Stres Punca Sakit Jantung Orang Muda Lebih Mudah Terkena Dan Menyebabkan Kematian


Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung.
Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.

“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.
“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.
“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres,”
Bahkan menurut Dr Zubaidi, beliau sendiri pernah berdepan dengan beberapa pesakit kronik yang disebabkan oleh stres.
“Contohnya saya berdepan kes seorang lelaki yang merupakan pengajar kecergasan di gimnasium. Disebabkan dia banyak bekerja, tak banyak rehat, dia sendiri mengaku dia kena strok.
“Begitu juga dengan selebriti dan pelakon. Mereka banyak terlibat dengan penggambaran. Tidak cukup tidur. Itu menyebabkan stres pada diri dia dan mungkin ditambah dengan stres sekeliling. Anak dan isteri terpaksa tinggal. Ini menyebabkan jantung dia mengalami masalah fungsi,”.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa golongan muda pada masa kini mudah berdepan risiko serangan jantung walaupun menjalani kehidupan yang sihat.
Terbaru pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia pagi semalam dipercayai akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Ashraf meninggal dunia awal pagi, kira-kira jam 3.45 waktu tempatan dan berita sedih itu disahkan oleh pengurus isterinya, Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.
‘Ashraf lebih sihat daripada kami’
Mengulas lanjut Dr Zubaidi berkata, sekiranya stres dibiarkan tanpa diubati, dalam tempoh lima hingga 10 tahun, seseorang pesakit akan berdepan dengan kesannya.
“Stres ini juga mengambil masa. Bukan hari ini kita stres dapat serangan jantung. Sebenarnya mengambil masa yang sama dengan serangan jantung. Kita tidak tahu kita ada penyakit kronik. Kalau ikut kajian, stres dalam kalangan rakyat Malaysia sudah makin tinggi. Dalam 50 peratus.
“Sebab itu saya minta, selama ini kita hanya fokus kepada obesiti, tetapi kita juga harus fokus kepada stres sebab sekarang ini ramai orang dah stres. Kita stres di jalan raya. Itu tanda-tanda dia,” katanya.
Dalam pada itu katanya, stres juga mendatangkan seperti masalah mental, kemurungan dan boleh menyebabkan pesakit mempunyai keinginan untuk membunuh diri.
Sumber: Sinar Harian
The post Stres Punca Sakit Jantung. Orang Muda Lebih Mudah Terkena Dan Menyebabkan Kematian appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/stres-punca-sakit-jantung-orang-muda-lebih-mudah-terkena-dan-menyebabkan-kematian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stres Punca Orang Muda Maut Diserang Sakit Jantung Pakar

Stres Punca Orang Muda Maut Diserang Sakit Jantung Pakar

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 379 hits
Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung Pengamal perubatan am Dr Zubaidi Ahmad berkata serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah ting...
Umur Berapa Sakit Jantung Kini Umur Muda 20 Tahun Dah Kena

Umur Berapa Sakit Jantung Kini Umur Muda 20 Tahun Dah Kena

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 952 hits
Umur Berapa Sakit Jantung Kini Umur Muda 20 Tahun Dah KenaUmur Berapa Sakit Jantung Kini Umur Muda 20 Tahun Dah Kena Tekanan darah paras kolesterol tinggi dan kencing manis semakin membimbangkan dikalangan anak muda Malas bersenam gagal kaw...
Selalu Bawa Keluar Malam Antara Punca Anak Mudah Sakit Ada Masalah Tidur

Selalu Bawa Keluar Malam Antara Punca Anak Mudah Sakit Ada Masalah Tidur

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 398 hits
Gambar Sekadar HiasanUmur berapa sesuai bawa anak keluar malam Ada segelintir ibu bapa yang tidak ambil hirau tentang hal ini Mereka bawa bayi keluar hingga larut malam seolah olah sudah tidak ada siang lagi esoknya Ada juga ibu bapa yang t...
Stress Punca Kematian Serangan Jantung Para Isteri Tolong Tengok Suami Anda

Stress Punca Kematian Serangan Jantung Para Isteri Tolong Tengok Suami Anda

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 378 hits
Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung Pengamal perubatan am Dr Zubaidi Ahmad berkata serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah ting...
Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Tidur Cara Mudah Untuk Sentiasa Awet Muda

Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Tidur Cara Mudah Untuk Sentiasa Awet Muda

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 392 hits
Nak dapat kesan awet muda memang macam macam petua boleh kita ikuti Namun ada satu petua yang paling mudah untuk kita buat setiap hari selepas bangun daripada tidur Doktor Perubatan Blogger Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan Dr Zu...
5 Kebiasaan Yang Bisa Diterapkan Untuk Membuat Kulit Menjadi Terlihat Lebih Muda

5 Kebiasaan Yang Bisa Diterapkan Untuk Membuat Kulit Menjadi Terlihat Lebih Muda

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 184 hits
Sejumlah faktor seperti merokok konsumsi gula serta cahaya ultraviolet bisa membuat kolagen menurun dan menyebabkan kulit menua secara prematur Untungnya terdapat sejumlah langkah preventif yang bisa kita lakukan untuk mencegah penuaan
Potret Cantik Calon Istri Sahrul Gunawan Lebih Muda 19 Tahun

Potret Cantik Calon Istri Sahrul Gunawan Lebih Muda 19 Tahun

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 238 hits
Aktor sekaligus presenter tanah ini diketahui tengah dekat dan akan menikah dengan seorang perempuan bernama Maulina atau sering disapa Una seorang perempuan asal Aceh yang usianya terpaut lebih mudah 19 tahun dengannya
Kematian Abam Dalam Khusnul Khatimah Imam Muda Hassan

Kematian Abam Dalam Khusnul Khatimah Imam Muda Hassan

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 302 hits
Penceramah bebas Imam Muda Hassan menyifatkan kematian pelawak popular Allahyarham Abam Bocey dalam khusnul khatimah Menurutnya Nabi Muhammad SAW ada mengatakan antara The post appeared first on
Muda Dan Rajin Olahraga Kenapa Ashraf Sinclair Kena Serangan Jantung

Muda Dan Rajin Olahraga Kenapa Ashraf Sinclair Kena Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 1615 hits
Kabar duka datang dari artis Bunga Citra Lestari Suaminya Ashraf Sinclair meninggal karena serangan jantung di usia yang relatif muda 40 tahun Mengejutkan karena selain masih relatif muda Ashraf juga dikenal rajin olahraga Banyak yang lanta...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats