Pembukaan Rasmi Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Pembukaan Rasmi Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong | Assalamualaikum dan salam hormat semua pembaca Blogger2u semua. Kali ini saya nak kongsikan prihal kahwin pula. Bukan saya nak kawin tapi nak kongsi pasal pembukaan rasmi satu lagi dewan perkahwinan terbaru dan juga pakej perkahwinan lengkap yang mana saya turut hadir dalam majlis pembukaan yang gilang gemilang tersebut. Majlis tersebut di serikan lagi dengan kehadiran Azli Jaafar (Senario) membuatkan majlis pada malam itu menjadi bertambah meriah.
Artis jemputan Azli Senario semasa pembukaan Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda
Sebelum ini saya pernah menulis satu artikel mengenai pakej perkahwinan lengkap yang terletak di Ambassador Putrajaya. Kalau anda terlepas pandang anda boleh bacanya [di sini]. Di artikel tersebut saya telah terangkan secara lengkap antara pakej-pakej perkahwinan yang di sediakan oleh Hanana Group ini.
Keselesaan tetamu yang hadir mengambil makanan
Minggu lepas tanggal 05 Januari 2019 Hanana Group Sdn Bhd melebarkan sayapnya dengan membuka satu lagi cawangannya yang terletak di alamat Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista, 47100 Puchong, Selangor. Dewan perkahwinan yang di beri nama Lugar De La Boda ini di bina di tanah lot yang mana dewannya sangat luas. Bersesuaian dengan kehendak pelanggan masakini dewan Lugar De La Boda ini dibina dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Jika anda ke sini sendiri anda dapat melihat keindahan hiasan dalaman dewan ini serta persekitaran luaranya yang sangat cantik
Salah satu hiasan pelamin Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda
Bercakap pasal pakej perkahwinan, perkara yang kita selalu titik beratkan adalah tentang makanan. Jujur saya katakan menu yang disediakan untuk para tetamu memang sedap-sedap belaka. Selain itu juga terdapat vendor-vendor yang boleh anda pilih untuk menyediakan kudapan dan hidangan istemewa seperti cendol, ais krim, kambing Panggang, ayam gunting, apam balik crispy, cucur udang, kuih-muih tradisi dan banyak lagi.
kambing Panggang
Aneka jenis menu masakan
Aneka kuih muih tradisi melayu
Vendor Apam Balik - Salam satu vendor yang boleh anda tempah
Vendor bahagian tepi dewanSeperti mana Pakej Lengkap Perkahwinan Ambassador Putrajaya yang saya tulis di artikel yang lepas, Lugar De La Boda juga mempunyai pakejnya sendiri. Harga asal pakej mereka sebanyak RM28,000 akan tetapi untuk tempoh promosi pembukaan anda diberi diskaun RM5000 yang menjadikan pakej perkahwinan di Dewan Lugar De La Boda cuma RM23,000 sahaja. Berikut adalah harga pakej per pax selepas potongan harga
1000 pax - RM23,000800 pax - RM 20,800700 pax - RM 18,000500 pax - RM 16,000300 pax - RM 14,000Apa yang anda dapat jika menempah pakej perkahwinan di Lugar De La Boda ini. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh rujuk flayer di bawah ini.
Pakej Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Dengan mengambil pakej ini tidak ada apa yang harus anda runsingkan lagi kerana semuanya lengkap termasuk baju pengantin, make up, DJ dan banyak lagi. Pendek kata bawa diri je ke sini di hari majlis perkahwinan anda nanti.
Tuan CEO (3 dari kiri) bersama ahli keluarganyaDemi keselesaan orang ramai Hanana Group menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pengantin dan para tetamu yang hadir seperti tandas, surau dan juga bilik khas untuk acara akad nikah. Di samping itu untuk pengetahuan anda juga dewan ini mampu memuatkan 50 buah meja dan 500 kerusi chivari gold di dalam satu masa.
Seandainya anda berminat atau ingin bertanyakan tentang pakej yang di sediakan oleh dewan perkahwinan Lugar De La Boda anda boleh hubungi mereka seperti butiran di bawah.
Fazlin - 0172345297Farah - 0166700457Liana - 0164318434Hanis - 0166700752Office - 0166700471Office - 0166700473
Hanana Group Sdn BhdNo.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,Presint 15, 62050 Putrajaya
Websitewww.hananagroup.comFacebookfacebook.com/ambassadorputrajayaInstagraminstagram.com/ambassadorputrajaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://silenceblogz.blogspot.com/2019/01/pembukaan-dewan-perkahwinan-lugar-de-la-boda.html