Pembelotan Larry Sng Tidak Jejas Pkr Sarawak



Tindakan perletakan jawatan YB Larry Sng dari Parti Keadilan Rakyat walaupun mengecewakan tidak mengejutkan kerana beliau telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan dua bulan yang lalu. Walaubagaimanapun saya menyeru ahli parti supaya jangan gusar, sebaliknya meneruskan usaha perkuatan parti di semua peringkat. Norma berpolitik, memang begitu. Pemimpin itu datang dan pergi. Antara cabaran kecil dalam dunia politik ialah bila kita berhadapan dengan tabiat ahli dan pemimpin lari dan melompat parti.
Walaubagaimanapun MPN Sarawak tetap teguh dan berjalan seperti biasa. Usaha mengukuhkan parti dan membantu rakyat berjalan seperti biasa. Di samping itu program memperkukuhkan jentera di setiap kawasan berjalan seperti biasa. Pada masa yang sama kami sedang memperhebatkan lagi pergerakan menyantuni rakyat dan ia tetap menjadi rutin pucuk pimpinan dan ahli Keadilan Sarawak.
Pada pandemik COVID-19 dan waktu Sarawak dilanda banjir yang teruk dari Lundu ke Lawas, ahli politik tidak harus sibuk dengan politik kotor tetapi fokus pada agenda rakyat. Dalam 2 bulan ini, aktivis akar umbi Keadilan Sarawak telah terus menjalankan aktiviti bantuan rakyat dan pada masa kini telah edarkan bantuan makanan kepada lebih daripada 3,000 buah keluarga di seluruh Sarawak. Selain itu, aktivis Keadilan Sarawak telah mengedarkan lebih daripada 10,000 PPE kepada ‘frontliners’ di Klinik Kesihatan dan hospital di seluruh Sarawak. Walaupun kami bukan kerajaan tetapi hati kami bersama rakyat. Inilah namanya kepimpinan melalui teladan. Saya bangga dengan semua aktivis Keadilan Sarawak yang bekerja keras, turun padang untuk membantu rakyat. Inilah budaya politik baru yang kami inginkan – pemimpin berkhidmat untuk rakyat dan menepikan kepentingan politik sendiri.
Hakikatnya masalah rakyat Sarawak makin teruk ketika pandemik COVID-19. Isu infrastruktur yang dialami rakyat Sarawak makin ketara. Isu perkhidmatan kesihatan, bekalan air, elektrik, jalanraya selamat, kesinambungan digital, pendidikan dan ekonomi luar bandar yang tidak dimajukan makin kritikal pada waktu pandemik, terutamnya untuk golongan rakyat yang paling daif dan tertindas. Semua isu rakyat ini gagal diselesaikan oleh kerajaan GPS and PN. Inilah bukti kita memerlukan kerajaan alternatif yang boleh membawa reformasi politik, sosial dan ekonomi yang menyeluruh dan mantap serta memastikan rakyat diperkasakan.
Kami MPN Sarawak terus berdiri teguh bersama Presiden Parti Keadilan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat dalam usaha untuk menyampaikan agenda reformasi ini. Kami akan kekalkan momentum perjuangan demi membina Sarawak yang adil, demokratik,amanah dan progresif.
KEADILAN UNTUK SARAWAK, KEADILAN UNTUK SEMUA
Abang Zulkifli bin Abang Engkeh
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31685

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larry Sng Letak Jawatan Ketua Pkr Sarawak Sekali Lagi

Larry Sng Letak Jawatan Ketua Pkr Sarawak Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 257 hits
Julau MP Larry Sng has confirmed that he will be stepping down as Sarawak PKR chairman KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Julau Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star Sng dilapo...
Larry Sng Quits Pkr May Not Be The Only One

Larry Sng Quits Pkr May Not Be The Only One

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 289 hits
Julau MP and PKR Sarawak chief Larry Sng has dropped a bombshell by resigning from the party and all related posts Sarawak PKR Women s chief Agnes Padan said Sng informed party members of this during a state political bureau meeting held on...
Tanpa Larry Sng Ph Tetap Kuat Di Sarawak Hud Andri

Tanpa Larry Sng Ph Tetap Kuat Di Sarawak Hud Andri

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 335 hits
March 2 2021 Peletakan jawatan Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien sebagai Pengerusi PKR Sarawak dan mengumumkan keluar dari parti itu tidak menjejaskan persiapan Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke 12 Perkara terseb...
Pkr Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya

Pkr Tak Boleh Saman Larry Sng Rupanya

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 437 hits
Sebelum itu gambar di atas menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari jet dan disambut oleh Larry Sng dan kawan kawannya Pengumuman Ahli Parlimen Julau yang juga bekas Pengerusi PKR Negeri Sarawak Larry Sng Wei Shien keluar Parti Keadi...
Lompat Parti Pkr Sarawak Dipimpin Council Of Elders Saifuddin

Lompat Parti Pkr Sarawak Dipimpin Council Of Elders Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 381 hits
PKR Sarawak kini dipimpin Council of Elders yang mengambil alih pentadbiran parti di negeri itu selepas bekas Pengerusi PKR Negeri Larry Sng meletak jawatan dan menyokong kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung PKR Datuk Ser...
Pembelot Pkr Dilihat Cenderung Pertahan Kerusi Di Sarawak

Pembelot Pkr Dilihat Cenderung Pertahan Kerusi Di Sarawak

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 299 hits
Dua penganalisis politik meramalkan protes daripada Gabungan Parti Sarawak tidak akan mampu menghalang empat Ahli Parlimen PKR yang melompat parti daripada bertanding pada pilihan raya akan datang sebagai calon untuk kawasan yang sedang mer...
Mp Sarawak Keluar Pkr Mesej Kepada Anwar Kata Penganalisis

Mp Sarawak Keluar Pkr Mesej Kepada Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 328 hits
Seorang penganalisis politik berkata peletakan jawatan seorang ahli Parlimen Sarawak daripada PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai mesra kerajaan adalah satu perkara yang tidak mengejutkan setelah pengumuman Istana Negara bahawa Parlimen...
Larry Sng Edmund Santhara Contoh Kapitalis Dan Tauke Dalam Politik

Larry Sng Edmund Santhara Contoh Kapitalis Dan Tauke Dalam Politik

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 338 hits
March 4 2021 LARRY SNG DAN EDMUND SANTHARA KUMAR CONTOH KAPITALIS DAN TAUKE DALAM POLITIK YANG MENENEGGELAMKAN SLOGAN ISLAH DAN REFORM Kebelakangan ini nama yang cukup popular adalah Edmund Santhara dan Larry Sng Edmund Santhara Kumar popul...
Pkr Defectors Seen As Likely To Defend Seats In Sarawak

Pkr Defectors Seen As Likely To Defend Seats In Sarawak

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 236 hits
KUCHING Two political analysts predict that protests from Gabungan Parti Sarawak will do nothing to stop four PKR defectors from contesting in the next general election as candidates for the areas they currently serve as MPs James Chin of t...
Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi

Senarai Hotel Di Lorong Malaysia Ho Chi Minh Vietnam

Shahirah Natasha Pasang Chord

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban