Pembukaan Rasmi Food Empire Food Court Dalam Malaysia Grand Bazaar Di Bukit Bintang City Centre


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau korang yang suka jalan dan beli belah di Lalapot atau juga Malaysia Grand Bazaar (MGB) di Bukit Binrang City Centre (BBCC) kini boleh nikmati makanan yang enak-enak. Kenapa? Ini kerana sekarang kat MGB telah dibuka Food Empire Food Court di dalamnya
 

Pertama kali Maha masuk dan singgah di MGB ini. Kalau yang tak pasti apa itu MBG ia merupakan bazar besar pertama seumpamanya di tengah pesat Bukit Bintang untuk menjadi destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi. Ia bagaikan pusat sehenti yang membolehkan pengunjung merasai persembahan makanan, kraftangan dan kebudayaan terbaik dari semua negeri di bawah satu bumbung. 



Ok kita balik semula pada pembukaan food court rasmi di MGB ini. Kalau korang datang masuk pintu utama MBG ada sebelah kiri tengok atas sikit dah nampak Food Empire tu naik escalator terus sampai depan pintu Food Empire. Kat sini mengumpulkan 14 gerai makanan pelbagai jenis maknan dari pelbagai rasa seluruh Malaysia dan luar negara. 




Masa Maha masuk tengok kawasan sangat cantik dengan adanya dekorasi daripada kraf seni Malaysia seperti lakaran songkit, batik, wayang kulit, dan macam-macam lagi pada dindingnya. Kalau datang dengan kawan-kawan atau keluarga nak makan sini sangat selesa kerana ada segala kemudahan bilik air, singki basuh tangan yang bersih dan suasana yang nyaman untuk makan. Daripada makanan bakar, nasi campur, nasi ayam, sup dan mee, serta juga makanan dari barat dan timur tengah pun ada kat sini. Jom Maha tunjukkan apa menu yang sempat Maha cuba hari tu semasa makan kat Food Empire yang baharu buka ini. 



Maha paling suka adalah mereka punya Bihun Sup di Gerai Selera Kita. Kat sini ia menyediakan pelbagai jenis makanan berasaskan sup seperti Bihun Sup, Mee Sup, Kuey Teow Sup dan juga pelbagai jenis sup seperti Sup Ayam, Sup Daging, Sup Kambing, Sup Berbola dan banyak lagi. Makan time panas-panas sup mereka sedap pulak tu letak sos kicap memang terangkat. 




Lepas tu Maha order pula makanan kegemaran Maha kalau pergi mana-mana mesti cari Nasi Ayam. Ini Maha order kat Gerai Nasi Ayam Hainan. Pelbagai pilihan nasi ayam ada yang Roasted Chicken, Stim Chicken, BBQ Chicken, Crispy Fried Chicken dan banyak lagi. Hari tu Maha order Nasi Ayam BBQ Chicken. Kalau tak makan nasi boleh order meraka ada juga Wan Tan Mee kat sini
 




Orang Malaysia ni kaya dengan pelbagai jenis makanan kat sini juga Maha order hari tu di Gerai Yong Tau Foo. Korang boleh tengok ada pelbagai pilihan bahan-bahan yang korang nak campurkan dalam Yong Tau Foo. Kalau Maha suka makan yang Meet Ball, Fish cat, kulit tauhu goreng, batang ketam dan Maha mesti masukkan sayuran dalamnya untuk lebih khasiat. Kat sini ada macam jenis sayur yang hijau dan cendawan pun ada. Semua dihidang panas bagi mengekalkan rasa sedap sup Yong Tau Foonya





Tadi Maha kata kat sini bukan sahaja makanan tempatan Malaysia ada juga makanan barat. Kat Gerai Western Fusion ni korang boleh dapat pelbagai masakan barat yang memenuhi selera orang Malaysia seperti Chicken Chop, Fish & Chips, Sosej Jumbo, Bebola Daging Spaghetti dan banyak lagi. Hari tu Maha order lah Pizza dan juga Ayam Goreng mereka nak cuba makan yang lain sikit. 




Satu lagi gerai makanan yang dibawa dari Timur Tengah untuk mempelbagaikan hidangan kat Food Empire ini adalah Gerai Dubai namanya. Gerai ni ada menjual pelbagai pencuci mulut dari negara arab lah. Makanan viral dan popular pun ada kat sini seperti Kunafa. Juga kalau nak yang berat kar sini ada juga seperti Nasi Mandi, Nasi Biryani ayam dan kambing serta Baklava. Maha order mereka punya pencuci mulut yang penuh dengan kekacang dan juga sos manis dituang di atasnya layan sedap. 




Gerai lain yang ada kat sini pun banyak macam Gerai Stulang Grill yang menyediakan hidangan bakar-bakar makanan laut segar. Boleh pilih macam-macam ada dari Udang, Sotong, Ketam, Ikan pelbagai jenis, semua boleh dibakar dengan ‘sambal’ yang melengkapi aroma daun pisang yang pastinya memikat selera. Kalau korang perasan nama Stulang tu diambil daripada kedai ikan bakar yang popular di Jalan Stulang Laut Johor baharu. 



Kalau nak cari yang betul-betul masakan Malaysia boleh order kat Gerai Wow Resipi Padu. Kat sini boleh dapat menu popular mereka seperti Nasi Lemak dengan pelbagai lauk pauk pilihan seperti ayam goreng, sambal sotong, kari ayam, chicken chop, ikan popcorn, udang dan lain-lain. Kalau ada makanan Malaysia mesti ada masakan Thai kat Food Court. Sini pun ada nama Gerai Thai Fusion yang menghidangkan pelbagai makanan panas Thailand sepeti Nasi Goreng Nanas, Nasi Goreng Pattaya, Ladna Yee Mee, Nasi Ayam Paprik dan banyak lagi




Kalau nak yang masak panas dalam claypot atau hotplate dengan dicurah sos diatasnya korang boleh order kat Gerai Hotplate. Sini ada macam-macam seperti Yee Mee, Kuey Teow, Mee Kuning, Meehoon atau nasi dengan ayam, daging lembu, ayam kimchi, ketam, sotong gulung dan banyak lagi. Satu lagi gerai yang mesti ada kat mana-mana food court adalah ayam penyet. Kat Food Empire ini pun ada Gerai Ayam Penyet D'kota. Cuma masa Maha datang ia masih belum beroperasi lagi yang menyediakan hidangan Nasi Ayam Penyet dengan sambal yang menyengat. 




Pada yang suka nasi campur kat Gerai Nasi Campur Suria ada lebih kurang 40 jenis lauk pauk yang buat korang rambang mata nak pilih lauk mana satu. Kalau Maha punya style makan akt kedai nasi campur akan ambil sikit-sikit tapi banyak pilihan nak rasa semua hehehe. Gerai yang wajib semua orang akan cari bila makan kat food court apa dia. Mestilah Gerai Hot & Cold Dessert & Beverage iaitu gerai minuman. Selain itu juga mereka ada pelbagai pencuci mulut lokal yang sedap seperti ABC, Cendol, Lei Chee Kang, Kelapa Laut dan banyak lagi




Food Empire ini buka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi jangan risau kalau datang time cuti umum ia pun masih beroperasi juga demi nak memberikan makanan yang lazat-lazat dan enak-enak kepada warga kota. Jadi lepas ni kalau datang jalan-jalan atau OOTD kat area Lalapot atau MGB boleh singgah makan kat sini tak perlu nak keluar jauh-jauh dah. Harga makanan pun berpatutan dengan rasa dan kuantitinya, bak kata pepatah Sedap Sehingga Menilat Jari. 

Kalau nak ketahui update terkini dan juga promosi yang mereka buat di Food Empire in MGB at BBCC ini boleh ke laman sosial media mereka

Instagram : https://www.instagram.com/smartlegacy_foodempireFacebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100063553750233Tiktok : https://www.tiktok.com/@foodempire_smartlegacy








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/10/pembukaan-rasmi-food-empire-food-court.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Rasmi Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong

Pembukaan Rasmi Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 169 hits
Pembukaan Rasmi Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong Assalamualaikum dan salam hormat semua pembaca Blogger2u semua Kali ini saya nak kongsikan prihal kahwin pula Bukan saya nak kawin tapi nak kongsi pasal pembukaan rasmi satu lagi de...
Rasmi Intipati Penuh Bajet2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat L Banyak Berita Gembira Kepada Rakyat Malaysia

Rasmi Intipati Penuh Bajet2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat L Banyak Berita Gembira Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 291 hits
RASMI Intipati Penuh BAJET2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat l Banyak Berita Gembira Kepada Rakyat Malaysia Kerajaan Malaysai hari ini 7 Oktober 2022 mengumumkan bajet2023 dengan dibawakan oleh menteri kewangan Datuk Tengku Zafrul yang baharu...
Kenangan Coffee Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Kenangan Coffee Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 151 hits
Kenangan Coffee rangkaian F B runcit baharu yang paling pesat berkembang di Indonesia secara rasmi membuka pintunya di Malaysia hari ini dengan kedai pertamanya di Suria KLCC Pelancaran itu disempurnakan oleh Pengasas Bersama Kenangan Coffe...
Extend Generation End Game To Include Alcohol Gambling Fast Food Focus Malaysia 03 10 2022

Extend Generation End Game To Include Alcohol Gambling Fast Food Focus Malaysia 03 10 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 298 hits
THE Muslim Consumers Association Malaysia has urged the Government to implement the Generational End Game on alcohol and gambling before banning cigarettes and vaping for future generations Moreover PPIM also wanted to apply the same GEG ar...
New Diet Tracking System To Collect Food Consumption Data In Malaysia

New Diet Tracking System To Collect Food Consumption Data In Malaysia

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 153 hits
Monash University is undertaking a project to collect food consumption data in Malaysia to inform and improve public health and nutrition policy Monash University is undertaking a project to collect food consumption data in Malaysia to info...
Pjd Link Seeks Public Listing On Bursa Malaysia Via Reverse Takeover

Pjd Link Seeks Public Listing On Bursa Malaysia Via Reverse Takeover

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 177 hits
PJD Link Sdn Bhd the concessionaire of the proposed Petaling Jaya Dispersal Link is seeking a listing on Bursa Malaysia Securities Bhd via a reverse takeover of main market listed Scomi Energy Services Bhd In a statement today PJD Link said...
Kedutaan As Keluarkan Amaran Cuaca Buruk Di Malaysia Mulai Bulan Depan

Kedutaan As Keluarkan Amaran Cuaca Buruk Di Malaysia Mulai Bulan Depan

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Amerika Syarikat mengeluarkan amaran cuaca buruk kepada rakyat negara itu yang berada di Malaysia sebagai persediaan berdepan hujan lebat ribut dan banjir bermula bulan depan Berdasarkan amaran yang dikeluarkan di laman sesawan...
Filem Don T Look At The Demon Filem Pertama Malaysia Masuk Ke Pasaran Amerika Syarikat

Filem Don T Look At The Demon Filem Pertama Malaysia Masuk Ke Pasaran Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraFILEM SERAM TEMPATAN DON T LOOK AT THE DEMON MENJADI SIARAN GLOBAL MENJADIKAN FILEM MALAYSIA PERTAMA MEMASUKI PASARAN AMERIKA DEBUT DI LEBIH 250 PAWAGAM DI AMERIKA UTARAYB Datuk Zahidi Zainul Abidin Timbal...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik