Trip Ke Guangzhou Nov 2018 Panduan Ke Masjid Huaisheng Huaisheng Mosque
Asslamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖
Bila dah selesai di Canton tower kami gerak plak ke destinasi seterusnya ke HUaisheng mosque/Masjid Huaisheng
Hari ni 23 Nov 2018 (Hari ke -3 di Guangzhou)
1. Awal pagi kami melawat Canton Tower. Boleh baca kat SINI
2. Kemudian kami akan ke Huaisheng Mosque
3. Dari Huaisheng Mosque kami pergi shopping di Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre
Huaisheng Mosque GuangzhouBagaimana cara nak ke sini????
Direction to Huaisheng Mosque/Panduan ke Masjid Huaisheng
1.Get in metro Line 3 (line warna oren)
2. Stop at Ximenkou Station
3. Exit B
Tengok macam senang je kan nak pergi Huaisheng Mosque ni...HAKIKAT nya tak mudah. Walaupun kami semua dah print screen map, dah ada kita busuk semua tapi still blur bila sampai Ximenkou Station Exit B.
Waktu nak buat kitab busuk pun ada jugak cari info cara nak ke sini tapi tak ada blogger yang share detail dan tak jelas. JM punya style bila dah ada pengalaman pergi satu-satu tempat tu bila balik je Msia, JM suka share direction yang jelas supaya mudahkan orang lain
Keluar sahaja dari Exit B, depan tu main road so tak pasti nak ke kiri ke kanan. Bukak kitab busuk, fokus pada nama jalan, so kami try arah ke kiri dulu..jalan beberapa meter macam tak sama seperti dalam kitab. Pastu HH pergi tanya kat kedai jual air, surat khabar..tunjuk la Q Card yang ada gambar Huaisheng Mosque dan alamat dalam bahasa China..orang tu blur-blur tak tahu..padahal dah ada alamat kot..takkan ko tak tahu jalan tu kat mana kan??
Pastu kami decide ikut arah ke kanan dari Exit B tadi, jalan je sambil mata tengok signboard jalan. Kalau ikut map dalam kitab busuk tu kena masuk simpang ke kanan tapi sebab tak confident dan risau salah simpang. HH try tanya orang-orang kat tepi jalan pun tak tahu kat mana tempat tu
Apabila kuar dari Exit B Ximekou Station korang akan nampak tandas awam dan pejabat pos sebelah kanan..sebelah kiri main roadSo kami jalan ke depan sikit, ada nampak Volunteers Kiosk
Volunteers Kiosk tak jauh dari pejabat pos tadiSo HH pergi la tanya kat Volunteers yang kerja kat situ..
Ni la tempat HH tanya tu..semua pekerja dia dah tua-tua hihih...yang sorang pekerja tu ambik gambo ahahaha...JM dan SS pun tukang ambik gambar sebab nak update dalam blog hahahahNampak!!! HH tunjuk kitab busuk dan Q Card kepada salah sorang volunteers tu..dok geleng-geleng kepala blur tak tahu kat mana..ha sudah..ko nak jadi volunteers sepatutnya ko kena jadi professor serba tahu.
Merekalah harapan kami..ye lah, kerja kat Volunteers Kiosk so infomasi yang kami nak tahu..tempat kami rujuk. Pastu SS suruh HH tunjuk kitab busuk yang ada tulis Huaisheng Mosque dalam bahasa China dengan alamat sekali..nasib baik salah sorang tu tahu kat mana masjid tu.
Alhamdulillah...dia tunjuk arah kat kami. Kita ni kalau tak tempat orang tempat yang kita tak biasa pergi..kalau tak tahu arah jalan tu jangan berat mulut nak bertanya. Kalau ko sombong tak nak bertanya..sesat la ko kat situ hihihhi.
Itu yang bestnya travel ni..bukan sekadar pergi ambik gambo, shopping then balik..kita kena feel the nature, blend together with local people and feel their life kat sana. So we can lean something. Bila balik Msia nanti boleh la share kat orang-orang kampung..apa yang best kat Guangzhou ni..giteww hihihi
Jom ikut saya katanya hihih..kami membontot kat belakang sebab nak ambik gamboAuntie tu bawak kami sampai ke simpang pertama dari Volunteers Kiosk tadi.
Korang nampak GUANTA LU ni, ikut arah ke kananDari simpang ke kanan tadi jalan jek terus sehingga jumpa simpamg 4, belok ke kiri arah kat Guangta RoadKalau tengok board tu dia tulis Huaisheng Temple tapi sebenarnya Huaisheng MosqueKalau nampak menara/Lighthouse ni dah betul la tuAlhamdulillah akhir kami ke sini berpandukan juga kepada map yang kami print dari google map. Tujuan pergi sini nak solat sunat pastu nak cari makanan halal..Ye lah, kalau pergi tempat-tempat macam ni, nak carik makanal HALAL cari masjid....mesti banyak kedai jual makanan HALAL.
JM ni suka share direction dalam bentuk map supaya mudah bagi backpackers yang buat trip tanpa bantuan travel ajen boleh rujuk. Allah berfirman " kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita" :-) dan kita juga dapat pahala selagi sesuatu yang bermanfaat tu menjadi rujukan orang lain.
Direction to Huaisheng MosqueKalau sesat lagi tak tahu lah nak cakap macam mana. Kalau nak mudah tak nak pening-pening kepala, ikut jek travel agen tetapi kalau jenis suka travel sendiri boleh rujuk blog Jari Manis Travel List.....Hahahahah....promote blog sendiri..
Next entri JM akan share gambar-gambar Masjid Huaisheng dan kedai makanan HALAL...
Teruskan setia bersama blog JM....bulan ni terlebih rajin pulak update blog hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jarimanistravel.blogspot.com/2019/09/trip-ke-guangzhou-nov-2018-panduan-ke.html