Identiti Pegawai Sprm Seleweng Rm25 Juta Wang Bukti Terbongkar


Identiti Pegawai SPRM Seleweng RM25 Juta Wang Bukti Terbongkar | Seorang pegawai penguat kuasa kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyelewengkan barang bukti berupa wang tunai bernilai RM25 juta

Shahrum Nizam Baharuddin, 40, tenang ketika membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semasa prosiding terbuka di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan jenayah tersebut membabitkan mata wang dolar AS berjumlah AS$6.94 (RM25 juta)

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di aras 14 Blok C, Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, antara 17 Dis 2018 dan 9 April 2019

Jika sabit kesalahan Shahrum Nizam berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat serta denda, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan

Identiti Pegawai SPRM Seleweng RM25 Juta Wang Bukti Terbongkar
Hakim, Suzana Hussin, kemudian menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes tersebut. Dia juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin

Pihak pendakwaan hari ini turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Shahrum Nizam akan dihadapkan dengan 110 lagi pertuduhan baru membabitkan kes pengubahan wang haram

Dapat liputan meluas media
Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak mendedahkan bila pertuduhan baru itu akan dihadapkan kepada tertuduh

Semalam Malaysiakini melaporkan seorang pegawai kanan SPRM akan dituduh hari ini berhubung kecurian wang tunai yang dikaitkan dengan satu kes rasuah yang besar

Pada Sept lalu, SPRM menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap "seorang bekas ketua jabatan."
Wang tunai yang hilang itu disita SPRM pada 2018 semasa siasatan ke atas bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid

Hasanah didakwa pada 2018 dalam kes pecah amanah membabitkan RM50.4 juta milik kerajaan. SPRM menyita wang tunai dan barangan daripada Hasanah berkaitan siasatan kes itu

Hasanah kemudian dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan dalam perbicaraan pada April tahun ini

Identiti Pegawai SPRM Seleweng RM25 Juta Wang Bukti Terbongkar
Ekoran itu, dia pergi ke SPRM bagi menuntut wang tunai yang disita dan mendapati sejumlah RM25 juta telah hilang

Pada bulan sama (Sept) tahun lepas, SPRM mengumumkan yang ia menyelesaikan siasatannya terhadap dakwaan kehilangan wang bukti RM25 juta itu, dan telah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara

Semasa prosiding hari ini, Wan Shaharuddin menggesa hakim tidak membenarkan Shahrum Nizam diikat jamin memandangkan keseriusan kes tersebut

Katanya, kesalahan tersebut membabitkan wang yang besar dan melibatkan seorang pegawai penguat kuasa agensi kerajaan

Wan Shaharuddin memberitahu mahkamah besarnya amaun terlibat dalam kes tersebut boleh dilihat daripada liputan meluas media berhubung kes berkenaan, baik di dalam mahupun di luar negara

Dia juga mengingatkan mahkamah, Shahrum Nizam merupakan seorang tahanan yang sedang melalui penahanan selama dua tahun di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)

Nilai dianggap keterlaluan
Mengikut akta berkenaan, pihak berkuasa boleh mengenakan langkah-langkah pencegahan sedemikian untuk mana-mana individu yang dikatakan dikaitkan dengan kegiatan melibatkan dadah

“Kalau pun sekiranya kerajaan cenderung untuk membenarkan ikat jamin - yang kami bantah - maka kami cadangkan ikat jamin ditetapkan sebanyak RM10 juta dengan tiga penjamin tempatan,” katanya

Identiti Pegawai SPRM Seleweng RM25 Juta Wang Bukti Terbongkar
Bagaimanapun, peguam bela, K Ponnusamy menyanggah dengan berhujah mahkamah bukan sahaja mempunyai budi bicara untuk membenarkan ikat jamin untuk kes-kes semasa yang tidak boleh diikat jamin, bahkan jumlah RM10 juta yang dicadangkan juga adalah keterlaluan

“(Nilai) RM10 juta adalah agak keterlaluan dan akan menafikan tujuan ikat jamin (bagi memastikan tertuduh hadir prosiding mahkamah)

“(Untuk kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin) Mahkamah masih mempunyai budi bicara di bawah Seksyen 388 (Kanun Tatacara Jenayah) untuk menentukan sama ada membenarkan ikat jamin (atau tidak),” katanya

Ponnusamy kemudian meminta agar ikat jamin dibenarkan memandangkan Shahrum Nizam , yang sudah berkahwin dengan dua orang anak, menghidap kanser hidung dan cakera tulang belakang teranjak (slipped disc)

Bagaimanapun, Suzana bersetuju dengan permohonan pendakwaan dengan tidak membenarkan ikat jamin kepada tertuduh. - mk









BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2022/01/identiti-pegawai-sprm-seleweng-rm25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Sprm Didakwa Curi Rm25 Juta Dihadap Ke Mahkamah Esok

Pegawai Sprm Didakwa Curi Rm25 Juta Dihadap Ke Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 176 hits
Oleh PEGAWAI kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang didakwa terlibat dalam kes salah guna kuasa serta penyelewengan berhubung kehilangan wang berjumlah AS 6 juta dijangka dihadapkan ke mahkamah esok Memetik laporan Malaysiakini S...
Curi Duit Rm25 Juta Pegawai Kanan Sprm Ditahan Di Penjara Simpang Renggam

Curi Duit Rm25 Juta Pegawai Kanan Sprm Ditahan Di Penjara Simpang Renggam

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 294 hits
Polis menahan seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah RM25 juta yang disita badan itu Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain ber...
Siasatan Barang Kes Sprm Rm25 Juta Hilang Hampir Selesai

Siasatan Barang Kes Sprm Rm25 Juta Hilang Hampir Selesai

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 227 hits
WARTA RAKYAT SIASATAN salah guna kuasa dan penyelewengan barang kes melibatkan tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah RM25 juta yang disita agensi itu...
Siasatan Kes Pegawai Sprm Sepatutnya Dibuat Jawatankuasa Bebas Ti M

Siasatan Kes Pegawai Sprm Sepatutnya Dibuat Jawatankuasa Bebas Ti M

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 116 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hadir sidang media khas di ibu pejabat SPRM Foto Bernama KUALA LUMPUR Tidak wajar untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sendiri yang menyiasat sebarang kes ya...
Pas Play Safe Isu Azam Baki Kerana Pernah Berurusan Dengan Sprm Dan Kegagalan Menyaman Husam Musa Isu 90 Juta

Pas Play Safe Isu Azam Baki Kerana Pernah Berurusan Dengan Sprm Dan Kegagalan Menyaman Husam Musa Isu 90 Juta

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 195 hits
Punca sebenar Pas memuji Azam Baki akhirnya terbongkarJanuary 7 2022Dunia maya dikecohkan dengan kenyataan rasmi parti Pas yang menyambut baik penjelasan terbuka Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki mengenai dakwaan pemili...
Terence Gomez Letak Jawatan Panel Sprm Dakwa Dakwaan Babit Pegawai Tinggi Tak Dibincangkan

Terence Gomez Letak Jawatan Panel Sprm Dakwa Dakwaan Babit Pegawai Tinggi Tak Dibincangkan

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 203 hits
PETALING JAYA Ahli ekonomi Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai ahli panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan laporan yang membabitkan pegawai pegawai tinggi SPRM Gomez dala...
Ketua Pesuruhjaya Sprm Pegawai Kanan Perlu Jaga Kod Etika

Ketua Pesuruhjaya Sprm Pegawai Kanan Perlu Jaga Kod Etika

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 153 hits
ZAHARIN MOHD YASINIni boleh dipanggil sudah terang lagi bersuluh Seorang penjawat awam nama dia tersenarai kepentingan saham dalam buku tahunan laporan syarikat tersenarai bagi tahun 2015 dan 2016 Ketua Setiausaha Negara Ketua Pengarah Perk...
Penguasa Kanan Sprm Didakwa Pecah Amanah As 6 94 Juta

Penguasa Kanan Sprm Didakwa Pecah Amanah As 6 94 Juta

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 153 hits
KUALA LUMPUR Seorang Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah AS 6 94 juta Shahrum Nizam Baharuddin 41 mengaku tidak bersal...
Dijanjikan Jadi Pegawai Kontrak Di Pemkot Bekasi 13 Orang Tertipu Rp250 Juta

Dijanjikan Jadi Pegawai Kontrak Di Pemkot Bekasi 13 Orang Tertipu Rp250 Juta

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 136 hits
Polres Metro Bekasi Kota menangkap tersangka penipu berinisial MAD yang menjanjikan posisi Tenaga Kerja Kontrak di lingkungan pemerintah Kota Bekasi
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya

Kalendar Akademik Usim 2024 2025 Tarikh Kuliah Exam Cuti