Pembentukan Kerajaan Pn Selamatkan Malaysia Dapatan Hasil Satu Tinjauan



KUALA LUMPUR: Penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menyelamatkan Malaysia, menurut satu tinjauan bebas.

Emir Research, sebuah kumpulan pemikir bebas dalam Tinjauan Suku Tahun untuk Suku Ketiga 2020 (3Q20) mendapati 55 peratus daripada responden merasakan pembentukan kerajaan baharu itu merupakan penyelamat Malaysia dan hanya sembilan peratus meragui peranan penyelamat dimainkan PN

Mengenai keupayaan Kerajaan PN untuk menyelesaikan masalah negara, lebih daripada separuh warga Malaysia (53 peratus) yakin dengan keupayaan itu sementara hanya segelintir tujuh peratus tidak memiliki keyakinan itu

"Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah penyokong terbesar kepada pembentukan Kerajaan PN (74 peratus) dan mereka mempunyai keyakinan teguh terhadap keupayaan kerajaan semasa untuk menyelesaikan masalah negara (72 peratus)," kata Emir Research dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada Selasa.
Penduduk luar bandar menyokong pihak kerajaan dengan 67 peratus menyokong pembentukan Kerajaan PN, sementara 51 peratus dalam kalangan penduduk di bandar antara yang berfikiran sedemikian

Apabila ditanya sama ada keadaan kehidupan rakyat akan bertambah baik di masa hadapan, 58 peratus daripada responden bersetuju

"Rasa yakin dan optimis untuk masa hadapan mungkin adalah kerana sokongan mereka terhadap usaha kerajaan menyeimbangi kehidupan dan mata pencarian dengan membuka semula ekonomi dan mengumumkan pakej rangsangan dan dalam masa sama menyeimbangkan langkah-langkah untuk mengekang penularan COVID-19 dan mencari vaksin," katanya

Empat puluh tiga peratus warga Malaysia percaya Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan berdaya maju berbanding dengan peratusan kecil, sembilan peratus yang berfikiran sebaliknya

"Perbezaan 34 peratus sememangnya cukup besar dan penting secara statistik," katanya
Selain itu, 38 peratus rakyat Malaysia berkata hala tuju negara untuk masa hadapan di bawah PN berada di landasan yang betul sementara lapan peratus tidak bersetuju dan 54 peratus tidak pasti

Ini menyokong penemuan Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) dengan peserta perbincangan itu menekankan kepercayaan yang sama, iaitu jika PN tidak mengambil alih tampuk kuasa, rakyat Malaysia mungkin menyaksikan masalah lebih teruk sekarang

Mengenai ekonomi, biarpun pandemik COVID-19 yang telah mengakibatkan kelembapan ekonomi yang meningkatkan kesengsaraan rakyat, tinjauan itu mendapati ada peningkatan 12 titik peratusan dalam perkadaran rakyat Malaysia yang berfikiran bahawa ekonomi negara berada pada asas yang kukuh - daripada 19 peratus dalam tinjauan suku pertama kepada 31 peratus dalam tinjauan suku ketiga

"Ini dibandingkan dengan 26 peratus yang mengatakan perkara sama dalam suku keempat 2019 yang COVID-19 tidak wujud pada masa itu dan menyusut kepada 19 peratus dalam suku pertama 2020 ketika COVID-19 belum menampakkan sisi buruknya," katanya

Menurut kenyataan media itu, lapan isu teratas sosioekonomi yang mendapat perhatian tertinggi dalam kalangan rakyat ialah memerangi rasuah dalam agensi penguatkuasaan (69 peratus); pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (57 peratus), pengembalian semula hukuman mati mandatori (55 peratus); keberkesanan langkah mencegah rasuah dalam kalangan penjawat awam (55 peratus), sebuah sistem pendidikan kebangsaan tunggal (53 peratus), kos tinggi pendidikan (50 peratus), masalah moral dalam kalangan pemimpin politik (49 peratus) dan mengekalkan sekolah aliran vernakular (48 peratus)
Tinjauan itu dilaksanakan Ogos lepas melibatkan 2,096 reponden dari semua negeri di Malaysia dan badan penyelidikan mengguna pakai kaedah berdasarkan bukti yang mengetengahkan dua komponen penting - analisis kualitatif dan analisis kuantitatif terkini

Dalam kenyataan penafiannya, Emir Research berkata kerana FGD dilaksanakan pada Julai dan tinjauan pada Ogos, maka tinjauan itu tidak mengambil kira perkembangan terkini di dalam negara termasuk peningkatan kes COVID-19 dan politiking dalam kalangan ahli politik yang membawa kepada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 Sept

-- BERNAMA
MR : Rata-rata rakyat masih puah hati dengan kerajaan PN, PN tak akan rosak kerana PH, tapi boleh rosak kalau anggota PN berebut jawatan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/pembentukan-kerajaan-pn-selamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggaran Hasil Cukai Kerajaan Terlalu Optimistik Kata Pakar Ekonomi

Anggaran Hasil Cukai Kerajaan Terlalu Optimistik Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 240 hits
PETALING JAYA Seorang pakar ekonomi mengkritik Putrajaya kerana bersikap terlalu optimistik berhubung unjuran hasil yang akan dikutip melalui cukai tahun depan Geoffrey Williams dari Universiti HELP memberitahu FMT bahawa kerajaan kelihatan...
Selamatkan Kerajaan Pn Kes Najib Dan Rakan Rakan Digugur

Selamatkan Kerajaan Pn Kes Najib Dan Rakan Rakan Digugur

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 204 hits
Seorang peguam memberi amaran bahawa rakyat akan mengecam keras kerajaan jika peguam negara memutuskan untuk menarik balik pertuduhan jenayah serius terhadap 6 ahli Parlimen Umno Mohamed Rafique Rashid Ali berkata sebahagian kes berkenaan k...
Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 293 hits
Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum Tinjauan ya...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 397 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Hasil Kerajaan Naik Pada 2019 Ketika Ph Perintah Ketua Audit Negara

Hasil Kerajaan Naik Pada 2019 Ketika Ph Perintah Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 251 hits
Hasil kerajaan persekutuan pada 2019 berjumlah RM264 415 bilion meningkat sejumlah RM31 532 bilion atau 13 5 berbanding tahun 2018 Menurut kenyataan ketua audit negara mengenai Laporan Ketua Audit Negara berkenaan penyata kewangan kerajaan ...
Speaker Akan Selamatkan Kerajaan Tebuk Atap Lagi

Speaker Akan Selamatkan Kerajaan Tebuk Atap Lagi

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 191 hits
FB Malek Husin Selain Pertanyaan pertanyaan bagi Jawab Lisan aku turut telitikan Rang Undang undang dan Usul usul Menariknya terdapat 25 usul bagi mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Ya...
Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 219 hits
1 037 total views 1 037 views today Seorang peguam hari ini memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri M...
Sampai Kiamat Politik Dan Kerajaan Malaysia Akan Lebih Kurang Begini

Sampai Kiamat Politik Dan Kerajaan Malaysia Akan Lebih Kurang Begini

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 337 hits
Tidak akan ada any single party yang akan dapat 2 3 majority kecuali dalam bentuk pakatan dan di pertengahan pakatan ini akan berpecah dan kerajaan baru akan dibentuk dengan pakatan baru Di setiap kerajaan parti dan pihak pembangkang tidak ...
Apa Kerajaan Tebuk Atap Buat Selamatkan Rakyat Sepanjang Pkp

Apa Kerajaan Tebuk Atap Buat Selamatkan Rakyat Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 205 hits
90 000 orang hilang kerja dari Januari ke Oktober tahun ini 741 600 orang tidak bekerja setakat Ogos 2020 51 000 kedai pelbagai jenis perniagaan dijangka ditutup dalam masa 4 5 bulan akan datang Sektor perhotelan dan pelancongan belum pulih...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Filem Reversi



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Kad Hari Raya Koleksi Idea Dan Rekabentuk Menarik

Masum 2024 Senarai Sukan Dan Tarikh Pertandingan

Tanda Tanda Kolesterol Tinggi Dan Cara Cara Mengurangkan Kolesterol Ke Paras Normal

Paling Kejam Bawa Mayat Ke Bank Untuk Apply Loan 3400 Walaweeiii

Pak Ngah Balik

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Kak Zah