Pembeli Tekad Bina Sendiri Rumah Terbengkalai


Oleh Nor Amalina Alias Keadaan rumah yang terbengkalai sejak 13 tahun lalu menyebabkan pembeli nekad melakukan kerja pembinaan sendiri bagi menyiapkannya. - Foto ihsan pembaca PASIR PUTEH: Kecewa dengan tindakan pemaju yang gagal menyiapkan rumah yang dibeli sejak 13 tahun lalu menyebabkan beberapa pembeli di Taman Jaza Seri Pasu, di sini, menyiapkan sendiri rumah yang terbengkalai itu.
Rumah yang kebanyakannya dibeli anggota dan pesara tentera serta kakitangan awam itu sepatutnya boleh didiami pada 2008 selepas projek dimulakan pada 2006.
Pesara tentera, Amran Awang, 41, berkata dia sudah menghabiskan lebih RM50,000 bagi menyiapkan sendiri rumahnya memandangkan rumah itu sepatutnya diduduki selepas bersara sebagai tentera.
Katanya, dia menyambung sendiri kerja pembinaan rumahnya termasuk bekalan elektrik, air dan infrastruktur lain seperti jalan serta longkang.
"Kami rasa dianiaya kerana kerja membina dan menyediakan kemudahan ini sepatutnya disediakan pihak pemaju tetapi gagal dilaksanakan dalam tempoh lama iaitu sejak 2006 dengan janji rumah siap sepenuhnya pada 2008.
"Sepatutnya kami masuk ke rumah ini 13 tahun lalu, malangnya sekarang saya terpaksa menyiapkan sendiri rumah yang dibeli dan pada masa sama, duit bayaran rumah dipotong setiap bulan.
"Sehingga kini, saya sudah menyelesaikan 60 peratus bayaran rumah ini daripada keseluruhan pinjaman," katanya di sini, hari ini.

Sebahagian pembeli rumah di Taman Jaza Seri Pasu, menunjukkan kad protes akibat kecewa dengan pemaju yang gagal menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai sejak 13 tahun lalu. - Fotoihsan pembacaDifahamkan, aduan berhubung projek perumahan terbengkalai itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini, tetapi tiada tindakan susulan dilakukan setakat ini.
Amran berkata, setakat ini pembeli dimaklumkan syarikat pemaju yang bertanggungjawab sudah menyerahkan projek itu kepada syarikat lain, namun kedua-dua syarikat tidak bertanggungjawab menyelesaikan rumah pembeli meskipun bayaran rumah dipotong setiap bulan.
Rakannya, Mohd Suhairi Mohd Zainal Abidin,34, berkata dia terkilan kerana sudah membuat bayaran penuh rumah berharga RM65,000 menggunakan simpanannya ketika berkhidmat sebagai tentera.
Katanya, impian mendiami rumah sendiri musnah apabila bukan saja rumah gagal disiapkan sehingga kini, malah dia terpaksa mengeluarkan duit tambahan lain untuk menyiapkan rumah itu.
"Sepatutnya saya, isteri dan empat anak sudah boleh tinggal di rumah sendiri, malangnya keadaan menjadi sebaliknya. Kami berharap masalah ini mendapat perhatian KPKT, kerana kebanyakan pembeli adalah orang pencen yang mengharapkan ada rumah untuk didiami secara kekal," katanya.
Sementara itu, pengerusi taman berkenaan, Mohd Solahuddin Mohamad berkata, 180 unit rumah di situ dijual dengan harga antara RM65,000 hingga RM100,000 membabitkan rumah banglo dan teres.
"Pinjaman dipotong dengan kadar RM618 sebulan untuk bayaran rumah dan pada masa sama, saya membayar RM450 untuk sewa rumah sedangkan pencen diterima hanya RM1,500.
"Kami mohon campur tangan pihak berkaitan untuk membantu menyelesaikan masalah ini bagi meringankan beban pembeli yang terpaksa membayar tinggi tetapi rumah gagal didiami," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/pembeli-tekad-bina-sendiri-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ebit Lew Bina Rumah Baharu Untuk Tiga Beradik Malang

Ebit Lew Bina Rumah Baharu Untuk Tiga Beradik Malang

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 258 hits
Oleh Ebit Lew melihat tapak rumah yang terbakar di Kampung Pengkalan Nangka Pengkalan Chepa dalam kejadian pada pagi semalam NSTP Hazira Ahmad Zaidi KOTA BHARU Nasib pemuda orang kurang upaya cacat penglihatan serta dua abangnya yang tingga...
Masih Lagi Berasap Ketika Tiba Shuib Dan Sarah Hulur Bantuan Bina Rumah Mangsa Kebakaran

Masih Lagi Berasap Ketika Tiba Shuib Dan Sarah Hulur Bantuan Bina Rumah Mangsa Kebakaran

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 370 hits
Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini pasangan usahawan iaitu Shuib Sepahtu dan isteri penyanyi Siti Sarah tetap menabur budi menolong dan membantu mereka yang memerlukan di luar sana Sumber Instagram Siti Sarah nbsp
Wanita Ini Belanja Lebih S 3 500 Bina 039 Tempat Lepak 039 Atas Rumah Untuk Kucing Kesayangan

Wanita Ini Belanja Lebih S 3 500 Bina 039 Tempat Lepak 039 Atas Rumah Untuk Kucing Kesayangan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 264 hits
BANGKOK Cara paling bertanggungjawab memelihara kucing kesayangan adalah memastikan ia selamat di dalam rumah dan tidak mengganggu jiran yang tidak gemar kepada kucing Cara itu juga mengelakkan haiwan tersebut daripada ditimpa kecelakaan Na...
Hafiz Mahamad Bantu Bina Rumah Baharu Tokwan

Hafiz Mahamad Bantu Bina Rumah Baharu Tokwan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 347 hits
Oleh Hafiz menziarahi tokwan di Kedah bagi membantu membina semula rumahnya yang terbakar baru baru ini ALOR SETAR Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya Seorang warga emas bukan sahaja kehilangan rumah dua biji motosikalnya malah ...
Rumah Hangus Terbakar Gara Gara Anak Main Pemetik Api Seorang Nyaris Maut Di Jengka 8

Rumah Hangus Terbakar Gara Gara Anak Main Pemetik Api Seorang Nyaris Maut Di Jengka 8

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 556 hits
MARAN Dipercayai akibat tindakan seorang kanak kanak berusia enam tahun bermain pemetik api bagi membakar kayu dinding menyebabkan sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Jengka 8 p...
Musim Pkp Anak Selalu Gelisah Meragam Bagi Kerja Rumah Untuk Lepaskan Tenaganya

Musim Pkp Anak Selalu Gelisah Meragam Bagi Kerja Rumah Untuk Lepaskan Tenaganya

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 308 hits
Setiap pagi anak kita akan bangun dengan tenaga baru Bila anak asyik terperap dalam rumah tenaga atau energi tadi tak dapat dilepaskan Ini yang menyebabkan anak kita Gelisah sentiasa Asyik meragam Suka kacau ahli keluarga yang lain Mood ana...
Pekerja Proyek Di Tangerang Nekat Rampok Rumah Bidan Untuk Beli Sabu

Pekerja Proyek Di Tangerang Nekat Rampok Rumah Bidan Untuk Beli Sabu

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 227 hits
Wahyu menjelaskan pelaku beraksi saat korban tertidur kemudian terbangun dan kaget dengan keberadaan pelaku MH yang sudah berada di dalam kamarnya
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Ketika Berat Melanda Menghadapi Hari Yang Sulit

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat