Pembesar Suara Di Masjid Surau Tak Perlu Diperlahankan Tunku Ismail
JOHOR BAHRU - Sepucuk surat berkaitan titah Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya pembesar suara di surau dan masjid di negeri ini tidak perlu diperlahankan tular hari ini
Surat bertarikh 29 September itu disahkan diterima oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bertarikh 30 September dan Timbalan Pengarah Operasi JAIJ pada 3 Oktober (semalam)
Antara isi kandungan surat tersebut, “Dengan hormatnya menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim Pemangku Raja. YB Datuk dipohon untuk mengambil tindakan lanjut kepada masjid-masjid dalam negeri Johor
“Masjid-masjid di seluruh negeri Johor berperanan bagi melaksanakan program-program dakwah seperti pengisian rohani berbentuk tazkirah, kuliah dan ceramah perdana dan ia juga berperanan sebagai menyampaikan syiar Islam
“Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk melaungkan azan sebagai memperingatkan umat Islam masuknya waktu solat di kawasan yang berhampiran. Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk menyampaikan tilawah al-Quran dan sesekali juga digunakan sebagai ceramah atau pengajian tertentu
“Maka penggunaan pembesar suara sebagaimana biasa tidak perlu diperlahankan
“Peranan institusi masjid ini perlu dihormati dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat di negeri Johor tambahan agama Islam adalah agama rasmi di negeri Johor”
Surat ini juga disahkan oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad
Surat berkenaan dimuat naik di Facebook Viral Media Johor dan netizen sebulat suara bersyukur dan menyokong penuh usaha Pemangku Raja Johor itu
Hajjah EM menulis di ruangan komen "Dari zaman datuk nenek azan berkumandang dari corong pembesar suara setinggi bumbung masjid. Tiada masalah besar pun. Salute TMJ mengekalkannya. Alhamdulillah."
Angel pula menulis, “Alhamdulillah syukur... semoga Islam tetap unggul dalam Malaysia... Ya ALLAH bantulah kami untuk mengukuhkan syiar Islam ya ALLAH... Amin"
Untuk rekod, pada Ogos lalu surat daripada penduduk di Kampung Kayu Ara Pasong Pontian, Johor yang mahukan laungan azan daripada pembesar suara diperlahankan turut tular
Mereka membuat aduan kepada Pejabat Kadi Daerah Pontian supaya bunyi daripada pembesar suara sama ada semasa azan atau sebarang aktiviti disederhanakan
Sumber: Sinar Harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sehinggit.blogspot.com/2019/10/pembesar-suara-di-masjid-surau-tak.html