejenis serbuk kacang tanah rumusan khas yang dimakan setiap hari dalam jumlah yang kecil, yang kemudiannya akan bertambah dosnya dari semasa ke semasa.

Ia membantu golongan kanak-kanak dan remaja untuk mengelakkan kecenderungan berlakunya reaksi alahan yang serius.

Bagaimanapun, Palforzia ini bukanlah sejenis penawar.

Mereka yang menggunakan rawatan ini masih perlu mengelakkan pengambilan kacang tanah dan perlindungan akan hilang sekiranya mereka berhenti mengambil Palforzia ini.

Selain itu, rawatan ini juga boleh menyebabkan kesan sampingan termasuklah risiko reaksi alahan yang teruk.

FDA memerlukan pesakit untuk mengambil dos pertama mereka dan setiap pertambahan dos perlulah dilakukan di bawah pengawasan doktor.


Apa yang boleh anda lakukan?

Sekiranya anda merupakan seorang individu yang memiliki alahan terhadap kacang tanah, pastikan anda tidak mengambil sebarang produk yang mempunyai sisa kacang di dalamnya.

Perhatikan label produk untuk memastikannya dengan tepat.

Antara jenis produk yang biasa mengandungi sisa kacang ialah biskut, roti, gula-gula, aiskrim dan juga yogurt.

Oleh itu, elakkan daripada mengambil produk-produk ini melainkan ia benar-benar tidak mengandungi sebarang kandungan atau sisa kacang tanah di dalamnya.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/bahaya-alahan-kacang-tanah-boleh-maut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Letak Botol Air Dalam Kereta Boleh Mengundang Maut

Bahaya Letak Botol Air Dalam Kereta Boleh Mengundang Maut

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 549 hits
Pasti ramai di antara anda suka membawa botol air ke dalam kereta untuk diminum ketika dalam perjalanan Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa botol air tersebut boleh menyebabkan kemalangan dan mengundang maut Seperti kita tahu setiap kereta...
Bahaya Tripping Jump Challenge Jadi Trend Baru Remaja Ini Boleh Cederakan Kepala

Bahaya Tripping Jump Challenge Jadi Trend Baru Remaja Ini Boleh Cederakan Kepala

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 626 hits
Tripping Jump Challenge kini menjadi viral dalam kalangan remaja di seluruh dunia melalui di pelbagai platform media sosia namun pakar bimbang trend terbaru tersebut boleh memudaratkan diri pelakunya Selain boleh mendatangkan kecederaan fiz...
Pemandu Yang Menyebabkan Mangsa Kemalangan Maut Tidak Boleh Dihukum Mati

Pemandu Yang Menyebabkan Mangsa Kemalangan Maut Tidak Boleh Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 292 hits
Pemandu yang menyebabkan mangsa kemalangan maut tidak boleh dihukum matiSejak kebelakangan ini kerap berlaku kes kemalangan yang melibatkan pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol melanggar pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan ma...
Maut Angkara Tripping Jump Challenge Ketahui Bahaya Hentakan Di Kepala

Maut Angkara Tripping Jump Challenge Ketahui Bahaya Hentakan Di Kepala

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 558 hits
Tripping Jump Challenge atau juga dikenali sebagai Skullbreaker Challenge di TikTok saat ini adalah salah satu daripada beberapa social media challenges yang sangat berisiko kerana mampu mengundang padah kepada mereka yang melakukan aksi bo...
3 Dikhuatiri Maut 12 Tertimbus Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

3 Dikhuatiri Maut 12 Tertimbus Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 396 hits
PULAU PINANG Tiga dikhuatiri maut manakala 12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di lokasi pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus Paya Terubong Pulau Pinang Empat buah kontena tertimbus dalam kejadian tersebut Maklumat awal terdapat 10 ma...
Resepi Bepang Kacang Tanah

Resepi Bepang Kacang Tanah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 709 hits
Resepi Bepang Kacang TanahBahanGula pasir 1 cawanKacang tanah 1 cawanBijan suku cawanMinyak masak 2 sudu Cara 1 Kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian tumbuk kasar kasar ketepikan2 Bijan digoreng tanpa minyak taburkan atas loyang alumi...
Bahaya Cabaran Tripping Jump Boleh Menyebabkan Kematian

Bahaya Cabaran Tripping Jump Boleh Menyebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 390 hits
KETIKA ini netizen di alam maya sibuk membincangkan mengenai satu lagi cabaran baharu yang sedang popular di seluruh dunia Perbincangan bukan kerana keseronokan mencuba tripping jump challenge sebaliknya cabaran itu hanya boleh mengundang p...
Azahari Jangan Sentuh Obor Obor Beracun Boleh Bawa Maut

Azahari Jangan Sentuh Obor Obor Beracun Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 909 hits
KUANTAN Golongan nelayan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak memegang obor obor api atau Portuguese Man O War jika hidupan air itu tersangkut pada pukat Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Datuk Azahari Othman berkata racun yang terdapat ...
Mujahid Geram Dengan Sajat Bukan Semua Kesilapan Boleh Selesai Dengan Hanya Minta Maaf

Mujahid Geram Dengan Sajat Bukan Semua Kesilapan Boleh Selesai Dengan Hanya Minta Maaf

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 349 hits
Ramai yang tahu Muhammad Sajjad Kamruzzaman atau Sajat sudah selamat pulang ke tanah air dan membuat video permohonan maaf Jadi apa tindakan seterusnya Jika dipetik laporan dari Berita Harian pihak JAKIM kini sedang membuat penilaian yang a...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025