Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong Selangor Antara Termurah
Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong Selangor Antara Termurah | Salam semua, 2,3 hari lagi Ramadam bakal menjelma lagi. Bulan yang di nanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh negara. Bersahur dan dan berbuka serta menunaikan solat sunat Tarawih tentulah menjadi amalan kita semua.
Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong Selangor
Pada Ramadan ini, kepada yang masih tercari-cari lokasi yang menyediakan Buffet Ramadan 2019 yang sedap dengan harga yang murah, saya ingin kongsikan kepada korang satu lokasi yang letaknya di Puchong, Selangor. Buffet Ramadan yang saya maksudkan ini adalah di Lugar De La Boda.
Pada entry yang terdahulu saya pernah kongsikan pasal venue dan pakej perkahwinan Lugar De La Boda ni. Anda boleh membacanya di entry ini [Pembukaan Rasmi Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong]. Kali ini masih di lokasi yang sama, Hanana Group Sdn Bhd melangkah lagi kedepan dengan menyediakan buffet Ramadan di lokasi ini selepas lokasi utamanya di Ambassador Putrajaya. Apa yang menariknya kedua-dua venue ini menawarkan pakej buffet Ramadan dengan sama harga.
CEO Hanana Group - Memberi ucapan Pembukaan majlis
Buffet Ramadan Lugar De La Boda ini banyak menyediakan juadah berbuka puasa yang pasti memenuhi selera anda. Mana tidaknya antara menu istimewa di sini adalah Kambing Golek berperisa lemon. Hurmm.. dengar pun dah kecur air liur.. rasa hamis kambing memang tak ada lansung
Kambing Golek Buffet Ramadan Lugar De La Boda
Selain itu banyak juga hidangan utama nasi dan lauk-pauk yang sesuai dengan selera Melayu seperti Nasi Briyani atau Nasi Minyak, Nasi Putih, Daging Masak Hitam, Dalca, Sambal Sotong, Masak Lemak Ikan Masin dengan Nanas, Daging Gulai Kawah, Ayam Masak Merah, Sayur Masak Lemak Pucuk dan Suhun, Acar Buah dan banyak lagi termasuklah kuih muih yang beraneka rasa daripada tradisional sehingga ke moden semuanya terhidang di meja utama untuk santapan anda.
Daging Masak Hitam - Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong
Gulai Kawoh - Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong
Dalca - Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong
Aneka Pilihan Lauk Pauk - Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong
Apa yang paling menarik terdapat juga both di luar dewan (siar kaki) yang menyediakan aneka air dan manisan dan juga kuih-muih lain untuk dijamah. Di pahamkan terdapat lebih 100 jenis hidangan terdapat disini. Lagi satu yang penting ruang pakir kereta di sini sangatlah luas dan selesa. Tandas dan surau juga disediakan untuk keselesaan para pengunjung.
Both - Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong
Aneka jenis kuih muih - Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong
Penat seharian bekerja dan tak ada masa untuk ke bazar Ramadan atau pun tidak sempat nak memasak apa salahnya sekali sekala manjakan diri untuk berbuka puasa di Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong ni. Kalau anda rasa Buffet Ramadan Lugar De La Boda ni jauh dari tempat anda, anda boleh ke Ambassador Putrajaya di No 92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik, Presint 15, 62050, Putrajaya.
Harga yang di tawarkan untuk buffet Buffet Ramadan Lugar De La Boda Puchong ini adalah seperti berikut ;Walk in price : Dewasa RM68 / Kanak-kanak RM38Early Bird : Dewasa RM59 / Kanak-kanak RM30Special Price : RM580 untuk satu meja bulat (10 pax)(*kanak-kanak 6-12 tahun*)Kalau anda nak buat tempahan awal atau nak bertanyakan tentang buffet Ramadan ni anda boleh hubungi mereka di talian telepon seperti yang saya nyatakan di bawah.
Alamat :Lugar De La BodaPersiaran Tasik Prima 4Lake Vista, 47100 PuchongSelangor
Tempahan / Contact Person016-3111074 (ZURAINI) 016-4318434 (LIANA) 016-6700752 (HANIS) 016-6700457 (FARAH) 016-6700473 (SHAIDATUL) 016-6700471 (SARAH)
Selain info dan kemaskini tentang mereka anda boleh lawat laman sosial mereka serta laman sesawang seperti dibawah
Facebook : lugardelabodaInstagram : LugarDelaBodaWebsite : www.hananagroup.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://silenceblogz.blogspot.com/2019/05/buffet-ramadan-lugar-de-la-boda-puchong.html