Kaki Atas Riba Ibu Kepala Atas Dashboard Menjerit Minta Tolong Anak 2 Tahun Pecah Kepala


Sejak kebelakangan ini banyak kes kemalangan jalan raya yang berlaku. Lebih menyedikan apabila anak kecil turut menjadi mangsa korban nahas jalan raya. Ada yang maut akibat tercampak keluar dari kereta dan ada yang maut akibat terkena hentaman airbag.
Seorang doktor tampil berkongsi cerita apabila dia berada dalam situasi cuba menyelamatkan nyawa kanak-kanak dua tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ikuti perkongsian ini.
Tujuan Untuk Memberi Kesedaran
Saya muatnaik gambar ini bukanlah bertujuan untuk nak membangga diri mahupun nak memberitahu seluruh dunia bahawa saya seorang yang baik dan suka membantu orang lain, tetapi, niat dan tujuan utama saya memuatnaik gambar dan penulisan ini adalah untuk memberi satu dua pengajaran khususnya kepada mana-mana pembaca yang mempunyai anak kecil.

Jika anda lihat, gambar yang saya muatnaik ini menunjukkan saya memegang sehelai kain yang berlumuran darah. Kain tersebut merupakan baju Melayu yang saya pakai dalam perjalanan untuk singgah ke kedai roti yang terletak di jalan utama sebelum ke masjid. Perjalanan saya terhenti apabila saya terlihat akan satu kemalangan yang baru sahaja berlaku yang melibatkan dua buah kenderaan.
Kemalangan itu tidaklah berlaku di depan mata saya, namun, saya rasa, kemalangan tersebut baru sahaja berlaku memandangkan tidak ada orang ramai lagi yang berkerumun di situ. Alah, seperti biasalah, orang kita ni kan semua mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi. Pantang ada kemalangan, pasti akan ada ramai orang berkumpul ibarat pesta muda-mudi pula gamaknya.
Dua Buah Kereta Remuk
Saya terus berhentikan kereta di bahu jalan. Saya lihat, terdapat dua buah kereta yang remuk di dihadapannya. Melihatkan kedua-dua kereta tersebut bertentangan diantara satu sama lain, sudah tentu pelanggaran yang berlaku ini adalah secara head-on. Mungkin sebuah kereta terbabas, dan memasuki jalan bertentangan sehingga melanggar kereta yang satu lagi. Tanpa membuang masa, saya terus berlari merapati mangsa.
Dalam kereta pertama, ada seorang lelaki, lingkungan umur dalam 40-an. Dia boleh keluar sendiri daripada keretanya tanpa bantuan dan dapat lihat luka-luka kecil di bahagian mukanya. Kemungkinan besar adalah daripada serpihan kaca daripada cermin hadapan keretanya ketika pelanggaran terjadi. Kereta yang kedua pula, lebih teruk. Terdapat satu retakan pada cermin hadapan kereta tersebut belah tempat duduk penumpang. Kedua-dua lelaki dan wanita tu masih lagi duduk di dalam kereta tersebut, dan kelihatan kedua-duanya memakai tali pinggang keledar. Disebabkan kereta tersebut model yang lama, maka, saya tidak dapat lihat mana-mana deployed airbag.
Gambar hiasa (sumber google) Ada Budak Kecil Atas Ribaan Ibunya, Ada Satu Luka Bergaris Panjang
Wanita tersebut menjerit-jerit meminta pertolongan. Saya buka pintu belah penumpang dan barulah saya sedar, terdapat seorang budak kecil di dalam kereta itu. Kakinya berada di atas riba ibunya dan kepalanya pula di atas dashboard kereta tersebut. Budak tersebut memang menangis dan berteriak dengan kuat. Saya perhatikan, terdapat satu luka bergaris panjang di atas kepalanya, daripada dahi sehingga ke belakang telinga kanannya. Lukanya mirip luka yang terpotong dengan pisau, atau terma perubatannya kita panggil sebagai laceration wound. Dengan segera saya buka baju melayu saya yang bewarna kelabu itu, dan saya tekan pada luka tersebut.
Hentikan Pendarahan Dengan Segera
Darahnya mengalir dengan sangat pantas. Untuk pengetahuan anda, bahagian kulit kepala kita ini mempunyai banyak salur darah. Mana-mana luka yang terjadi di situ akan mengakibatkan darah yang keluar ini sangat pantas. Daripada konsep dan pespektif perubatan kecemasan, tidak kira luka di mana sekalipun, perkara yang perlu dilakukan dengan segera adalah menghentikan pendarahan tersebut. Caranya adalah dengan menggunakan kain (kain kapas yang menyerap air lebih baik) dan menekup pada luka tersebut.
Kehilangan Darah Yang Banyak Boleh Menyebabkan Pelbagai Komplikasi
Untuk budak berumur lebih kurang 2 tahun itu, isipadu darah yang berada dalam badan mereka jauh lebih sedikit daripada darah orang dewasa. Kehilangan darah berterusan boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ utamanya seperti jantung, buah pinggang dan otak. Terminologi perubatan untuk keadaan ini dipanggil haemorrhagic shock dan kondisi ini amat berbahaya kerana boleh merosakkan organ-organ utama seperti kerosakan kekal pada otak dan mempunyai risiko kematian yang sangat tinggi.
Ibu kepada budak tersebut, yang cedera ringan terus menelefon 999 sementara saya cuba sedaya upaya untuk memastikan darah tidak terus-menerus keluar daripada luka tersebut. Saya rasa amat takut kerana budak lelaki tersebut sekejap sedar dan sekejap tidak sedar. Apabila dia sedar, dia membuka mata dan menangis, dan beberapa saat kemudian, dia badan dia menjadi lemah-longlai pula. Hal ini memang disebabkan oleh pendarahan tersebut dan memang saya buat sehabis baik untuk menekan bahagian luka tersebut.
15 minit kemudian, kedengaran ambulans sampai di tepi jalan. Seorang Medical Assistant (MA) menghampiri saya, dan saya terus bercakap dengannya
“Estimated 2 years old boy, deep laceration wound extending from the forehead to behind the right earlobe. I didn’t manage to do full primary yet because of the bleeding. Help me grab as many gauze as you can so that we can stop the bleeding together”
Apa yang saya maksudkan adalah mengenai luka dan kecederaan yang dialami. Primary survey bermaksud pemeriksaan daripada kepala ke kaki untuk mengesan mana-mana kecederaan yang lain. Memang tidak dinafikan, apa yang saya buat itu melangkau sahaja primary survey kerana tumpuan saya adalah pada bahagian yang mengalami pendarahan yang teruk. Saya tidak sempat nak periksa bahagian dada, abdomen, kaki, tangan dan lain-lain kerana saya terlalu risaukan pendarahan di kepala budak itu.
Saya bercakap dengan MA tersebut yang saya perlu alihkan kain yang saya gunakan kerana anda faham-faham sahajalah, kain baju melayu yang licin ni bukanlah kain yang terbaik untuk menyerap darah, namun, saya tiada pilihan lain semasa kejadian tersebut berlaku. Singlet yang saya pakai juga, kainnya jenis polyester, juga amat tidak berkesan kalau nak hentikan pendarahan. Jadi, mahu tak mahu, saya terpaksa alihkan kain baju melayu tersebut dan MA tersebut dengan pantas menekup bahagian luka tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca, anda seharusnya tidak mengalihkan kain yang anda pakai untuk menutup luka. Andai kata kain tersebut basah lencun dengan darah sekalipun, anda perlu meletakan selapis lagi kain diatasnya. Jika masih basah dengan darah, anda harus menambah lapisan demi lapisan sehinggalah darah tidak lagi kelihatan di atas kain tersebut. Cuma macam dalam kes saya, saya terpaksa alihkan kerana jenis kain yang saya gunakan amat tidak sesuai.
Akhirnya, selepas banyak lapis kain diletakkan, jarum pun sudah berjaya ditusuk di tangan budak tersebut dan diberikan air untuk menggantikan darah yang hilang buat sementara waktu sebelum dihantar ke hospital. Ibu kepada budak tersebut juga masuk ke dalam ambulans dan ikut sama. Kedua-dua lelaki yang berada di dalam kedua-dua buah kereta saya paksa ke hospital walapun mereka kata tak nak kerana mereka rasakan mereka okay. Kita tidak akan tahu sepenuhnya tahap kecederaan seseorang itu selagi pemeriksaan lengkap dan skan tidak dilakukan. Mujur ada hamba Allah yang baik hati dan menawarkan diri untuk menghantar mereka berdua ke hospital.
Kanak-Kanak Tersebut Tidak Duduk Di Dalam Car Seat
Apa sebenarnya yang berlaku ni? Apa yang menyebabkan budak tersebut cedera teruk tetapi ibu bapanya tidak? Jawapannya adalah pengabaian soal keselamatan. Saya tidak ingin memarahi atau mengutuk mangsa yang terlibat kerana saya pasti, saya sendiri pun kadangkala memandang remeh isu keselamatan ketika memandu. Kadangkala rasa malas nak pakai tali pinggang keledar kerana destinasi yang nak ditujui tu dekat sahaja. Kadangkala malas nak pakai helmet bila masuk ke jalan kampung dan lain-lain.
Kejadian seumpama ini adalah kerana sikap terlepas pandang ibu bapa mangsa berkenaan. Saya dapati, kedua-dua ibu dan ayah kepada mangsa memang memakai tali pinggang keledar. Malangnya, budak tersebut berada di atas pangkuan ibunya semasa pelanggaran terjadi. Memang ibunya meletakkan budak tersebut di atas ribanya ketika pelanggaran terjadi.
Budak Tercampak Ke Depan
Sudah tentu daya momentum yang terjadi apabila pelanggaran head-on ini akan menyebabkan budak tersebut tercampak ke hadapan, dan kepalanya terhentak pada cermin hadapan dengan begitu kuat sehingga berlakunya luka yang agak besar. Izinkan saya memohon kemaafan terlebih dahulu di sini andai kata penulisan saya ini terlalu kasar dan berterus terang.
Banyak Kejadian Bayi Tercampak
Apa yang berlaku pada mangsa dalam kejadian tersebut sebenarnya dikira bernasib baik kerana mengikut pengalaman saya, saya pernah lihat bayi berusia tak sampai setahun tercampak keluar daripada kereta apabila kereta tersebut mula bergolek-golek selepas pelanggaran berlaku. Anda bayangkan sahajalah bayi yang tercampak dan melambung keluar daripada kereta pada ketinggian beberapa meter dari atas jalanraya. Daya graviti memang sudgh cukup kuat mengakibatkan kematian apaila mangsa terhempas di atas jalanraya daripada ketinggian tersebut.
Saya akui, saya tidak ada anak dan tidak berapa pasti ragam anak-anak kecil ini. Akan tetapi, saya mempunyai adik-beradik yang mempunyai anak. Saya sendiri kadangkala berasa amat kasihan apabila anak saudara saya diletakkan di dalam carseat di belakang menangis. Mereka menangis, melalak dan kadangkala menjerit-jerit apabila dipasang dengan strap dan diletakkan di belakang kereta di dalam carseat. Ibu mana yang tak kesiankan anak mereka. Ayah mana yang sanggup nak mendengar tangisan anak-anak mereka di dalam kereta.
Akhirnya, mereka mengalah. Mereka mengambil anak mereka itu, dan diletakkan di atas riba. Diusap-usap, dicium-cium dan ditimang-timang supaya anak mereka tidak lagi menangis. Namun, saya tertarik dengan komen beberapa orang semasa saya meletakkan entri ini di Facebook saya. Katanya, lebih baik menahan telinga mendengar anak menangis daripada ibu bapa yang menangis tanpa henti apabila tragedi berlaku. Saya tidak mendoakan atau menyatakan tragedi akan berlaku kepada anda, tidak.
Saya tidak mengatakan pembelian carseat akan boleh melewatkan atau mencegah ajal. Tidak!. Cuma apa yang saya ingin katakan di sini adalah andai kata tragedi tersebut berlaku (nauzubillah), adakah anda sudahpun buat yang terbaik untuk anak anda? Saya teringat kata-kata seorang pesakit semasa saya bekerja di hospital dulu, iaitu pesakit psikiatri yang kehilangan anaknya yang baru berumur 3 tahun akibat kemalangan, dan jawapan yang dia berikan kepada doktor pakar psikiatri saya rasa amat baik untuk saya kongsikan kepada anda semua. Apabila ditanya oleh doktor pakar mengenai bagaimanakah dia boleh cope dengan keadaan yang terjadi beberapa minggu sebelum itu, dia menjawab
“Perkara yang boleh buatkan saya reda dengan pemergian anak saya adalah saya tahu, saya dah buat yang terbaik daripada segi pencegahan terhadap kemalangan tersebut. Ajalnya sudah tiba dan memang amat sakit (emosi) pada awalnya, namun, saya terima dan boleh bertahan hanya kerana seperti yang saya katakan, saya sudah buat yang terbaik untuk keselamatan dia dan saya tahu, saya tiada kuasa untuk melawan takdir”
Sebelum saya akhiri artikel ini, saya ingin menyatakan di sini satu lagi informasi yang telah dikongsikan oleh pembaca-pembaca semua iaitu mengenai soalan, adakah selamat jika kita letakkan budak di atas riba kita, kemudian kita pakaikan tali pinggang keledar sekali bersama dengan kita? Jawapannya tidak selamat. Gabungan momentum ke hadapan, bersama letusan airbag yang memberikan daya tolakan ke belakang apabila kemalangan berlaku sudah cukup kuat untuk memberi kecederaan dalaman kepada kanak-kanak akibat dihimpit di tengah-tengah.
Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Andai kata artikel ini terlalu panjang, saya mohon kemaafan. Saya berharap agar anda dapat mengambil pengajaran dan isi yang baik daripada kejadian yang saya lalui ini. Saya tidak tahu kesudahan kepada kes ini, namun, marilah kita berdoa yang baik-baik untuk kesejahteraan mereka. Terima kasih kerana sudi membaca.
**Penerbitan Artikel Ini Telah Mendapat Kebenaran Daripada Dr. Onn Azli Bin Puade**
Sumber: Onn Azli Bin Puade
The post “Kaki Atas Riba Ibu, Kepala Atas Dashboard. Menjerit Minta Tolong, Anak 2 Tahun Pecah Kepala” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kaki-atas-riba-ibu-kepala-atas-dashboard-menjerit-minta-tolong-anak-2-tahun-pecah-kepala/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Bawa Anak Saya Ibu Gadis Kanser Merayu Tengah Jalan Yang Disekat Minta Bawa Anak Ke Hospital

Tolong Bawa Anak Saya Ibu Gadis Kanser Merayu Tengah Jalan Yang Disekat Minta Bawa Anak Ke Hospital

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 546 hits
Seorang ibu yang dikenali sebagai Lu telah merayu kepada pihak berkuasa agar anaknya diberikan rawatan susulan bagi penyakit kanser yang dihidapinya Wanita berkenaan bertindak sedemikian selepas anak perempuanya yang berusia 26 tahun tidak ...
Kisah Haru Ibu Berusia 85 Tahun Tiap Hari Menyelam Di Laut Demi Anak

Kisah Haru Ibu Berusia 85 Tahun Tiap Hari Menyelam Di Laut Demi Anak

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 385 hits
Kasih ibu sepanjang masa Itulah peribahasa yang selama ini menggambarkan rasa cinta para ibu kepada anak anaknya Hampir tak ada ibu yang ingin melihat anak anaknya hidup susah Hampir semua ibu bahkan rela melakukan apapun demi sang anak Ker...
Pinggang Wanita Hancur Teruk Gara Gara Letak Kaki Atas Dashboard

Pinggang Wanita Hancur Teruk Gara Gara Letak Kaki Atas Dashboard

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 513 hits
X ray yang mengerikan memperlihatkan kecederaan pinggang yang dialami oleh seorang wanita muda telah didedahkan oleh pihak polis sebagai amaran kepada penumpang penumpang kereta untuk tidak meletakkan kaki di atas dashboard Pinggang wanita ...
Bukan Calang Calang Mendaki Selama 19 Jam Ibu Ini Berjaya Bawa Anak Usia 3 Tahun Tawan Gunung Kinabalu

Bukan Calang Calang Mendaki Selama 19 Jam Ibu Ini Berjaya Bawa Anak Usia 3 Tahun Tawan Gunung Kinabalu

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 519 hits
Mendaki merupakan salah satu aktiviti ekstrem yang tidak semua orang mampu lakukan Persediaan fizikal dan mental perlu dibuat jika ingin mendaki kerana banyak faktor termasuklah keadaan fizikal cuaca dan juga persediaan lain bagi menjayakan...
Ibu Abam Bocey Menangis Atas Kerusi Roda Anak Pula Masih Belum Faham Apa2

Ibu Abam Bocey Menangis Atas Kerusi Roda Anak Pula Masih Belum Faham Apa2

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 495 hits
Pemergian Abam Bocey masih mengundang suasana sebak dan pilu dalam kalangan rakan selebriti dan peminatnya yang sukar mempercayai kehilangan pelawak popular itu Apatah lagi bagi ahli keluarga untuk menerima ujian tersebut selepas kehilangan...
Anak Baik Mummy Baru Umur 3 Tahun Si Cilik Ini Teman Ibu Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Anak Baik Mummy Baru Umur 3 Tahun Si Cilik Ini Teman Ibu Tawan Puncak Gunung Kinabalu

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 448 hits
Mendaki gunung atau bukit sudah menjadi satu trend masa kini untuk aktiviti riadah bersama keluarga Alangkah indahnya apabila menikmati permandangan dari arah atas gunung bersama orang tersayang Begitulah kisah seorang wanita yang berkongsi...
Dua Beranak Maut Kemalangan Saksi Sempat Dengar Anak Kecil Menjerit Minta Tolong

Dua Beranak Maut Kemalangan Saksi Sempat Dengar Anak Kecil Menjerit Minta Tolong

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 516 hits
Baru sahaja menyambut perayaan Tahun Baru Cina hari ini satu keluarga diuji dengan kehilangan nyawa selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan jalan raya Kejadian berlaku pada sekitar 9 30 pagi tadi di highway PLUS...
Banyak Dugaan Nak Bf Anak Ibu Kena Kental Ayah Harus Supportive

Banyak Dugaan Nak Bf Anak Ibu Kena Kental Ayah Harus Supportive

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 323 hits
Hampir semua wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun Dalam melengkapkan misi ini tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi Setiap cab...
Cikgu Memang Malas Cuci Pinggan Ke Sampai Berulat Bekal Anak Saya Ibu Serang Guru Tadika Di Whatsapp Group

Cikgu Memang Malas Cuci Pinggan Ke Sampai Berulat Bekal Anak Saya Ibu Serang Guru Tadika Di Whatsapp Group

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 1592 hits
Viral di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang ibu terhadap guru tadika yang didakwa tidak membasuh bekas makanan anaknya sehingga berulat Menurut si ibu kepada kanak kanak perempuan itu berkata Cikgu memang malas cuci pinggan kat ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game