Rumah Hangus Terbakar Gara Gara Anak Main Pemetik Api Seorang Nyaris Maut Di Jengka 8


 

MARAN – Dipercayai akibat tindakan seorang kanak-kanak berusia enam tahun bermain pemetik api bagi membakar kayu dinding menyebabkan sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Jengka 8 petang semalam.
Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu juga menyaksikan seorang warga emas yang berusia 80 tahun nyaris maut apabila terperangkap dalam kebakaran berkenaan.
Bagaimanapun mangsa berjaya diselamatkan penduduk kampung yang bergegas masuk ke dalam rumah dan membawa mangsa keluar ketika api sedang marak.
Seorang mangsa, Fadilah Saari,48, berkata, kejadian difahamkan bermula di ruang tamu berpunca daripada anaknya yang berumur enam tahun bermain pemetik api.
“Ketika api sudah marak anak saya yang berumur 14 tahun yang berada di tandas tersedar dan berlari keluar melalui pintu dapur sebelum orang ramai mencari dan menyelamatkan bapa mentua saya.
“Semasa dalam keadaan kelam kabut itulah orang ramai menyatakan anak saya yang berusia enam tahun berada di dalam rumah tetapi nasib baik dia telah pun berlari keluar mengikut pintu dapur,”katanya ketika ditemui di Jengka 8 di sini, hari ini.
Menurut Fadilah semasa kejadian dia berada di ladang sawit bagi menguruskan lembu manakala isterinya keluar ke bandar bagi membeli barangan keperluan.
Katanya, akibat kejadian menyebabkan keluarganya tinggal sehelai sepinggang selepas lebih 90 peratus rumahnya musnah bersama sebuah motosikal yang baru dibelinya empat bulan lalu.
“Pada mulanya memang saya hendak menaiki motosikal baharu ke ladang tetapi saya menukar menaiki motosikal lama menyebabkan motosikal baharu musnah terbakar, kereta saya juga mengalami kerosakan akibat kebakaran.
“Saya reda dengan ujian ini meskipun baru sahaja menggantikan barang-barang selepas rumah ditenggelami air banjir baru-baru ini tetapi kini semuanya musnah dalam kebakaran,”katanya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pada masa ini keluarga mangsa ditempatkan sementara di rumah inap desa Masjid Jengka 18 sehingga rumah baharu dibina.
Katanya, Gabungan Masjid Wilayah Felda bersama pemimpin setempat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta telah tampil menghulurkan bantuan.
“Semua masjid di Felda Wilayah Jengka juga membuat kutipan bagi membantu membina semula rumah mangsa membolehkan mereka kembali hidup seperti biasa,” ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/rumah-terbakar-gara-gara-anak-main.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Main Di Depan Rumah Maut Dilanggar Kereta

Budak Main Di Depan Rumah Maut Dilanggar Kereta

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 285 hits
Seorang kanak kanak lelaki maut setelah dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda di depan rumahnya di Lorong Semarak 2A 6 Taman Semarak Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata kejadian itu berlaku pada jam 4 20 pet...
Musim Pkp Anak Selalu Gelisah Meragam Bagi Kerja Rumah Untuk Lepaskan Tenaganya

Musim Pkp Anak Selalu Gelisah Meragam Bagi Kerja Rumah Untuk Lepaskan Tenaganya

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 333 hits
Setiap pagi anak kita akan bangun dengan tenaga baru Bila anak asyik terperap dalam rumah tenaga atau energi tadi tak dapat dilepaskan Ini yang menyebabkan anak kita Gelisah sentiasa Asyik meragam Suka kacau ahli keluarga yang lain Mood ana...
Hiburan Umum Kalau Dah Tak Nak Jadi Artis Ibu Aiman Tino Dedah Anak Dikongkong Seorang Wanita

Hiburan Umum Kalau Dah Tak Nak Jadi Artis Ibu Aiman Tino Dedah Anak Dikongkong Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 494 hits
Mengejutkan apabila ibu kepada penyanyi Aiman Tino telah memuat naik luahan perasaan mengenai anak lelakinya itu di laman Instagram baru baru ini Katanya Aiman kini dan buat hal sehingga mengabaikan kerjayanya dalam bidang nyanyian Lebih me...
Ada Anak Kecil Simpan Impian Nak Rumah Cantik Kemas Bagi Anak Bahagia Dulu

Ada Anak Kecil Simpan Impian Nak Rumah Cantik Kemas Bagi Anak Bahagia Dulu

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 398 hits
Baru je ingat nak berehat kejap tiba tiba anak pula menguji kesabaran kita Dari rasa penat terus bertukar nak marah kerana geram dengan kelakuan mereka Ingat ya anak kita ni dalam fasa belajar Jika kita berterusan jerit dan marah marah lama...
Seorang Suami Di Samarinda Aniaya Istri Dan Ceburkan Anak Ke Bak Mandi

Seorang Suami Di Samarinda Aniaya Istri Dan Ceburkan Anak Ke Bak Mandi

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 276 hits
Adam Malik warga Jalan KH Damanhuri Samarinda Kalimantan Timur meringkuk di penjara Kasusnya tergolong sadis Dia menghajar istrinya SNK dan menganiaya bayi laki lakinya berusia 4 bulan gara gara sang istri tidak mau dia peluk dan cium
Langgar Babi Di Tapah Seorang Pekerja Restoren Makanan Segera Maut

Langgar Babi Di Tapah Seorang Pekerja Restoren Makanan Segera Maut

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 295 hits
TAPAH Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Hentian Rehat dan Rawat di sini meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor babi di KM59 Jalan Ipoh Kuala Lumpur tengah malam tadi Mangsa Muhammad Rasidi Shamsud...
Isteri Maut Dibakar Suaminya Yang Berang Ditegur Bawa Pulang Teman Wanita Ke Rumah

Isteri Maut Dibakar Suaminya Yang Berang Ditegur Bawa Pulang Teman Wanita Ke Rumah

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 285 hits
Isteri maut dibakar suaminya yang berang ditegur bawa pulang teman wanita ke rumahSeorang wanita muat dibunuh suaminya dalam insiden keganasan rumah tangga di Deli Serdang Sumatera Utara Indonesia Mangsa yang berusia 20 tahun itu dibakar hi...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara