Sejarah Pembinaan Masjid Nabi Saw




SOALAN:
Boleh jelaskan bagaimana permulaan binaan masjid Nabi SAW?

JAWAPAN:
Dalam peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, dicatatkan bahawa Rasulullah SAW telah tiba di Quba' pada 8 Rabiul al-Awwal, tahun ke-14 pengutusan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi. Di sana, Baginda tinggal selama empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah dari Allah, Baginda berangkat dengan diikuti oleh Abu Bakar untuk menemui Bani al-Najjar. Mereka adalah bapa saudara Rasulullah dari sebelah ibunya. Selepas solat Jumaat, Baginda bergerak memasuki kota Madinah. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 135)

Pembinaan masjid Nabawi adalah dilakukan di tapak bertepatan dengan tempat unta Baginda berhenti. Tapak masjid tersebut adalah sebidang tanah yang dimiliki oleh dua orang anak yatim.

Ibn Hisyam menceritakan, Ibnu Ishaq berkata: “Unta yang dinaiki oleh Rasulullah SAW berjalan sehinggalah apabila ia melewati perkampungan Bani Malik bin al-Najjar, ia duduk di sebuah tempat pengeringan kurma milik dua anak yatim Bani al-Najjar. Kedua anak yatim tersebut bernama Sahl dan Suhail. Keduanya ialah anak Amr dan berada dalam asuhan Muaz bin Afra'. Ketika unta itu berhenti dan Rasulullah SAW tidak turun daripadanya, unta itu melompat dan kemudian berjalan tidak jauh dari situ. Rasulullah SAW meletakkan kendali unta itu dan beliau tidak membelokkannya. Kemudian unta itu menoleh ke belakang, berjalan kembali ke tempat duduknya semula dan duduk di tempat tersebut. Ketika itulah Rasulullah SAW turun daripadanya. Setelah itu, Abu Ayyub, Khalid bin Zaid membawa bekal perjalanan Rasulullah SAW dan menyimpan di rumahnya. Rasulullah SAW menetap di rumah Abu Ayyub, Khalid bin Zaid. Beliau bertanya tentang pemilik tempat pengeringan kurma tersebut. Muaz bin Afra' berkata kepada beliau: “Wahai Rasulullah, tempat pengeringan tersebut milik Sahl dan Suhail yang keduanya ialah anak Amr. Mereka anak yatim dan masih ada pertalian dengan keluargaku. Saya akan meminta persetujuan mereka dan kemudian dijadikan tempat tersebut sebagai masjid.” (Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam, 3/24)

Syeikh Mustafa al-Siba’ie menyebut: “Apabila sampai di sana, tindakan pertama yang dilakukan ialah memilih tempat unta Baginda berhenti duduk untuk dijadikan sebagai masjid. Tempat tersebut adalah milik dua orang kanak-kanak Ansar yang yatim. Baginda tawar menawar harga tanah tersebut dengan mereka berdua. Kedua-dua kanak-kanak itu berkata: “Kami berikannya kepada kamu, wahai Rasulullah.” Namun Baginda berkeras untuk membelinya dengan harga 10 dinar emas yang dibayar menggunakan harta Abu Bakar. Kemudian Baginda melakukan kempen agar orang Islam turut serta membina masjid. Mereka segera melakukannya. Rasulullah SAW turut terlibat bersama mereka memindahkan batu bata, sehinggalah sempurna pembinaan masjid tersebut.” (Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Mustafa Siba’ie, hlm. 40)

Syeikh al-Mubarakfuri menyebut: “Baginda membeli tanah tersebut, dan Baginda sendiri terlibat dalam usaha membinanya. Baginda ikut serta dalam mengangkat batu-batu dan bata-bata sambil menyebut:

اللَّهُمَّ لَا عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الْآخِرَهْ ... فَاغْفِرْ لِلْأَنْصَارِ وَالْمُهَاجِرَهْ
“Ya Allah! Tiada hidup kecuali kehidupan akhirat. Ampunilah kaum Ansar dan Muhajirah.”

Para sahabat juga begitu bersemangat dalam kerja-kerja mereka, sehingga salah seorang dari mereka bersyair:

لَئِنْ قَعَدْنَا وَالنَّبِيُّ يَعْمَل ... لِذَاكَ مِنَّا العَمَلُ المضَلَّل
“Kalau kami duduk berehat sedangkan Nabi bekerja. Yang demikian tindakan kami adalah perbuatan yang sesat.”

Di tapak tersebut terdapat kubur kaum Musyrikin, tinggalan rumah usang, pohon tamar dan pohon Gharqad. Justeru, Rasulullah memerintah supaya menggali kubur kaum Musyrikin, bangunan yang usang diroboh dan diratakan, pohon tamar dan Gharqad ditebang dan ditetapkan arah kiblat. Kiblat pada masa tersebut adalah ke arah Baitulmaqdis. Tiang mihrab dibina dari susunan batu-batu dan temboknya dari bata-bata dan tanah. Manakala bumbung masjid adalah daripada pelepah tamar. Tiang daripada batang tamar dan lantainya diratakan dengan anak-anak batu dan pasir dengan tiga pintu masuk. Ukuran panjang tidak termasuk mihrab adalah seratus hasta dengan lebar yang lebih kurang sama dengan panjangnya. Di tepi masjid, dibina ruang-ruang rumah. Biliknya dibina dari batu-bata dan atapnya daripada pelepah dan batang tamar. Ruang-ruang ini adalah bilik isteri-isteri Rasulullah SAW. Setelah selesai pembinaan bilik tersebut, barulah Baginda berpindah dari rumah Abu Ayyub.” (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 137)

Lakaran Masjid Nabi SAW

Miniatur dari rekonstruksi Masjid Nabawi pada tahun 8 H (629/630 M) sesuai dengan bentuk asal di masa Nabi SAW. Lokasi di pameran Sirah Nabawiyah yang berada di kanan Masjid NabawiKesimpulan

Sejarah pembinaan Masjid Nabawi bermula ketika tibanya Baginda Nabi SAW ke Madinah. Baginda Nabi SAW sendiri terlibat secara langsung dalam menyiapkan pembinaan masjid tersebut bersama sahabat-sahabat Baginda dari golongan Ansar dan Muhajirin.

Masjid yang dibina itu bukan hanya sekadar untuk menunaikan sembahyang semata-mata, bahkan ia adalah "Jami’ah". Di situlah kaum muslimin bertemu untuk menerima ajaran Islam dan perintahnya yang suci. Ianya menjadi tempat pertemuan seluruh etnik dan kabilah yang pelbagai. Ia menjadi tempat bertemu dan bermesra di mana dahulunya berkelahian lantaran semangat Jahiliyah. Masjid juga menjadi pengkalan dalam menyusun dan melancarkan seluruh pergerakan dan tindakan. Ianya parlimen untuk sidang permesyuaratan, perundangan dan penguasaan undang-undang. Di samping itu semua, masjid juga merupakan penumpuan untuk sebilangan besar dari kaum Muhajirin yang fakir berlindung di dalamnya, yang ketiadaan rumah, harta, keluarga mahupun anak-anak. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 137)

Masjid dalam tradisi keagungan pada zaman silam telah memainkan fungsi yang pelbagai termasuklah sebagai pusat penyebaran ilmu dan kefahaman agama, penyampaian maklumat serta aktiviti kebudayaan. Begitu juga masjid turut menjadi tempat pembinaan kepakaran dalam pendidikan serta dalam menampung aktiviti dan operasi ketenteraan dari sudut penyediaan modal. Ia turut memainkan fungsi sebagai medan berlangsungnya upacara pengangkatan Khalifah dan penerimaan baiah. (Lihat al-Masjid al-Nabawi bi al-Madinah al-Munawwarah wa Rusumuh fi al-Fann al-Islami, hlm. 140-147)

Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/sejarah-pembinaan-masjid-nabi-saw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Museum Sejarah Nabi Terbesar Siap Dibangun Di Indonesia

Museum Sejarah Nabi Terbesar Siap Dibangun Di Indonesia

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 201 hits
Saat ini Museum Sejarah Nabi dan Peradaban Rasul hanya dapat ditemui di dua kota besar di Saudi yaitu Madinah dan Mekkah Museum tersebut berisikan sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW yang ditampilkan dalam wujud visual ataupun benda ...
Kisah Nabi Muhammad Saw Lengkap Dari Lahir Hingga Wafat

Kisah Nabi Muhammad Saw Lengkap Dari Lahir Hingga Wafat

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 382 hits
PENDIDIKANKisah Nabi Muhammad SAW Lengkap dari Lahir hingga WafatSebagai umat Islam tentu saja kita wajib mengetahui tentang kisah Nabi Muhammad Saw Kisah kehidupan beliau bukan hanya untuk dibaca atau didengarkan saja tetapi dapat dijadika...
Nabi Saw Dah Lama Pesan 6 Benda Akan Menimpa Umat Akhir Zaman Berhati Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan

Nabi Saw Dah Lama Pesan 6 Benda Akan Menimpa Umat Akhir Zaman Berhati Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 637 hits
Nabi SAW Dah Lama Pesan 6 Penyakit Akan Menimpa Umat Akhir Zaman Berhati Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan Pada akhir zaman ini terdapat penin dasan berlaku di mana mana sahaja termasuklah sesama umat Islam sendiri kerana sifat tam ak dala...
Nabi Muhammad Saw Balik Dari Mana Mana Beri Hadiah Untuk Isteri

Nabi Muhammad Saw Balik Dari Mana Mana Beri Hadiah Untuk Isteri

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 494 hits
Nabi Muhammad SAW Balik Dari Mana mana Beri Hadiah Untuk Isteri Dan Keluarga Hidup bahagia di samping keluarga menjadi impian bagi seorang suami Tiada guna menjadi suami yang berjaya dalam hidup tetapi rumah tangga porak peranda Bahtera yan...
Program 1000 Rumah Berselawat Sambut Maulid Nabi Muhammad Saw 2019

Program 1000 Rumah Berselawat Sambut Maulid Nabi Muhammad Saw 2019

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 534 hits
Brosur Program 1000 Rumah Berselawat versi IslamicTunes Menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada tanggal 9 November 2019 nanti Mawlid Fest menggelar Program 1000 Rumah Berselawat Kegiatan ini dimulai dari tanggal 22 Agustu...
Korban Kebakaran Di Jatinegara Mengungsi Di Masjid Dan Tenda

Korban Kebakaran Di Jatinegara Mengungsi Di Masjid Dan Tenda

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 214 hits
Sebanyak 452 warga kampung Bendungan Jatinegara Jakarta Timur menjadi korban kebakaran yang melanda tempat tinggal mereka pada Sabtu dini hari Api membakar kawasan RW 01 Rawabunga dan RW 06 Balimester Kecamatan Jatinegara
Babi Hutan Masuk Masjid Di Serang Saat Acara Anak Yatim Satu Jemaah Luka Diseruduk

Babi Hutan Masuk Masjid Di Serang Saat Acara Anak Yatim Satu Jemaah Luka Diseruduk

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 463 hits
Menurut Ketua DKM Masjid Nurul Amal Sardi jamaah dikejutkan oleh seekor babi hutan yang tiba tiba datang dari arah samping dan langsung naik ke teras Setelah menabrak pintu masuk masjid babi yang diduga berasal dari hutan belakang perumahan...
Masjid Ekonomi Dan Sosio Budaya Projek Bmf

Masjid Ekonomi Dan Sosio Budaya Projek Bmf

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 376 hits
Sekarang Malaysia berada dalam satu gelombang baru iaitu gelombang Buy Muslim First atau lebih dikenali dengan singkatan BMF Satu gelombang yang menggalakkan membeli barangan buatan Muslim iaitu bertepatan dengan apa yang disarankan oleh se...
Raja Perlis Larang Aktiviti Politik Kepartian Di Masjid

Raja Perlis Larang Aktiviti Politik Kepartian Di Masjid

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 245 hits
Sanglang Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini melarang agenda mana mana politik kepartian daripada dilaksanakan di masjid atau diselitkan dalam program program di masjid bagi mengelakkan perpecahan di kalangan masya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching