Pembinaan Projek Ecrl Kini Giat Dijalankan Di Jajaran Dungun Ke Mentakab Kata Kementerian




KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada masa kini sedang giat dijalankan dengan tumpuan kepada pembinaan di jajaran Seksyen B dari Dungun, Terengganu sehingga ke Mentakab, Pahang.
Kementerian Pengangkutan berkata, antara kerja pembinaan tersebut adalah pengorekan dan pembinaan terowong di terowong Dungun, terowong Paka dan terowong Kuantan.
“Di samping itu juga, kerja-kerja awalan di terowong lain juga bermula seperti di terowong Gambang, terowong Sri Jaya, terowong Gedung Siam dan juga terowong Paya Pasir yang kesemuanya terletak di negeri Pahang,” kata kementerian tersebut dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ia adalah bagi menjawab pertanyaan Idris Jusoh (BN-Besut) yang meminta menteri pengangkutan menyatakan status terkini projek ECRL dan senaraikan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang terlibat dalam projek tersebut.
Menurut kementerian itu, bagi 2020, dianggarkan sebanyak 101 lokasi kerja yang dirancang akan bermula di sepanjang jajaran Seksyen A dan juga Seksyen B.
Bagi Seksyen C, yang bermula dari jajaran di Mentakab, Pahang sehingga ke Pelabuhan Klang, Selangor, kerajaan sedang dalam proses memuktamadkan jajaran itu.
“Sehingga bulan Jun 2020, kemajuan projek ECRL berada pada tahap 16 peratus dengan mengambil kira kerja-kerja awalan dan pra-pembinaan yang turut merangkumi kerja reka bentuk dan perolehan.
“Pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) sebagai pemilik projek ECRL mendapat kelulusan skim keretapi bagi jajaran Seksyen A dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu pada 14 Mei 2020.
“Selain itu, kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) diterima pada 13 Mac, 2020 dan juga Kajian Impak Warisan (HIA) pada 12 Mac 2020 bagi jajaran ini,” jelas kementerian itu.
Kementerian Pengangkutan turut memaklumkan laluan projek ECRL akan melalui tanah Felda.
Bagi jajaran Seksyen A (Kota Bharu – Dungun), sebanyak 210 lot tanah Felda dikenal pasti di Terengganu dan kawasan yang terlibat adalah Felda Selasih, Felda Chalok dan Felda Chalok Barat.
Bagi jajaran Seksyen B (Dungun – Mentakab) pula, sebanyak 125 lot dikenal pasti dan kawasan yang terlibat ialah Felda Sg Panching Timur, Felda Sg Panching Selatan, Felda Lepar Hilir 2, Felda Lepar Hilir 3 dan Felda Lepar Hilir 8.
Manakala bagi jajaran Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang), sebanyak 166 lot tanah Felda terlibat di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan 2016) merangkumi negeri Pahang dan Negeri Sembilan di kawasan Felda Kemasul, Felda Chemomoi dan Felda Titi.
Kementerian itu berkata, perbincangan bersama pihak Felda oleh MRL diadakan pada 27 Februari, 2020 bagi memaklumkan lot tanah Felda dan kawasan yang terlibat di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan 2016).
Keseluruhan projek ECRL dijangka siap pada Disember 2026, kata kementerian itu.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/pembinaan-projek-ecrl-kini-giat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pan Borneo Sabah 32 Siap Sarawak 52 Kata Kementerian

Pan Borneo Sabah 32 Siap Sarawak 52 Kata Kementerian

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 270 hits
Pan Borneo Sabah 32 siap Sarawak 52 kata kementerian Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 14 Jul 2020 11 21PM
Selangor Bantah Ecrl Dibina Guna Jajaran Asal Lalui Kawasan Tadahan

Selangor Bantah Ecrl Dibina Guna Jajaran Asal Lalui Kawasan Tadahan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM Kerajaan Selangor tidak bersetuju dengan cadangan projek Laluan Rel Pantai Timur dibina berdasarkan jajaran asal yang melalui kawasan Gombak dan Serendah di negeri itu Exco Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampu...
Kementerian Cadang Tambah 5 000 Cctv Jadikan Kl Bandar Raya Beli Belah Selamat Kata Annuar

Kementerian Cadang Tambah 5 000 Cctv Jadikan Kl Bandar Raya Beli Belah Selamat Kata Annuar

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 294 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melancarkan program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan di Suria KLCC hari ini KUALA LUMPUR Bagi menjadikan ibu negara sebagai sebuah bandar yang lebih selamat dan kondusif unt...
Acer Day Kembali Untuk Tahun Keempat Kini Akan Dijalankan Secara Atas Talian

Acer Day Kembali Untuk Tahun Keempat Kini Akan Dijalankan Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 226 hits
Acer Malaysia akan tiba dengan acara promosi Acer Day untuk tahun keempat tidak lama lagi Kebiasaannya Acer Day ialah acara fizikal dimana Acer Malaysia akan memperkenalkan pelbagai promosi dan diskaun untuk pelbagai produk mereka sepanjang...
Kemaskini Guan Eng Di Sprm Berhubung Projek Terowong Kata Sumber

Kemaskini Guan Eng Di Sprm Berhubung Projek Terowong Kata Sumber

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 289 hits
July 22 2020 12 42 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba di SPRM pada 1 05 petang tadi untuk diambil keterangan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikatakan memanggil Se...
Ruu355 Pas Kini Dah Jadi Khadam Mca Kata Barua Dap

Ruu355 Pas Kini Dah Jadi Khadam Mca Kata Barua Dap

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 345 hits
Orang Melayu Islam ternanti nanti bilakah kerajaan PN yang dianggotai PAS akan membentangkan Rang Undang undang Mahkamah Syariah 2016 atau RUU355 di Parlimen kata ahli Jawatankuasa Amanah Faiz Fadzil Beliau berkata penantian itu ternyata me...
Kementerian Sedia Tubuh Pasukan Khas Pantau Jualan Arak Pemandu Mabuk Kata Timbalan Menteri

Kementerian Sedia Tubuh Pasukan Khas Pantau Jualan Arak Pemandu Mabuk Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 305 hits
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Muttalib berkata kementerian akan mengenal pasti premis khas penjualan arak di kedai runcit dalam usaha mengurangkan kes pemandu mabuk KUALA LUMPUR Kerajaan sedia pertimbangkan penubuh...
Malaysia Satu Satunya Negara Laksana Moratorium Automatik 6 Bulan Kata Menteri Kewangan

Malaysia Satu Satunya Negara Laksana Moratorium Automatik 6 Bulan Kata Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 402 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia satu satunya negara melaksanakan moratorium secara automatik selama 6 bulan iaitu sejak April lalu dan akan berakhir September ini Dalam kalangan negara perkenalkan moratoriu...
Akta Hasutan Masih Relevan Kata Menteri Kdn

Akta Hasutan Masih Relevan Kata Menteri Kdn

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Akta Hasutan 1948 masih relevan dan tidak akan dimansuhkan dengan mengambil kira struktur masyarakat terdiri daripada pelbagai agama serta bangsa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata penyebaran maklumat atau berita beru...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life