Sindiket Tipu Pelaburan Rm3 32 Juta Datuk Seri Palsu Antara 9 Ditahan


 
Bernama -March 4, 2022 Polis menahan sembilan suspek, termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun, di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan individu, termasuk seorang lelaki yang menggunakan gelaran “Datuk Seri” palsu kerana disyaki terbabit sindiket penipuan pelaburan tidak wujud, Planetrade, dalam beberapa serbuan pada Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata semua suspek, termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Beliau berkata, polis menerima 21 laporan berhubung penipuan itu, yang terdiri daripada 12 laporan di Kuala Lumpur, lima di Selangor, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Melaka dan Terengganu, melibatkan kerugian sebanyak RM3.32 juta.
“Siasatan mendapati lelaki yang menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ palsu berusia 46 tahun itu merupakan dalang utama kes ini yang memiliki empat syarikat bagi menjalankan kegiatan pelaburan tidak wujud.
“Suspek lain merupakan ejen atau aktif mengendalikan syarikat serta kesemua mereka direman dua hingga empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Menara KPJ di sini.
Beliau berkata, 27 akaun disyaki berkaitan kes itu yang berjumlah RM755,0000 serta pemilikan saham dalang utama itu di empat syarikat terbabit dibekukan bagi membantu siasatan.
Katanya, turut dirampas dalam serbuan ialah enam kereta mewah, antaranya sebuah Bentley, dua Toyota Vellfire, sebuah Mercedes Benz GLC 200 dan pelbagai dokumen pendaftaran syarikat serta berkaitan pelaburan.
“Siasatan mendapati sindiket ini mula beroperasi sejak Januari 2021 dan menawarkan pembelian saham keutamaan atau ‘preference share’ yang menjanjikan kadar keuntungan tetap sekitar 4% hingga 5% sebulan daripada modal yang dilaburkan.
“Pelabur turut diyakinkan wang pelaburan dilabur dalam pelbagai medium pelaburan patuh syariah dalam dan luar negara bagi menjamin keuntungan besar dan stabil.”
Beliau berkata, siasatan itu turut mendapati ada seorang pelabur mengalami kerugian mencecah RM4.6 juta, tetapi mangsa belum tampil membuat laporan polis.
Pada peringkat awal, katanya, pelabur akan menerima keuntungan bulanan dijanjikan, namun sindiket itu tidak lagi berkomunikasi dengan mangsa selepas beberapa bulan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 serta Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/sindiket-tipu-pelaburan-rm332-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Seludup 13 Individu Dicekup Bersama Barang Rampasan Rm7 5 Juta

Sindiket Seludup 13 Individu Dicekup Bersama Barang Rampasan Rm7 5 Juta

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 162 hits
Antara barang rampasan dan ada antaranya bagi tujuan penyeludupan dirampas polis dalam lima serbuan sejak 20 Jan hingga Selasa lepas menurut polis PETALING JAYA Polis menahan 13 individu sekitar Terengganu Johor dan Selangor dipercayai terb...
Ibu Tangmo Nida Sedia Maafkan Dua Lelaki Dalam Bot Selepas Ditawarkan Pampasan Rm3 8 Juta

Ibu Tangmo Nida Sedia Maafkan Dua Lelaki Dalam Bot Selepas Ditawarkan Pampasan Rm3 8 Juta

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 403 hits
Ibu kepada mendiang pelakon terkenal Thailand Nida Tangmo Patcharaveerapong hari ini menyatakan keikhlasannya memaafkan dua lelaki yang bersama anaknya pada hari Nida terjatuh dari bot laju lapor Bangkok Post Pun begitu si ibu yang dikenali...
Datuk K Dedahkan Perubahan Asyraf Kerana Azizan Osman

Datuk K Dedahkan Perubahan Asyraf Kerana Azizan Osman

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 233 hits
Datuk K Dedahkan Perubahan Asyraf Kerana Azizan Osman Nama Asyraf Khalid sudah cukup dikenali ramai apatah lagi beliau merupakan anak tiri kepada penyanyi no 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Beliau juga turut menurut langkah bapanya denga...
Gembira Lihat Anak Berjaya Datuk K Berterima Kasih Pada Azizan Osman

Gembira Lihat Anak Berjaya Datuk K Berterima Kasih Pada Azizan Osman

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 201 hits
Gembira Lihat Anak Berjaya Datuk K Berterima Kasih Pada Azizan Osman Nama Datuk K siapa yang tak kenal Suami kepada penyanyi tersohor Siti Nurhaliza ini telah lama meniti di bibir masyarakat kita sebagai salah seorang usahawan yang berjaya ...
Datuk K Merakamkan Penghargaan Kepada Dr Azizan Osman Diatas Kejayaan Asyraf Khalid

Datuk K Merakamkan Penghargaan Kepada Dr Azizan Osman Diatas Kejayaan Asyraf Khalid

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 247 hits
Datuk K Merakamkan Penghargaan Kepada Dr Azizan Osman Diatas Kejayaan Asyraf Khalid Melihat kejayaan anak pasti akan menggembirakan ibu bapa Begitulah juga dengan kisah kejayaan Asyraf Khalid ini yang juga merupakan anak kepada Datuk K Datu...
Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman

Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 292 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Pembaca semua Bonde nak kongsikan tentang Asyraf Khalid This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Kisah Anak Didik Dr Azizan Osman Asyraf Khalid Anak Datuk K

Kisah Anak Didik Dr Azizan Osman Asyraf Khalid Anak Datuk K

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 301 hits
Kisah Anak Didik Dr Azizan Osman Asyraf Khalid Anak Datuk K Terbukti di depan mata kita semua Datuk Wira Dr Azizan Osman telah melahirkan ramai usahawan jutawan termasuk salah satunya adalah anak Datuk K sendiri iaitu Ashraf Khalid Kejayaan...
Genap 10 Tahun Kahwin Datuk Yusry Bertuah Miliki Lisa Surihani Sebagai Isteri You Are Such Wonderful Person

Genap 10 Tahun Kahwin Datuk Yusry Bertuah Miliki Lisa Surihani Sebagai Isteri You Are Such Wonderful Person

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 318 hits
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke 10 pengarah Datuk Yusry Abdul Halim menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta Datin Lisa Surihani Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya Yusry me...
Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Dari Didikan Dr Azizan Osman

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Dari Didikan Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 247 hits
Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Dari Didikan Dr Azizan Osman Dato Sri Khalid bin Mohamad Jiwa atau juga dikenali sebagai Datuk K merupakan seorang usahawan dan juga merupakan pengarah beberapa syarikat terkemuka di Malaysia Tidak...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain