Pembedahan Fibroid Di Hospital Seri Manjung Perak


Pembedahan Fibroid di Hospital Seri Manjung Perak | Alhamdulillah, selesai cik en menjalani pembedahan pembuangan fibroid sebesar 13 x 10 cm. Segala suka duka cik en kongsi di Fibroid Journey bermula awal tahun lepas, cik en mula berani menceritakan journey ini walaupun cik en dapat tahu pada bulan 1 tahun 2020 sebelum Covid19. Siapa sangka, cik en sekarang dah masuk hari ke 5 selepas pembedahan. Rasa bersyukur banyak banyak sebab banyak good news yang cik en terima mengenai fibroid ini. 





Pembedahan Fibroid di Hospital Seri Manjung Perak

Mula mula sekali, cik en nak ucapkan ribuan terima kasih kepada team kesihatan (setiap penjawat awam seperti PPK, Jururawat, Doktor, Houseman ) di Ward 1 Hospital Seri Manjung, yang mengetuai di bilik pembedahan Dr. Kamal Nazmir Bin Kamarudin dan beberapa orang doktor lain yang cik en tak tahu nak cari info dimana untuk cik en masukkan dalam entri ini dan juga ribuan terima kasih kepada Dr Hamsatul Azlina Hamzah dan Dr Tan Chew Khang. Maaf kalau cik en salah sebutkan nama nama sebab cik en perlu research sendiri untuk tahu siapa doktor doktor terlibat berbekalkan nama pendek mereka. 


Cik en juga ucapkan ribuan terima kasih kepada Doktor Kamal yang sudi memenuhi hasrat cik en untuk tengok gambar sebenar fibroid cik en walaupun ada doktor lain yang ambil. Cik en minta untuk cik en kongsikan dalam blog ini dan beri ilmu kepada mereka yang masih tak mengenal atau baru dalam masalah fibroid ini. 


Sesiapa yang tahu mengenai Fibroid ini, akan tahu, fibroid yang discan hanyalah gambaran kasar sahaja. Saiz fibroid, bilangan dan tempat hanya boleh dilihat semasa pembedahan dijalankan. Jadi risiko pembuangan rahim tetap ada dan diberi penerangan awal oleh pihak doktor. 


Fibroid Journey 

Marilah cik en mulakan penceritaaan ini dengan tarikh cik en masuk ward. Sebelum ini, cik en telah kongsi cik en kena cucuk Diphereline selama 2 bulan. Dan 8 Mac 2022, cik en dijadualkan untuk masuk ward. Seperti biasa, prosedur di zaman Covid ini, cik en perlu ke Lobur Room untuk swap test dan perlu tunggu around 45 minit sebelum check in ke hotel 5 star. 😁


Selesai di bahagian sampel, cik en ke bahagian pendaftaran yang terletak di wad keceemasan Hospital Seri Manjung. Cik en terus ke ward 1 dan diberi baju uniform 😂. Katil cik en katil 14 berhadapan dengan kaunter. Mungkin senang diawasi oleh semua kot. 


Step pertama adalah check BP darah dan atas border line iaitu 8.2 kalau tak silap cik en. Jadi, cik en tak perlu transfused darah. Selesai mengenai darah, cik en diberi penerangan daripada pakar bius mengenai sebelum, semasa dan selepas. Penggunaan Morphin secara sendiri selepas pembedahan dan lain lain lagi. Cik en angguk angguk faham dan masa untuk minta autograph sebagai prosedur wajib. 


Selesai bahagian bius, cik en kena ke bahagian OnG untuk scan oleh doktor pakar iaitu Dr Kamal bersama Dr Hamsatul. Dari hasil scan, nampaknya hanya 1 ketul fibroid yang sebesar 13cm. Selesai scan, dan juga cik en cerita pasal mandul kucing dan Dr Hamsatul pernah nak bawa kucing untuk mandul tapi que yang panjang, dibawa ke klinik swasta. Biasalah kannn.. bukan klinik orang je kena temujanji, tapi klinik haiwan juga. 😃😃


Pembedahan Pukul 8 Tapi ....

Mengikut jadual, cik en akan menjalani pembedahan pukul 8 pagi tapi Dr Kamal ada cakap kalau ada yang potong line, terpaksa tunda sedikit. Nampaknya, mulut dia semasim garam jadi cik en punya tempat diberi ruang kepada siibu yang positif Covid untuk bersalin secara czer. 


Jam 10.45 pagi, dalam keadaan mamai ( tunggu turn sampai terlena meleleh ayaq liuq) , cik en dibawa ke bilik pembedahan. Ruang pertama untuk semak tag dan pengesahan pembedahan. Selesai bahagian tersebut, cik en terus di tolak kek bilik pembedahan. OH mYYY.. cik en dah mula cuak. Ada seorang doktor tanya cik en makan ubat PSY apa dan dah berapa lama. Belum sempat nak jawap, cik en didunia khayalan gitew. Hahhahaha


Cik en masuk dalam bilik bedah 11.15  pagi dan habis dalam 1.45 petang. (anggaran cik en) dan cik en betul betul sedar dan capai handphone untuk tengok jam pada 3.30 petang. Eh, camne cik en buat anggaran 1.45 ptg? (Halaaamaaak, cik en sebenarnya tertengok dalam file) Anyway, tak boleh tau tengok, kena doktor yang explain apa jua pertanyaan kita


Dalam 3.30 petang, cik en ada rasa sikit sikit dan mula guna Morphin. Cik en sedaya upaya guna seminimun yang boleh sebab ada dengar suara 10 minit sekali guna. Hahahhaha.


Sepanjang 9 Mac 2022. cik en dalam khayalan dan mengantuk teramat sangat. 10 Mac 2022, barulah cik en boleh duduk dan minum air lebih sedikit. Chateter dibuka pagi 9 Mac 2022 dan cik en dah mula berjalan ke bilik air. 


3 Benda Kena Buat Selepas Sedar dari Pembedahan



3 benda ini, benda asas yang doktor akan tanya iaitu Dah boleh kencing? Dah kentut? Dah buang air besar? Itu soalan yang awal akan ditanya, selain itu, akan tanya, ada pendarahan tak? ada sesak nafas? pening pening dan muntah? Alhamdulillah, semuanya okey walaupun hanya sikit je buang air besar. Sebab cik en sembelit jadi bila diberi nasi akan sembelit sikit. Tukar diet kepada soft alhamdulillah, boleh buang air besar banyak. 


Saiz sebenar Fibroid Cik En
Ada yang tertunggu bentuk, saiz dan bilangan fibroid cik en. Dari hasil pembedahan, ada satu sahaja fibroid sebesar buah kelapa dan terletak di intramural (maaf kalau tersilap penggunaan bahasa)



Ini yang diterangkan kepada cik en, jadi cik en boleh bersalin normal jika mengandung nanti. Alhamdulillah, seronok cik en dengar. Cik en ini dah memang ada OCD so macam macam cik en berfikir sampai tahap buang rahim. Dah tak ada anak. 

Korang nak tengok saiz dan rupa sebenar? Korang boleh tengok ini







Besar kan? Sebesar buah kelapa. Fibroid ini hanyalah ketulan daging yang ada darah macamtu. Kalau sesiapa masih lagi blur mengenai fibroid ini, korang boleh baca di Uterine Fibroid. Luka cik en pula cik en anggar 10cm juga la. Lebih besar dari keluar baby


Pada 12 Mac 2022, cik en dibenarkan balik rumah dah perlu berehat lama. MC diberi selama sebulan dan harap cik en boleh recovery dengan cepat. Mak cik en tinggal sementara dengan cik en untuk bantu cik en sepanjang recovery. Jadi makanan kena pantang. Dan tinggalkan tabiat buruk cik en pada craving dan makanan tak berkhasiat. Kena belajar untuk control stress dan juga aktif untuk kesihatan diri. 

Cik en yang tengah menahan sakit ini, rasa insaf dan ingin berubah. Jadi azam cik en tahun ini untuk amalkan kesihatan dan penjagaan diri yang baik. Dah alang alang tarikh cik en pembedahan bersamaan Hari Wanita Sedunia. 

Korang yang ada di luar sana, jagalah makanan, banyak dapatlkan vitamin D (cahaya matahari), makan buah buahan, sayur sayuran, elakkan produk overclaim, pemutih dan sebagainya. Amalkan kehidupan sihat dan aktif. Stress berkerja dan kehidupan memang takkan hilang tapi take time untuk diri sendiri. 

So, sampai disini entri kali ini. Insyallah, tunggu 6 minggu lagi untuk follow up balik. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurfuzie.com/2022/03/pembedahan-fibroid-di-hospital-seri-manjung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Kos Pembedahan Fibroid

Berapa Kos Pembedahan Fibroid

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 675 hits
Berapa Kos Pembedahan Fibroid Ramai juga bertanya cik en berapa kos yang cik en keluarkan sepanjang rawatan susulan pembedahan ward dan ubat ubatan sepanjang cik en mendapat perkhidmatan di Hospital kerajaan iaitu Hospital Seri Manjung Pera...
Apa Yang Boleh Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid

Apa Yang Boleh Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 243 hits
Apa Yang Boleh Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid Disebabkan cik en banyak pantang larang sepanjang pantang ini termasuk bercuti selama sebulan cik en cuba untuk amalkan tips tips untuk menyembuhkan luka pembedahan ...
Jenis Jenis Pembedahan Fibroid Di Malaysia

Jenis Jenis Pembedahan Fibroid Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 287 hits
Jenis Jenis Pembedahan Fibroid Di Malaysia Sebelum cik en ambil keputusan untuk ambil open myomectomy untuk pembuangan Fibroid cik en dah mula cari info rawatan fibroid yang ada di Malaysia Diakui cik en ada gunakan beberapa cara alternatif...
Pembedahan Batin Antara Alternatif Untuk Buang Fibroid

Pembedahan Batin Antara Alternatif Untuk Buang Fibroid

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 217 hits
Pembedahan Batin Antara Alternatif Untuk Buang Fibroid Kembali lagi dientry baru jika dulu seminggu sekali pun cik en tak leh nak mantain update blog tapi sepanjang tempoh pantang ini cik en rasanya akan kerap update disini berbanding socia...
Perak Govt Denies Neglecting Welfare Of Quarry Landslide Victims Families

Perak Govt Denies Neglecting Welfare Of Quarry Landslide Victims Families

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 161 hits
The Perak state government has denied allegations of neglect in the provision of welfare assistance to the families of two victims who are believed to be trapped under the debris of a limestone quarry landslide at Keramat Pulai Jalan Simpan...
Lirik Cintaku Di Negeri Perak Hazama

Lirik Cintaku Di Negeri Perak Hazama

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 210 hits
dari selatan pandu ke utarapergi ke ipoh singgah gua tempurunghati berbungasebesar reflesiaindah mekarnya di royal belum anak anak mandi mandaair panas sungai klahohh hilang masalah dayung sampan laju laju sampai ke muarasinggah dulu makan ...
Perak Exco Man Ordered To Pay Guan Eng Rm250 000 Over Headscarf Claim

Perak Exco Man Ordered To Pay Guan Eng Rm250 000 Over Headscarf Claim

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 198 hits
Lim Guan Eng had sued Razman Zakaria for defamation over a Facebook post on the donning of headscarves by by hotel workers GEORGE TOWN The High Court has ordered a Perak executive councillor to pay Lim Guan Eng RM250 000 in damages and make...
Sindiket Tipu Pelaburan Rm3 32 Juta Datuk Seri Palsu Antara 9 Ditahan

Sindiket Tipu Pelaburan Rm3 32 Juta Datuk Seri Palsu Antara 9 Ditahan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 167 hits
March 4 2022 Polis menahan sembilan suspek termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun di sekitar Kuala Lumpur Selangor dan Pulau Pinang KUALA LUMPUR Polis menahan sembilan individu termasuk seorang lelaki yang menggunakan gelaran Datuk...
Hasil Lelang 6 Seri Sukuk Capai Rp6 2 Triliun

Hasil Lelang 6 Seri Sukuk Capai Rp6 2 Triliun

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 110 hits
Pemerintah menetapkan hasil lelang enam seri surat berharga syariah negara atau sukuk negara sebesar Rp6 2 triliun dengan penawaran masuk mencapai Rp15 3 triliun Meski demikian hasil lelang ini belum memenuhi target indikatif Rp9 triliun
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran