Musim Pkp Anak Selalu Gelisah Meragam Bagi Kerja Rumah Untuk Lepaskan Tenaganya
Setiap pagi, anak kita akan bangun dengan tenaga baru. Bila anak asyik terperap dalam rumah, tenaga atau energi tadi tak dapat dilepaskan. Ini yang menyebabkan anak kita:
– Gelisah sentiasa
– Asyik meragam
– Suka kacau ahli keluarga yang lain
– Mood anak jadi tak menentu
– Tidur lewat setiap malam

Sebab tu, mak ayah wajib bantu anak untuk salurkan tenaga:

Bawa anak bermain depan rumah

Bersenam bersama-sama

Jadikan ada ruang dalam rumah untuk dia berlari, melompat, dan bermain

Buat kerja rumah sama-sama
Contoh kerja rumah yang anak usia 2-7 tahun boleh buat semasa PKP:
USIA 2-3 TAHUN

Kemas mainan

Lap meja / lantai

Susun buku di rak

Bersihkan habuk

Letak baju kotor dalam bakul

Ambil barangan ringan

Beri makan pada haiwan peliharaan

UMUR 4-7 TAHUN

Susun kasut

Sapu lantai

Kemas katil sendiri

Cuci dan siang sayuran

Bantu sediakan meja makan

Siram pokok bunga

Angkat kain jemuran

Sambil tu, inilah peluang mak ayah nak latih anak buat kerja rumah yang mudah. Bila tenaga anak dah habis disalurkan, mereka pun akan tidur lebih awal.
Lagi satu ibu ayah kena ingat juga, walaupun PKP bersambung lagi, tolong bawa anak keluar rumah sekejap untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari.
Ini sekurang-kurangnya dapat hilangkan tekanan dan elakkan masalah tulang rapuh disebabkan kurang Vitamin D.
Kredit: Dr Redza Zainol
ARTIKEL MENARIK [Anak No 2 Atau No 3 Lain Sikit Perangainya. Tapi Dia Ajar Erti Sabar Untuk Ibu Ayah]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Doktor Pesan Ibu Bersalin Musim Covid, Semua Buat Sendiri. Standby Ikut Checklist Ni!]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Musim PKP, Anak Selalu Gelisah & Meragam, Bagi Kerja Rumah Untuk Lepaskan Tenaganya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/musim-pkp-anak-selalu-gelisah-meragam-bagi-kerja-rumah-untuk-lepaskan-tenaganya/