Ebit Lew Bina Rumah Baharu Untuk Tiga Beradik Malang


Oleh Hazira Ahmad Zaidi Ebit Lew melihat tapak rumah yang terbakar di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa dalam kejadian pada pagi semalam. - NSTP/ Hazira Ahmad Zaidi KOTA BHARU: Nasib pemuda orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan serta dua abangnya yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka didiami mereka dekat Kampung Pengkalan Nangka di sini hangus terbakar pagi semalam, mendapat perhatian pendakwa terkenal, Ustaz Ebit Lew
Terkesan dengan nasib tiga beradik berkenaan, Ebit Lew melantik seorang kontraktor untuk membina sebuah rumah baharu dengan kos RM70,000 dan pada masa turut menyumbang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, bagi menggantikan motosikal roda tiga yang hangus terbakar dalam kebakaran itu.
Ebit Lew berkata, beliau sebak sebaik ternampak gambar tular Mohd Yazid Mohd Noor, 30, yang juga OKU cacat penglihatan termenung di atas tangga batu rumahnya yang hangus terbakar.

Ebit Lew (kanan) menyerahkan motosikal kepada Fakhru Razi (kiri) bagi menggantikan motosikalnya yang terbakar di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa. - NSTP/ Hazira Ahmad Zaidi"Syukur Alhamdulillah hari ini saya dapat membantu mereka dengan membina sebuah kediaman baharu di atas tapak rumah yang terbakar ini yang mempunyai kelengkapan tiga bilik serta dua bilik air.
"Pembinaan rumah baharu ini akan disegerakan dan pihak kontraktor yang dilantik menjangkakan ia akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua atau tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Yazid berkata, dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi semalam, dia sedang tidur di dalam sebuah bilik sebelum merasai bahang api pada bahagian muka serta badannya.
"Melihat keadaan api yang sudah marak, saya bergegas bangun dan mengejutkan dua orang abang iaitu Fakhru Razi, 36 dan Khairuzaman, 39, yang sedang tidur di dalam bilik masing-masing untuk segera menyelamatkan diri.
"Akibat insiden itu, kami tiga beradik tinggal sehelai sepinggang dan tidak sempat menyelamatkan apa-apa kerana memikirkan nyawa yang lebih utama.
"Saya buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan serta berasa sedih dan bagaikan tidak percaya bahawa rumah kami terbakar dalam sekelip mata," katanya.
Katanya, buat sementara waktu, mereka tiga beradik kini tidak ada tempat berteduh dan hanya menumpang sebuah stor barang milik bapa saudara, Che Abd Halim Ibrahim, 60, yang tinggal bersebelahan rumah.
"Disebabkan dua abang yang tidak mempunyai pendapatan tetap kerana bekerjas sendiri, mustahil untuk kami membina rumah baharu di tapak rumah yang terbakar ini.
"Namun pada hari ini tanpa dijangka, Allah mengirimkan seorang hambaNya (Ebit Lew) yang tidak pernah jemu membantu golongan yang memerlukan dan bagaikan sebuah mimpi apabila Ebit Lew datang melawat kami dan bersetuju membina rumah baharu untuk kami tiga beradik berteduh," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/ebit-lew-bina-rumah-baharu-untuk-tiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hafiz Mahamad Bantu Bina Rumah Baharu Tokwan

Hafiz Mahamad Bantu Bina Rumah Baharu Tokwan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 302 hits
Oleh Hafiz menziarahi tokwan di Kedah bagi membantu membina semula rumahnya yang terbakar baru baru ini ALOR SETAR Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya Seorang warga emas bukan sahaja kehilangan rumah dua biji motosikalnya malah ...
157 Suku Bajau Laut Di Sabah Peluk Islam Ada Yang Pertikai Tindakan Ebit Lew

157 Suku Bajau Laut Di Sabah Peluk Islam Ada Yang Pertikai Tindakan Ebit Lew

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Umum mengetahui Ebit Lew kini berada di Sabah untuk ke beberapa lokasi bagi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan Pelbagai bantuan seperti keperluan makanan keperluan gajet untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dihul...
Satu Kampung Mengucap Dua Kalimah Syahadah Dihadapan Ebit Lew

Satu Kampung Mengucap Dua Kalimah Syahadah Dihadapan Ebit Lew

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 262 hits
Alhamdulillah 157 orang penduduk daripada suku Bajau Laut mengucap syahadah tanpa paksaan dengan disaksikan oleh Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew Katanya penduduk Bajau Laut tersebut menjadikan bot atau pondok kecil ata...
Satu Kampung Ustaz Ebit Lew Berjaya Islamkan

Satu Kampung Ustaz Ebit Lew Berjaya Islamkan

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 300 hits
Pendakwah terkenal dengan pelbagai kerja kebajikan Ustaz Ebit Lew hari ini berjaya menarik komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Pulau Tatagan Semporna untuk memeluk Islam Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi Ustaz ...
Penganut Kristian Terharu Kebajikan Pendakwah Islam Ebit Lew

Penganut Kristian Terharu Kebajikan Pendakwah Islam Ebit Lew

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 250 hits
KEIKHLASAN pendakwah Islam Ebit Lew masuk ke dalam gereja di Sabah dan menghulurkan bantuan mengundang rasa hormat dan rasa terharu dalam kalangan penganut Kristian Menurut mereka sikap yang ditunjukkan oleh ahli perniagaan itu ketika mengh...
Sabah Mufti Ebit Lew S Mass Conversion Stands But Most Bajau Laut Already Muslims

Sabah Mufti Ebit Lew S Mass Conversion Stands But Most Bajau Laut Already Muslims

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 257 hits
Preacher Ebit Lew is currently on a 10 day humanitarian visit to Sabah s east coast districts of Lahad Datu Tawau Kunak and Semporna Picture via FacebookKOTA KINABALU Feb 2 Sabah s Islamic authorities lauded the mass conversion of a Bajau L...
Kerajaan Akan Hantar Ustaz Bimbing Bajau Laut Diislamkan Ebit Lew

Kerajaan Akan Hantar Ustaz Bimbing Bajau Laut Diislamkan Ebit Lew

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 223 hits
Kerajaan akan menghantar ustaz bertauliah dan berkaliber ke Sabah bagi membimbing komuniti Bajau Laut yang baru mengucap dua kalimah syahadah diajarkan aktivis serta pendakwah terkenal Ebit Lew Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ah...
Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang Mufti Sabah

Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang Mufti Sabah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 300 hits
Kami sebenarnya tidak terkejut bila dengar Ustaz Ebit Lew dan team datang ke Sabah terutamanya ke Semporna dan mengislamkan sekampung tulis Abu Muhammad Al Izz dilaman facebook miliknya Kami rasa gembira kerana hasil sumbangan dana dari mas...
Ebit Lew Dihalang Untuk Kembang Islam

Ebit Lew Dihalang Untuk Kembang Islam

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 328 hits
NI ORANG BESAR SABAH SIAPA NAK JAWAB NI Tahniah islam Sabah takbir takbir takbir APA SUDAH JADI KATA MALAYSIA NEGARA ISLAM SEMPORNA MENENTANG BERKEMBANGNYA ISLAM Sayu hati saya apabila saya tidak dibenarkan ke Pulau andainya pergi juga saya...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025

Resipi Bihun Goreng Limau Purut Yang Sedap Pedas Wangi