Pembantu Pengurusan Murid N19
7 Mei 2018, aku kena pergi satu temuduga sebagai Pembantu Pengurusan Murid N19 di Putrajaya. Tapi, pada hari yang sama aku kena pergi ke Maktab Perguruan Ulu Kinta, Ipoh untuk temuduga jawatan Guru Interim Dini & Tahfiz. Boleh klik untuk baca pengalaman temuduga in case nak tahu lah! Ala, korang Google mesti keluar link ni kan? HAHA
Jadi ni aku nak pesan kat hampa ni, kalau kata ada interview yang bertindan, tolong ye call salah satu panggilan interview tu untuk minta tunda tarikh. Jangan memandai tak pergi ke apa, Sangat tak ada etika. Ingat tu, call! Macam aku kan, dapat panggilan interview SPP tu, kemudian dapat interim pulak, pada hari yang sama. Disebabkan interim tak boleh tunda dan muktamad, aku tebalkan telinga telefon Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk minta tunda. Syukur, Allah mudahkan. Aku tunda esoknya tu. Jadi, balik saja dari Ipoh, aku kena sedia untuk ke Putrajaya
Ikutkan hati, aku dah malas nak prgi interview ni tapi kawan aku si Amni tu dia call aku ya pagi buta untuk paksa aku pergi ke temuduga tu. Dia kata pi saja, gomen tu! Maka, aku pun pergilah. Fail memang semua dah siap dah. Tinggal nak pergi saja. Kira haritu aku barai habis balik interview tu
Oh i see aku lupa eh aku tak buat post pasal temuduga PPM ni? Nanti aku buat. Aku nak ingat balik macam mana aku apply tahu tahu je aku dah dapat panggilan interview. Jadi sekarang aku bukan nak cerita aku nak pi temuduga. Aku nak cerita lepas tu sebab aku dah dapat satu mesej ni gais
Aku tak sangka pula aku dapat sebab masa aku interview haritu, kaw kaw kena. Aku sampai keluar bilik tu aku mesej am, hello am aku tak dapat la iv ni susah gila nak nangis rasa. HAHA. Memang tak sangka langsung. 80% panel pertama akan provoke hang dan 20% saja panel kedua akan tanya tentang jawatan ni. Sungguh nanti la aku share aku tak ingat
Alhamdulillah, mungkin ini dinamakan rezeki. Once aku pilih untuk pergi dari tempat kerja sekarang, aku dapat tawaran yang lebih baik dan terjamin. Aku buntu juga nak buat pilihan, but masa mama cakap tu aku dapat rasa dia nak kata hello nak oit pilih je la gomen tu nak pening apa. Masa depan terjamin sikit sampai bila nak kerja swasta. Biar pi la mula dari bawah semula, asalkan nanti hang boleh bangkit semula. Haaa, panjang kan mama aku kata? hahah
Sekarang aku tunggu surat dari kementerian sampai untukk tahu di mana aku akan posting dan bila. Sekolah mana sekian sekian. Oh ya, aku cerita sikit pasal jawatan ni
Pembantu Pengurusan Murid atau dalam erti kata lain hang akan bantu cikgu tadika menguruskan budak budak tadika sama ada prasekolah ataupun pendidikan khas ataupun asrama. kalau asrama maybe ada shift la. Nampak mudah bukan? Aku rasa tak semudah tu HAHA
Diorang maybe tak berak dalam kelas, tapi diorang akan berak atas kau. HAHA ta menyempat nak ke tandas maybe. Ataupun diorang maybe tak bergurau main main dengan kau tapi diorang akan tumbuk kau kaw aw. HAHA tapi tak semua kot. At the end they just a kid. takkan itupun tak boleh hadap kan Jannah
Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh search kat Google ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Jangan malas sangat
Orang mungkin akan cakap, PPM je? Rendahnya. Hang ada degree kot. But, apa aku boleh buat. Hang ingat senang nak masuk dalam kerajaan? Dengan umur aku makin meningkat ni. HAHA. Biarlah aku mula dari bawah semula. Sekurangnya aku tahu tahap aku macam mana. Tak payah letakkan kaki hang dalam kasut aku sebab saiz kita tak sama. Sekalipun sama hang belum tentu akan rasa macam mana aku rasa. Hang tak tahu, PPM ni basically antara kerja cikgu juga bezanya tak secara terus mengajar la. Mati juga nak mengajar dengan nak buat benda lain lagi. HAHA. Yang penting ni lantikan tetap bukan kontrak ya. Dapatlah aku rasa bonus kelak. Selama ni telan air liur je sis. Hehe
Doakan aku buat keputusan yang terbaik ya! Insyaallah, cita cita nak jadi cikgu akan aku teruskan. DOAKAN JUGA AKU DAPAT POSTING INTERI YA AKU NAK JADI CIKGU HALO BACA DAK NI AKU NAK JADI CIKGU??! HAHA
Bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jannahsuhaimi.blogspot.com/2019/08/pembantu-pengurusan-murid-n19.html