Pembedahan Batin Antara Alternatif Untuk Buang Fibroid


Pembedahan Batin Antara Alternatif Untuk Buang Fibroid | Kembali lagi dientry baru, jika dulu seminggu sekali pun cik en tak leh nak mantain update blog tapi sepanjang tempoh "pantang" ini cik en rasanya akan kerap update disini berbanding social media yang lain mengenai perkembangan dan kongsi info cik en. Sebab di sini, cik en bebas berkarya, tulis panjang panjang, letak info dan semuanyalah. Lebih rasa bebas disini walaupun ramai dah mula lupa blogger. Hahahhah. Jauh pula cik en bersembang ini, jom cik en nak kongsi sedikit rawatan alternatif yang cik en pernah ambil sebelum buat pembedahan mymectomy fibroid 







Pembedahan Batin Antara Alternatif Untuk Buang FibroidSebelum itu cik en nak beritahu, cik en bukanlah anti hospital tapi cik en mencuba untuk mencari alternatif tanpa perlu pembedahan. sebabnya pembedahan fibroid ini dalam major surgery yang ada risiko sendiri. Dan jika berlaku berlaku komplikasi, akan jadi lebih teruk dan rahim akan dibuang. Sebab itulah cik en cuba beberapa rawatan alternatif atau rawatan tanpa pembedahan bermula tahun 2020 lagi. 


Ubatan Ubatan 

Dari segi ubatan hospital, cik en menerima ubat jenis Tranexamic Acid 250mg (kurangkan pendarahan), Mefanamic Acid 250mg (tahan sakit/radangan) dan Supplement iron (tambah darah). Ianya membantu diawal pengambilan selepas itu, tetap heavy period. 


Kos percuma sebab cik en guna GL


JamuCik en mencuba juga jamu tapi jamu yang cik en yang cik en yakin iaitu Kurma Dhuha Bonda Rozita. Ianya membantu dari segi tenaga dan buat badan lebih ringan. Cik en mula rasa baik tapi period mula heavy semula selepas beberapa bulan. Jadi, jamu tidak sesuai untuk cik en tapi dapat membantu cik en jadi lebih tenaga dan berpeluh (sejenis malas bersenam kan).
Kos beli Kurma Dhuha di Shoppe RM100
Hemopati

Cik en cari info mengenai Hemopati dalam seminggu sebelum belinya melalui shoppe. Cik en mana tahu, tempat jual hemopati ini di kawasan cik en jadi lebih mudah search di Shoppe dan order. Cik en order dari Homeopathy Yahya yang based di Terengganu atau dilabel tulis MYHC (Hemeopathic Herb's 2U) . Cik en beli 2 jenis ubat iaitu jenis pil dan drop. Tapi... hanya amalkan tak sampai seminggu sebab cik en selalu lupa nak ambil. Ubat yang sekali sehari pun cik en kerap lupa inikan 3 kali sehari. Tak ada kesan mungkin sebab tak istiqomah amalkan. 


Kos ini RM55 cik en beli di Fibroid Hemopatu


Minuman Akar Kayu /Herba
Minuman ini cik en dibawa oleh keluarga dan diberi air akar kayu tapi kesannya sangat panas bagi cik en. Period lagi teruk dan cik en sampai tahap, mandi ditengah malam. Seminggu cuba, keadaan nampak lagi parah, cik en stop air itu. Air akar kayu asli memang baik tapi kes cik en tak sesuai. Masa ini baru ramai tahu keadaan sebenar cik en yang tumpah darah macam air terjun.
Kos seikhlas hati tapi mak cik en bagi RM50 
Pembedahan Batin
Cik en pernah menerima rawatan pembedahan batin dan ianya juga tidak berjaya. Sebab cik en memang sakit hospital. Bukan sakit mistik walaupun awalnya adalah mistik. Macamana nak tahu, cik en pernah cuba pegang bahagian bonjolan (fibroid), ianya seperti ada degupan jantung dan rasa panas. Cik en pernah baca Yassin semasa period dan boleh rasa gerakan di benjolan tersebut. Allahualam tapi cik en menceritakan perkara sebenar yang terjadi. 


Pembedahan batin ini cik en rasa ianya hanya buang mistik sahaja. Sebab kawan arwah abah pernah beritahu, jika ada gangguan, perlu diubat awal. Jika lama, akan jadi sakit hospital (maksudnya sakit seperti fibroid sedangkan awalnya ianya adalah gangguan). Cik en buat pembedahan batin di Beruas dengan kos RM 50. Cik en menurut sahaja cadangan keluarga.


Tapi ianya salah disisi agama ye. Cik en baru jumpa artikel dari Mufti -https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1363-al-kafi-391-bedah-batin-kaedah-perubatan-yang-diragui


Penggunaan Lucrin Sebelum PembedahanSelepas cik en buat keputusan untuk pembedahan, cik en perlu ambil Lucrin untuk membantu mengecutkan sebanyak mana fibroid untuk memudahkan pembedahan disamping mengurangkan risiko bleeding. Ubat ini cik en ada story di Tak Lama Lagi Nak Pembedahan . Tapi cik en rasa tak banyak result sebab masa pembedahan, memang tak nampak fibroid lain selain yang satu tu. Saiz pula semakin besar atau mungkin tak berubah kot. Sebabkan itu, torehan pisau besar. Nasib doktor pandai jahit. Tak nampak pun macam ada kesan luka lagi. 


Kos satu RM 1.3K (tertengok data farmasi kat komputer doktor). 2 kali injection so RM 2.6K. Tapi guna GL so percuma lah. 


Inilah alternatif yang cik en dah ambil. Pengalaman sendiri tapi bagus la untuk cik en mengenali penyakit ini dari sisi scam dan benarrrr.. hahahha. Korang boleh kaji semua alternatif ini tapi better back to hospital. Jaga pemakanan, jaga stress dan kesihatan. Itulah point untuk mengelak dapat sakit ini dan sembuh dari sakit ini berpanjangan. 
Happy life dari good healthy and mind. Okey, jumpa next entru tapi masih tak ada idea lagi. Stay tuned je la.. hihihi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurfuzie.com/2022/03/Rawatan-alternatif-buang-fibroid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembedahan Fibroid Di Hospital Seri Manjung Perak

Pembedahan Fibroid Di Hospital Seri Manjung Perak

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 447 hits
Pembedahan Fibroid di Hospital Seri Manjung Perak Alhamdulillah selesai cik en menjalani pembedahan pembuangan fibroid sebesar 13 x 10 cm Segala suka duka cik en kongsi di bermula awal tahun lepas cik en mula berani menceritakan journey ini...
Jenis Jenis Pembedahan Fibroid Di Malaysia

Jenis Jenis Pembedahan Fibroid Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 287 hits
Jenis Jenis Pembedahan Fibroid Di Malaysia Sebelum cik en ambil keputusan untuk ambil open myomectomy untuk pembuangan Fibroid cik en dah mula cari info rawatan fibroid yang ada di Malaysia Diakui cik en ada gunakan beberapa cara alternatif...
Apa Yang Boleh Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid

Apa Yang Boleh Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 243 hits
Apa Yang Boleh Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid Disebabkan cik en banyak pantang larang sepanjang pantang ini termasuk bercuti selama sebulan cik en cuba untuk amalkan tips tips untuk menyembuhkan luka pembedahan ...
Berapa Kos Pembedahan Fibroid

Berapa Kos Pembedahan Fibroid

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 674 hits
Berapa Kos Pembedahan Fibroid Ramai juga bertanya cik en berapa kos yang cik en keluarkan sepanjang rawatan susulan pembedahan ward dan ubat ubatan sepanjang cik en mendapat perkhidmatan di Hospital kerajaan iaitu Hospital Seri Manjung Pera...
Rawatan Alternatif Sakit Tekak Guna Bahan Di Dapur Anda Sahaja

Rawatan Alternatif Sakit Tekak Guna Bahan Di Dapur Anda Sahaja

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 189 hits
Rawatan alternatif sakit tekak disebabkan batuk boleh membantu anda sekiranya tiada ubat batuk di rumah Selain dari itu dalam keadaan sekarang ni ubat batuk juga kadangkala cepat habis di farmasi Jangan risau kerana ada cara rawatan alterna...
Alternatif Untuk Melegakan Sakit Tekak

Alternatif Untuk Melegakan Sakit Tekak

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 188 hits
Ubat sakit tekak sudah habis Jangan risau Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik Gunakanlah cara alternatif yang telah terbukti berkesan 1 MaduMadu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk Ambil ...
Fydeos Alternatif Chrome Os Beserta Sokongan Google Play Store

Fydeos Alternatif Chrome Os Beserta Sokongan Google Play Store

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 208 hits
Sebelum ini saya dah perkenalkan yang boleh anda pasang pada laptop lama sebagai usaha untuk menghidupkan ia semula Namun ada satu kekurangannya berbanding iaitu ia tiada sokongan terhadap Google Play Store FydeOS hadir bagi melengkapkan ke...
Drama Antara Ikhlas Dan Kaca

Drama Antara Ikhlas Dan Kaca

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 1407 hits
Nantikan drama bersiri Antara Ikhlas dan Kaca arahan Along Kamaludin akan disiarkan di Awesome TV pada bulan ramadan nanti Antara Ikhlas KacaEpisod 24Tarikh Tayangan April 2022Rangkaian Awesome TVPengarah Along KamaludinPelakon Aleza Shadan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran