Budi95 Langkah Efektif Kerajaan Bantu Rakyat Kawal Ketirisan Berita Harian 28 09 2025


 

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan subsidi bersasar menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) disifatkan langkah efektif kerajaan dalam memastikan rakyat terus dibantu, di samping mengawal ketirisan serta memperkukuh kedudukan fiskal negara.
Pensyarah Keusahawanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Abdul Rahman Jaaffar, berkata meskipun setiap skim subsidi berpotensi berlaku penyelewengan, kerajaan memilih pendekatan paling praktikal dengan mengutamakan kemudahan rakyat.
"Dari segi pendapatan isi rumah, memang akan timbul pelbagai isu termasuk disposable household. Malah, aspek pengesahan ketika pembelian juga wajar diberi perhatian.
"Namun, jika diteliti secara keseluruhan, subsidi bersasar tetap pilihan terbaik untuk rakyat dan negara," katanya kepada BH.

Menurut Abdul Rahman, antara cabaran utama ialah risiko penyalahgunaan MyKad oleh warga asing bagi mendapatkan subsidi petrol, selain aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan.


Katanya, isu ini perlu ditangani segera dengan pendekatan lebih ketat pada peringkat penguatkuasaan.
"Langkah ini dijangka mampu mengurangkan penyeludupan petrol yang sebelum ini berleluasa di sempadan. Penjimatan pula dianggarkan antara RM5 bilion hingga RM7 bilion setahun, sekali gus membantu pemulihan fiskal negara," jelasnya.
Beliau turut mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama agensi penguat kuasa mempertingkat rondaan serta pemantauan bagi memastikan skim itu berkesan.
Sementara itu, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menjangkakan BUDI95 menerima sambutan luar biasa apabila sehingga enam juta pengguna dijangka mengisi petrol pada minggu pertama pelaksanaannya, berbanding purata harian tiga hingga empat juta pengguna sebelum ini.


Beri maklumat tepat
Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata angka itu berdasarkan penelitian awal terhadap penerimaan rakyat, sekali gus membuktikan keyakinan tinggi terhadap inisiatif kerajaan berkenaan.
"Sebagai persediaan, pengusaha stesen minyak disaran menambah pekerja sambilan untuk mengurangkan kesesakan ketika minggu awal pelancaran.
"Pada 27 September lalu, sistem percubaan sudah dilaksanakan untuk anggota polis dan tentera yang menikmati harga subsidi tiga hari lebih awal, menggunakan sistem verifikasi baharu yang diintegrasikan dengan pam sedia ada," katanya.
Beliau menasihatkan, pengusaha serta pekerja stesen minyak memberi maklumat tepat kepada pengguna, selain mengingatkan bahawa pertanyaan mengenai kelayakan dan had subsidi perlu dirujuk terus ke talian bantuan BUDI95 di 1300-88-9595, bukan kepada stesen minyak.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menyambut baik pelaksanaan BUDI95, namun menggesa kerajaan lebih tegas membanteras ketirisan petrol bersubsidi yang kerap berlaku di sempadan.
Ketua Aktivisnya, Nadzim Johan, menegaskan rakyat tidak boleh berdiam diri sebaliknya menjadi 'mata dan telinga' pihak berkuasa dengan melaporkan kegiatan penyeludupan.
"Penyeludup mengambil kesempatan daripada perbezaan harga petrol di Malaysia dan negara jiran untuk kaut keuntungan besar. Ia bukan sahaja merugikan negara, malah menjejaskan bekalan untuk pengguna yang layak.
"Apabila harga pasaran tidak lagi disubsidi secara pukal, perbezaan harga akan berkurang dan aktiviti penyeludupan tidak lagi menguntungkan. Ini melemahkan pasaran gelap," katanya.
PPIM yakin, dengan kerjasama semua pihak, subsidi dapat disalurkan tepat kepada golongan memerlukan selain mewujudkan pasaran bahan api lebih adil serta mampan.
Dalam pada itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, mengingatkan ketirisan tetap berisiko berlaku jika pemantauan tidak diperkasakan.
"Sekiranya berlaku pembaziran, kerajaan terpaksa terus berbelanja tetapi bantuan tidak sampai kepada golongan sasaran. Ini akan mengekang keupayaan kerajaan untuk menyalurkan bantuan secara berkesan kerana sumber adalah terhad," katanya.
Sementara itu, sejak portal BUDI95 dilancarkan pada 25 September lalu, lebih 8.1 juta pengguna telah membuat semakan kelayakan untuk menerima subsidi RON95.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BUDI95 di www.budimadani.gov.my atau menghubungi 1-300-88-9595.
Artikel oleh: Berita Harian
BUDI95 LANGKAH EFEKTIF KERAJAAN BANTU RAKYAT, KAWAL KETIRISAN
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1451710/budi95-langkah-efektif-kerajaan-bantu-rakyat-kawal-ketirisan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/09/budi95-langkah-efektif-kerajaan-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 138 hits
Kerajaan jamin bantu keluarga 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza selain memastikan sokongan disalurkan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berk...
Budi95 Kebocoran Ditutup Manfaat Subsidi Kembali Kepada Rakyat Pakar Ekonomi

Budi95 Kebocoran Ditutup Manfaat Subsidi Kembali Kepada Rakyat Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 487 hits
Langkah kerajaan menghentikan kebocoran subsidi RON95 disifatkan sebagai tindakan tepat pada waktu demi memastikan manfaat sebenar hasil negara hanya dinikmati rakyat Malaysia Pakar Ekonomi Putra Business School Universiti Putra Malaysia Pr...
Budi95 Tambah Kelegaan Kepada Rakyat Selepas Sara Str

Budi95 Tambah Kelegaan Kepada Rakyat Selepas Sara Str

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 705 hits
Anggota polis dan tentera ceria menerima manfaat awal BUDI95 pada 27 September 2025 Foto Polis Daerah Iskandar PuteriPENDAPAT 29 Sep Di seluruh negara lebih lima juta rakyat terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rakyat mula menikmati pe...
Economists Budi95 Programme An Effective Practical Approach To Help Netizens Curb Leakages New Straits Times 28 09 2025

Economists Budi95 Programme An Effective Practical Approach To Help Netizens Curb Leakages New Straits Times 28 09 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 131 hits
KUALA LUMPUR The implementation of targeted subsidies under the Budi Madani RON95 programme has been described as an effective government measure to ensure continued public assistance while curbing leakages and strengthening the nation s fi...
Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin Kpt

Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin Kpt

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 140 hits
Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin KPT Kementerian Pendidikan Tinggi menzahirkan penghargaan dan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Kerajaan Malaysia dalam mempertahank...
Keh Keh Keh Kerajaan Kelantan Kena Bantu Penyeludup La Gitu

Keh Keh Keh Kerajaan Kelantan Kena Bantu Penyeludup La Gitu

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 375 hits
Che Ibrahim Sepatutnya Kerajaan Negeri bantu para penyeludup yang semakin terhimpit sekarang akibat tindakan Kerajaan Persekutuan
Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1059 hits
Seorang anggota tentera mengisi minyak bagi menikmati pelaksanaan inisiatif subsidi petrol Budi MADANI RON95 di salah sebuah stesen minyak pada 27 September 2025 Foto Nor Ainna HamzahPORT DICKSON 27 Sep Ucapan terima kasih dizahirkan warga ...
Rakyat Malaysia Kumpul Sumbangan Dalam Talian Bantu Mangsa Banjir Sabah

Rakyat Malaysia Kumpul Sumbangan Dalam Talian Bantu Mangsa Banjir Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2603 hits
Rakyat Malaysia kumpul sumbangan dalam talian bantu mangsa banjir Sabah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor melawat mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara Kampung Sarapung Penampang Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Rakyat Malaysia bers...
Ada Tekad Untuk Bantu Rakyat

Ada Tekad Untuk Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 469 hits
Alif Jamil Dalam banyak perdana menteri pasca PRU14 PMX sahaja yg betul serius dan yg benar ada tekad politik untuk turunkan kos sara hidup rakyat Contoh terdekatnya dalam isu harga minyak nih Nak harapkan PM7 Sibuk dgn drama nak tangguhkan...
Mission Impossible For Pas To Grab More Seats In Sabah Election Battle

A Stray Dog A Cashier And A Country S Cultural Divide

Everyman Tracker Build Pt 9 Concluding Our Honda Cb550 Project

Retro Rubber The Best Modern Tires For Your Vintage Build

Penang Turf Club A Central Park For The People

Cara Senang Untuk Membahagiakan Isteri

Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Baca Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baginda Rasulullah Hidup Di Alam Barzakh Salam Kita Sampai

Dari Status Ke Struktur Panduan Menulis Supaya Ai Dan Dunia Kenal Anda

Hello World

Tiada Istilah Anak Tiri Dalam Kerajaan Madani Peruntukan Dibuat Ikut Keperluan Rakyat Pm Anwar

Ahli Parlimen Kepong Mahu Kerajaan Menyiasat Dan Menahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

Wanita Diculik Bekas Kekasih Dipukul Bertubi Tubi Kerana Tolak Cinta