Rawatan Alternatif Sakit Tekak Guna Bahan Di Dapur Anda Sahaja
Rawatan alternatif sakit tekak disebabkan batuk boleh membantu anda sekiranya tiada ubat batuk di rumah. Selain dari itu dalam keadaan sekarang ni, ubat batuk juga kadangkala cepat habis di farmasi
Jangan risau kerana ada cara rawatan alternatif yang boleh dilakuan bagi membantu sakit tekak akibat batuk. Berikut antara beberapa rawatan alternatif yang disarankan dalam facebook Public Health Malaysia
Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan sebagai rawatan alternatif tersebut ada di dapur rumah semua orang. Bahan semula jadi itu juga memang diakui mempunyai kelebihan dalam rawatan kesihatan. Jadi jangan ragu-ragu untuk mencubanya
Ubat sakit tekak tak ada
Jangan risau. Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik
Gunakanlah cara alternatif yang telah terbukti berkesan
1 . Madu
Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak
2. Kumur Air Garam
Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati jangan tertelan pula
3. Minum teh
Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk
Selain itu, jika ada humidifier atau pelembab udara boleh gunakan untuk melembabkan persekitaran. Minum banyak, jangan merokok dan pastikan cukup tidur untuk menguatkan ketahahanan tubuh
Bagaimanapun rawatan alternatif ini hanya sesuai bila anda baru sahaja mengalami batuk yang ringan. Jika batuk berpanjangan pastikan anda segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik sahaja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk mendapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
The post Rawatan Alternatif Sakit Tekak Guna Bahan Di Dapur Anda Sahaja appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/rawatan-alternatif-sakit-tekak-guna-bahan-di-dapur-anda-sahaja/