Selamatkan Kerajaan Pn Kes Najib Dan Rakan Rakan Digugur



Seorang peguam memberi amaran bahawa rakyat akan mengecam keras kerajaan jika peguam negara (AG) memutuskan untuk menarik balik pertuduhan jenayah serius terhadap 6 ahli Parlimen Umno.
Mohamed Rafique Rashid Ali berkata, sebahagian kes berkenaan kini berada dalam proses perbicaraan dan masyarakat mengikutinya dan tahu tentang beberapa keterangan penting daripada saksi pendakwaan.
“Ia akan melahirkan defisit kepercayaan terhadap pemerintah sekiranya pertuduhan ditarik balik sebagai tukaran bagi sokongan politik,” katanya dipetik FMT.
Rafique berkata demikian sebagai respons kepada temu bual Malaysiakini dengan pengasas PKR Syed Husin Ali yang percaya ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim akan mematuhi keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak bekerjasama dengan ahli Parlimen Umno berkenaan untuk membentuk kerajaan baru.
Terdapat kebimbangan bahawa presiden PKR akan membuat perjanjian dengan ahli Parlimen Pekan Najib Razak, yang berdepan 3 perbicaraan berkait tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram bagi mendapatkan sokongan di Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.
Dakwaan itu dihangatkan oleh laporan bahawa Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang juga berdepan tuduhan rasuah, menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.
Bagaimanapun, Anwar pada Selasa menegaskan tiada perjanjian dibuat dengan mana-mana ahli Parlimen yang berdepan tuduhan jenayah sebagai tukaran bagi sokongan mereka.
“Tiada ‘balas dendam politik’ terhadap sesiapa. Saya juga sudah jelaskan bahawa kita komited untuk melaksanakan proses reformasi, kebebasan badan kehakiman dan keluhuran undang-undang,” kata beliau pada sidang media hari ini.
Selain Najib dan Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk, pemimpin lain yang berdepan tuduhan jenayah adalah ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan; ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor; ahli Parlimen Baling Abdul Azzez Rahim dan ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.
Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar berkata, di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara yang juga merupakan pendakwa raya mempunyai kuasa budi bicara untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan.
Beliau berkata, integriti Jabatan Peguam Negara akan dipersoal dan tercemar sekiranya pendakwaan terhadap kes berprofil tinggi tidak diteruskan berikutan pertukaran kerajaan.
Peguam A Srimurugan berkata, kecaman rakyat akan tercetus jika 2 keputusan terbaru pendakwa raya berkenaan digunakan sebagai petunjuk.
“Orang ramai dan masyarakat sivil membantah keras apabila pendakwa menarik balik 46 tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman pada Jun.
“Sebulan sebelum itu, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan pengeluar filem Hollywood Riza yang berdepan 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta,” kata Srimurugan, merujuk kepada anak tiri Najib yang didakwa menggunakan dana yang dikaitkan dengan 1MDB.
Beliau berkata, keputusan menarik balik pertuduhan rasuah terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa PH memerintah pada 2018 memberi tanggapan bahawa semua keputusan pendakwaan dikawal oleh mereka yang berkuasa.
Dalam perbicaraan meminda laporan audit 1MDB, Najib didakwa menyalahgunakan kuasannya untuk mendapatkan kekebalan daripada tindakan undang-undang dengan cara mengarahkan laporan akhir pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Najib juga berdepan 25 tuduhan penyalahangunaan kuasa dan penggubahan wang haram berhubung pemindahan dana sebanyak RM2.28 bilion ke akaun bank miliknya daripada 1MDB.
Najib dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah juga berdepan 6 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) melibatkan dana kerajaan sebanyak RM6.6 bilion, tetapi perbicaraan itu akan bermula tahun depan.
Zahid kini menghadapi 12 tuduhan pecah amanah, 8 tuduhan rasuah, dan 27 tuduhan pengubahan wang berjumlah RM117 juta di Mahkamah Tinggi.
Selain itu, beliau juga berdepan 40 tuduhan rasuah berhubung sistem visa luar negara (VLN), walaupun perbicaraan kes itu belum bermula.
Tengku Adnan, yang juga bendahari Umno, akan tahu pada 17 Nov depan sama ada beliau akan dibebaskan atau disabit kesalahan dalam kes rasuah melibatkan wang RM2 juta.
Pada 23 Nov, kes rasuah Tengku Adnan yang ke-2 melibatkan wang RM1 juta akan bermula.
Perbicaraan bekas pengurusi Tabung Haji Azeez dan abangnya Latif bermula pada Ogos dan 3 saksi telah dipanggil.
Azeez berdepan 3 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta membabitkan projek menaik taraf jalan bernilai RM842.3 juta di Kedah dan Perak serta 9 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai hampir RM140 juta.
Abangnya didakwa bersubahat dengannya.
Ahmad Maslan juga menghadapi 2 tuduhan penggubahan wang haram kerana gagal mengisytiharkan cukai pendapatan beliau pada 2013 sebanyak RM2 juta yang didakwa diterima daripada Najib.
Setiausaha Agung Umno itu juga didakwa memberikan maklumat palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bung Moktar, bekas pengerusi bukan eksekutif Felcra berdepan 3 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual melalui isterinya Zizie Ezette.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30227

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengurusan Kes Lucut Harta Najib Rosmah 25 November

Pengurusan Kes Lucut Harta Najib Rosmah 25 November

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 241 hits
1 104 total views 1 104 views today KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan akan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi mengenai status pemeriksaan barang kemas yang disita polis daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd dalam kes lucut hak harta melib...
Kerajaan Perlu Luluskan Pengeluaran Rm10 000 Akaun 1 Kwsp Najib

Kerajaan Perlu Luluskan Pengeluaran Rm10 000 Akaun 1 Kwsp Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 773 hits
Mantan perdana menteri Najib Razak mengatakan bahawa kini terdapat banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan pengeluaran secara one off sehingga jumlah mencecah rm10 000 daripada akaun 1 bagi kegunaan mendesak pada ketika ini Sebelum ini...
Terima Sokongan Najib Untuk Bentuk Kerajaan Baharu Tindakan Gila

Terima Sokongan Najib Untuk Bentuk Kerajaan Baharu Tindakan Gila

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 223 hits
Tindakan untuk menerima sokongan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membentuk kerajaan baharu disifatkan Tony Phua sebagai gila AASHAH ALAM Tindakan untuk menerima sokongan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...
Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 422 hits
Benda tu nak mai nak buat macam mana Kes Covid 19 meningkat MB Kedah kata tak boleh salahkan kerajaan negeriKedah semalam mencatatkan 153 kes baharu positif Covid 19 yang kebanyakannya dikesan di penjara Alor Setar Bagi Menteri Besar Kedah ...
Najib Manfaatkan Mysalam Kerajaan Bayar Rm400 Juta Setahun Untuk Skim Zaman Gagalkrasi

Najib Manfaatkan Mysalam Kerajaan Bayar Rm400 Juta Setahun Untuk Skim Zaman Gagalkrasi

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 297 hits
Najib Razak menggesa kerajaan dan rakyat memanfaatkan sepenuhnya skim MySalam mengatakan ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya walaupun kerajaan membayar RM400 juta setahun untuk skim zaman gagalkrasi itu Bekas perdana menteri itu berkata pada 2...
Kenapa Saya Minta Kerajaan Dakwa Khairuddin Jelas Najib

Kenapa Saya Minta Kerajaan Dakwa Khairuddin Jelas Najib

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 238 hits
Sudah tentu Uncle Kit Siang dan gengnya akan memainkan berita Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Menteri PAS Khairuddin dan mengklasifikasikan kes dia sebagai No Further Action Sebab itu saya telah nasih...
Najib Sindir Kerajaan Selangor Dron Rm500k Sebiji Tak Bekal Air

Najib Sindir Kerajaan Selangor Dron Rm500k Sebiji Tak Bekal Air

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 246 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mengesyorkan kerajaan Selangor mempertimbang mewujudkan kolam takungan air di kawasan hilir dan pinggir sungai bagi mengatasi masalah bekalan air Bila air di sungai tercemar loji akan berhenti...
Kes Covid Di Sabah Luar Biasa Kerajaan Perlu Telus

Kes Covid Di Sabah Luar Biasa Kerajaan Perlu Telus

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 214 hits
Hari ini kes baru Postif Covid 19 sebanyak 1228 kita sudah beralih ke fasa baru dari 3 kepada 4 angka Maksudnya PN dan PM tebuk atap terbukti gagal Agaknya bagaimana Nasib Frontliner doktor dan jururawat di Sabah Pasti menakutkan Apakah sep...
Najib Masih Kuarantin Bicara Kes Pinda Audit 1mdb Isnin Ditangguh

Najib Masih Kuarantin Bicara Kes Pinda Audit 1mdb Isnin Ditangguh

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 146 hits
132 total views 132 views today Perbicaraan kes Najib Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang didakwa meminda laporan akhir audit 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin depan dilapangkan berikutan bekas perdana menteri i...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang