Pembukaan Tahun Yang Gemilang Al Fateh Meraikan Anak Yatim Dalam Majlis Meet Greet
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai orang kat luar sana yang mula mengenali dan menikmati kebaikan produk Al-Fateh, atau ada yang masih tak tahu apa itu Al-Fateh? Maha pun sebenarnya baru juga tahu tentang produk keluaran Al-Fateh Alami Sdn Bhd.
Al-Fateh Alami Sdn Bhd adalah pengeluar produk seperti Al-Fateh Junior, Al-Fateh Gold dan Al-Fateh Candy. Ia merupakan produk makanan tambahan yang menggunakan bahan berasaskan makanan Sunnah. Di antaranya adalah seperti Madu, Kismis, Delima, Safran, Gum Arabica, Kurma dan banyak lagi. Produk makanan ni boleh dinikmati oleh kanak-kanak seusia 6 bulan sehingga remaja berusia 25 tahun. Rupanya produk ini telah berada di pasaran lebih daripada 3 tahun Maha pulak baru tahu
Itu pun tahu sebab hari tu dijemput untuk menghadiri majlis 'Meet & Greet' Al-Fateh Mania 2020 bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Majlis tersebut adalah bertujuan untuk meraikan 50 anak yatim dan kurang berkemampuan dari Rumah Kasih Harmoni Taman Keramat. Ia secara langsung dapat memupuk semangat bersedekah dikalangan stokis dan ejen-ejen syarikat ini agar rezeki yang diraih dikongsi bersama
Ucapan Pembukaan Oleh Pengasas Al-Fateh Alami Sdn Bhd, Tuan Arif Bin Subri
Turut hadir pada majlis tersebut adalah lebih kurang 100 ajen produk Al-Fateh seluruh Malaysia. Memeriahkan lagi majlis adalah dengan persembahan daripada penyanyi Mawi dan juga maskot Omar & Hana. Juga diadakan majlis penyampaian anugerah kepada ejen yang telah mencapai tahap yang membanggakan dalam melahir usahawan bumiputera yang cemerlang.
Jadi untuk pembukaan tahun 2020 ini team Al-Fateh juga merangka strategi baru untuk lebih mendapat perhatian dalam masyarakat terhadap makanan sihat dan sunnah untuk kanak-kanak. Sebelum majlis Meet & Greet itu diadakan juga seminar penjualan oleh Puan Azlina Othman dan juga cerama bertajuk 'Pembangunan Akhlak Genersi Milenia Melalui Pemakanan Sunnah Antara Jihad Ekonomi dan Fardu Kifayah' oleh Ustaz Abu Aswad Al-Kubra
Semoga Al-Fateh terus menjadi pemangkin ekomoni orang Islam dan juga menjadi pengeluar produk makanan sihat kepada kanak-kanak. Sebab dengar cerita tahun ini juga mereka akan mengeluarkan produk baharu iaitu minuman susu coklat Al-Fateh yang mengandungi makanan Sunnah serta keenakan buah kurma. Maha dah rasa susu coklat itu sangat sedap dan juga tak begitu manis kita risau nak bagi anak-anak kecil minum minuman manis ni jadi produk terbaru mereka ini sangat bagus. Nantikan pengumuman selanjutnya nanti ok.
Bangga lah Maha sebab masih ada usahawan Melayu bumiputera mulim yang masih terus memperjuangkan dalam perniagaan produk Halal dan Sunnah. Lepas ini kalau nak jadi ejen boleh join mereka mana tahu dapat menjana pendapatan tetap. Sedap pula bila Maha makan produk Al-Fateh Junior ini walaupun dah berusia hehehe. Tapi ada juga untuk produk Al-Fateh Gold bagi orang dewasa tau
Info lanjut dan juga nak dapatkan produk ini boleh layari:Laman web : https://myalfateh.comFacebook : https://www.facebook.com/alfatehjuniorhqInstagram : https://www.instagram.com/alfatehjuniorhq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/02/pembukaan-tahun-yang-gemilang-al-fateh-meraikan-anak-yatim-dalam-majlis-meet-greet.html