Persidangan Pertubuhan Cina Lebih Elok Daripada Kongres Maruah


MalaysiaGazette Ong Chiow Chuen
SEREMBAN – Persidangan pertubuhan Cina yang dijadualkan pada 28 Disember merupakan satu program aman yang lebih elok berbanding Kongres Maruah Melayu, kata Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Datuk Ong Chiow Chuen.

Chiow Chuen berkata, persidangan itu bertujuan menarik perhatian mengenai kuasa atau autonomi lembaga pengelola sekolah, dan ia tidak bertujuan menghasut emosi mana-mana orang.

Katanya, masyarakat Cina meminta kerajaan menghormati autonomi lembaga pengelola sekolah termasuk membenarkan badan itu membuat keputusan dalam soal pelajaran tulisan Jawi di satu-satu sekolah.

“Kementerian Pendidikan bagaimanapun tidak ambil peduli, malahan lewat semasa menerima memorandum apabila kami bertandang ke kementerian.

“Ini menunjukkan Kementerian Pendidikan tidak ambil berat tentang isu pendidikan bahasa Cina yang dititik berat kaum Cina,” katanya dipetik Sinchew Daily.

BACA: Persidangan pertubuhan Cina tetap diteruskan
BACA: Persidangan Pertubuhan Cina diperluaskan kepada badan India

Beliau pada masa yang sama menegaskan bahawa pihaknya dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong ) menghormati bahasa semua kaum dan menegaskan kemajmukan dalam negara.

“Kami tidak menentang mana-mana bahasa termasuk tulisan Jawi. Kami juga berharap kaum berbeza akan dapat memahami budaya lain dalam usaha mengalakkan keharmonian,” katanya.

Walau bagaimanapun, Chiow Chuen berkata, autonomi lembaga pengelola sekolah tidak boleh diketepikan.

“Jika autonomi ini mula diketepikan, Kementerian Pendidikan akan menggunakan ‘kesempatan’ ini untuk mengulangi benda yang sama dengan membiarkan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk membuat keputusan dalam dasar lain.

“Isu ini tidak seperti yang disangkakan Timbalan Menteri Pendidikan (Teo Nie Ching) dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), mereka tidak pernah mengalami liku dan duri yang didepani pendidikan Cina sejak zaman sebelum merdeka hingga kini,” katanya.

BACA: Bantahan Jawi: Jika Dong Jiao Zong mahu cetus kekacauan, buatlah – PM

Beliau berkata, dengan mengenepikan autonomi lembaga pengelola sekolah, sekolah vernakular yang mempunyai 90 peratus murid bukan Cina boleh ditukarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) jika 51 peratus ibu bapa bersetuju berbuat demikian.

“Keadaan itu akan menyebabkan jumlah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) berkurangan,” katanya yang menggambarkan kesukaran untuk membina sekolah vernakular baharu.
Chiow Chuen berkata, lembaga pengelola merupakan benteng terakhir pendidikan Cina.

“Jika lembaga pengelola sekolah dipinggirkan, badan ini akan jadi seperti tidak signifikan malahan tiada gunanya pada masa depan,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/persidangan-pertubuhan-cina-lebih-elok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persidangan Pertubuhan Cina Tetap Diteruskan

Persidangan Pertubuhan Cina Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 282 hits
MalaysiaGazette Tan Tai KimPETALING JAYA Walaupun menerima teguran daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Dong Zong tetap mahu mengadakan persidangan pe...
Dong Jiao Zong Anjur Persidangan Pertubuhan Cina Bantah Tulisan Jawi

Dong Jiao Zong Anjur Persidangan Pertubuhan Cina Bantah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 658 hits
Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Malaysia yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk...
Pertubuhan Pendidikan Cina Desak Mahu Dialog Dengan Maszlee

Pertubuhan Pendidikan Cina Desak Mahu Dialog Dengan Maszlee

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 266 hits
KAJANG Pertubuhan Pendidikan Cina yang dianggotai Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia mendesak agar diadakan sesi dialog bersama pihaknya dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Desakan itu dibuat selepas pihakny...
Kongres Cina Manifestasi Keangkuhan Tiada Sempadan

Kongres Cina Manifestasi Keangkuhan Tiada Sempadan

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 312 hits
MOHD LUTTFI BIN ABDUL KHALID Alasan institusi pendidikan Cina wujud sejak merdeka adalah bodohHANYA tiga muka surat tulisan Jawi sudah cukup untuk menggerakkan kumpulan kumpulan pendesak rasis cauvinis Dong Zong untuk menandakan satu perhim...
Kongres Cina Apa Respon Parti Melayu

Kongres Cina Apa Respon Parti Melayu

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 515 hits
UMNO PAS dan Bersatu utamakan undi atau bela budaya kebangsaanBANGI Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan sokongan pihak tertentu terhadap penganjuran Kongres Organisasi Cina pada 28 Disember ini ...
Provokasi Penampilan Azmin Sendiri Lebih Jadi Punca Perwakilan Kongres Meluat Dengannya

Provokasi Penampilan Azmin Sendiri Lebih Jadi Punca Perwakilan Kongres Meluat Dengannya

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 238 hits
Dalam sidang medianya selepas keluar dewan kongres semalam dan kemudian diikuti ratusan penyokongnya yang turut berbuat demikian Azmin Ali menuduh Anwar Ibrahim mungkir janji berhubung ucapan ucapan perwakilan Beliau mengungkit mengenai beb...
Pilih Nama Anak Tak Payah Ikut Trend Lebih Baik Ringkas Asal Maknanya Elok

Pilih Nama Anak Tak Payah Ikut Trend Lebih Baik Ringkas Asal Maknanya Elok

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 436 hits
Sudahkah anda berdua membuat pilihan nama untuk si kecil dalam kandungan Nama apa agaknya yang menjadi pilihan Adakah ia nama moden klasik ciptaan sendiri atau diambil daripada perkataan perkataan indah dalam bahasa tertentu Pemberian nama ...
Kongres Cina Berani Kata Tak Serang Kaum Lain Kepala Bapak Kau

Kongres Cina Berani Kata Tak Serang Kaum Lain Kepala Bapak Kau

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 407 hits
Jika saya ada kuasa sudah lama saya tarik kerakyatan pengkhianat ini JADILAH Cina Malaysia yang memahami Melayu dan Bumiputera kerana itu tanggungjawab kamu selaku pendatang asal usul sejarahnya bukan jadi lebih Cina daripada China atau Cin...
Kongres Cina Harap Kerajaan Bertindak Sekat Sebelum Situasi Makin Parah

Kongres Cina Harap Kerajaan Bertindak Sekat Sebelum Situasi Makin Parah

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 339 hits
Pas kesal dengan sikap segelintir masyarakat Cina yang enggan menerima sukatan pengajian tulisan Jawi dalam mata pelajaran bahasa Malaysia di sekolah rendah vernakular Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat Dr Ahmad Fakhruddin Sheik...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik