Ini Cara Kawal Murid Dalam Kelas Terutama Murid Kelas Belakang


Ini Cara Kawal Murid dalam Kelas Terutama Murid Kelas Belakang | Entry ni MF buat bagi memenuhi permintaan seseorang yang tinggalkan komen kat entry MF. Dia minta MF kongsikan cara nak kawal murid dalam kelas

MF ni takde lah pandai mana bab nak kawal murid dalam kelas ni. Tapi pengalaman mengajar yang masih 'setahun jagung' ni MF cuba lah kongsikan apa yang patut

Tapi, Perkongsian ni MF lebih kepada pelajar sekolah menengah lah.. Sebab MF mengajar di sekolah menengah. Jadi, ragam pelajar sekolah rendah MF cuba juga kongsikan tapi bukan guru tapi sebagai ibu sebab MF ada anak di sekolah rendah

Pengalaman MF mengajar belum pun sampai 1 dekad. Tapi MF cubalah penuhi permintaan soalan ni

MF mula posting di sebuah sekolah di bandar Kuala Lumpur. Memang dari awal posting tak terkecuali akan diberi kelas belakang. Dan sehingga sekarang MF memang akan mengajar dan beberapa kali jadi guru kelas kelas belakang

Dulu memang ada beza kelas depan, kelas belakang sebab pelajar di disusun ikut akademik dan sahsiah. Tapi sekarang kebanyakan sekolah dah tak digalakkan buat macam tu. Jadi pelajar semua bercampur. Bila bercampur ni lagi mencabar lah nak kawal sebenarnya

Apa pun sebagai guru, wajib cuba sedaya upaya untuk kawal murid dalam kelas. Kalau tak objektif pembelajaran susah nak capai

Cara Kawal Murid dalam kelas.


1. Suara mesti kuatSuara adalah aset penting bagi cikgu. Nak kawal murid supaya diam ialah kena ada suara yang kuat. Semasa mengajar dan memberi arahan kena tegas dan suara yang jelas

Kalau suara tak kuat, kena beli lah mikrofon speaker portable tu... Lebih mudah dan tak perlu terjerit dah dalam kelas. 
Suara yang tak jelas, itu juga faktor pelajar berbual dan buat kerja lain selain kerja sekolah. 
Sebab tu, jarang lah cikgu lelaki ada masalah ni. Sebab suara cikgu lelaki lantang dan tegas. Jadi, pelajar automatik takut. 
2. Kenali murid kitaMurid ni ada pelbagai jenis dari pelbagai jenis latar belakang. Watak murid ni berbeza... Dan cara pembelajaran mereka juga berbeza. Ada yang jenis visual, ada yang jenis audio dan ada juga jenis kinesthetic

Sebab itu, aktiviti yang dicadangkan iaitu pembelajaran abad ke-21 adalah untuk meraikan kepelbagaian jenis murid dalam satu kelas. Tapi MF sendiri faham.. Kekangan masa buatkan kita tak mampu nak buat semua kaedah... Tapi jangan tinggal semua. Buat mana yang mampu. Sentiasa ubah cara pengajaran supaya murid tak bosan. Bila bosan tu dia mula bising dan susah nak kawal. 
3. Tetapkan peraturanSebagai guru, tetapkan peraturan yang tegas. Jika pelajar bercakap apa tindakan kita. Jika pelajar berjalan atau tidur dalam kelas... Apa denda. Dan denda ni mesti buat dan tetap

4. Wujudkan sifat hormat kepada guruCaranya memang susah juga nih.. Sebab ada pelajar tak tau nak hormat guru. Tapi kita boleh latih dia. Insha Allah, lama kelamaan dia akan faham

5. Raikan minat pelajarRaikan minat pelajar. Macam MF, pelajar MF suka berbual tentang apa.. MF juga akan cuba masuk dengan golongan pelajar tu dan bercerita

Ini menjadikan mereka seronok sebab cikgu seolah menyokong minat mereka. Jadi mereka ngam dengan kita

Lepas bercerita barulah kita mula dengan mengajar. Anggaplah itu sebagai iklan dalam proses kita mengajar untuk hilangkan rasa mengantuk dan bosan murid. 
6. Komunikasi dua halaSemasa mengajar kena ada komunikasi. Jangan cikgu bercakap seorang kat depan. Nanti pelajar bosan. Buat soal jawab. Siap dalam jawab bagikan galakan atau hadiah. Walaupun sebiji gula-gula tu dah cukup gembira kan pelajar

Soal pelajar yang sukar dikawal atau suka bercakap. Sebutlah nama dia selalu... Lama kelamaan dia akan senang dikawal. Biasanya pelajar yang selalu buat bising atau susah dikawal ni dia nak lebih perhatian dari kita. Jadi, selalu sebut dan soal nama dia. Insha Allah... Nanti dia reda dan semakin boleh dikawal. 
7. Cintai kerjaya kitaYa, mengajar ni kena dari hati.. Kita suka mengajar dan sampaikan ilmu... Banyakkan doa dan mulakan dengan doa sebelum melangkah kaki masuk ke kelas. Mintalah pertolongan dari Allah. Insha Allah.. Allah akan tolong kita. 
MF rasa tu yang boleh dikongsi kan... Mungkin ada Cikgu yang lebih berpengalaman lain pula caranya. 
Selain tu, kena study cara pengajaran dan pembelajaran yang disukai oleh pelajar. Apa pun... MF yakin semua cikgu ada teknik pengajaran yang tersendiri... Dan MF juga yakin, ragam pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sangat lain.  Ye la.. Budak-budak baru nak baligh dengan budak yang nak jadi dewasa... Lain caranya.  Hanya kita kenal pelajar kita. Kita kena bijak cari apa minat pelajar kita... Cuba tackle hati pelajar dengan apa yang dia suka. Insha Allah.. Kita akan lebih mudah mendekati pelajar tu. 
MF rasa, yang jadi masalah nak kawal tu ialah masalah bercakap dalam kelas. MF tak nafikan bab tu.. Pelajar sekarang suka berbual. Ada cikgu takde cikgu sama je. Jadi kita kena juga raikan mereka tapi dengan kenakan syarat yang tertentu. Insha Allah.. 
MF yakin semua cikgu adalah cikgu yang hebat. Sebab kita mampu kawal murid kita yang ramai dalam satu kelas. Ibu bapa pun ada kala tak mampu nak kawal anak yang ramai... Tapi cikgu boleh. Itulah hebatnya cikgu.. 
Jadi, yakin diri.. Dan kuatkan semangat.. Dan banyakkan berdoa dengan Allah.. Insha Allah.. Allah akan beri pertolongan. 

Boleh rujuk laman web ni... Ada perkongsian yang menarik untuk kawal murid terutama murid sekolah rendah... 
31 Cara Kawal Murid dalam Kelas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2019/08/ini-cara-kawal-murid-dalam-kelas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Tahun Tiga Dakwa Tulang Belakang Bengkok Akibat Dibuli

Murid Tahun Tiga Dakwa Tulang Belakang Bengkok Akibat Dibuli

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 328 hits
Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah di Ayer Hitam dekat sini mendakwa menghadapi masalah tulang belakang bengkok dan tidak boleh berjalan akibat dipercayai dibuli rakan rakan sekolahnya sejak tahun lalu Mangsa yang hanya mahu ...
Kasih Marshanda Kejutan Ulang Tahun Ke 30 Cara Sienna Ngomong Justru Curi Perhatian

Kasih Marshanda Kejutan Ulang Tahun Ke 30 Cara Sienna Ngomong Justru Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 234 hits
Berkesempatan untuk menghabiskan momen ulang tahunnya bersama Sienna Marshanda bagikan kebersamaannya dengan sang anak
9 Cara Kurangi Bau Prengus Pada Daging Kambing Nggak Bikin Enek Selera Makan Pun Naik

9 Cara Kurangi Bau Prengus Pada Daging Kambing Nggak Bikin Enek Selera Makan Pun Naik

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 329 hits
Nggak cuma ngilangin bau prengus bahan bahan juara ini juga bikin tekstur daging jadi empuk Siap siap mengolah daging kurban besok nih
2 Cara Membuat Bumbu Sate Kambing Kecap Dan Kacang

2 Cara Membuat Bumbu Sate Kambing Kecap Dan Kacang

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 726 hits
2 Cara membuat bumbu sate kambing kecap dan kacang Bisa juga digunakan untuk olesan sate ayam sebelum dibakar
Gimana Cara Mudah Jago Jualan Buat Pebisnis Reseller

Gimana Cara Mudah Jago Jualan Buat Pebisnis Reseller

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 307 hits
Kali ini kami akan bahas terkait dengan Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai penghasilan t...
Cara Bermain 9 Ball Pool

Cara Bermain 9 Ball Pool

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 679 hits
Untuk kali ini Jamal telah diminta oleh boss untuk menulis mengenai permainan pool iaitu bagi kategori 9 ball pool Jamal bukan pakar dalam permainan indoor games ni tapi memandangkan telah diberi tugas maka Jamal cuba sebaik mungkin untuk m...
Cara Redeem Kode Di Mobile Legends Adventure

Cara Redeem Kode Di Mobile Legends Adventure

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 371 hits
Main Mobile Legends Adventure Ya game besutan Moonton yang hero heronya diadaptasikan dari game sebelumnya Mobile Legends Bang Bang mulai populer dan cukup bagus dalam jenisnya Idle RPG mirip AFK Arena mainnya Normalnya game hp untuk mendap...
7 Cara Pemakaian Krim Untuk Cegah Mata Panda

7 Cara Pemakaian Krim Untuk Cegah Mata Panda

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 226 hits
nbsp Selari dengan pertambahan usia kawasan kulit di sekeliling mata akan semakin sukar untuk mengekalkan keremajaan dan ketegangan kulit Faktor luaran seperti pencemaran serta pendedahan kepada cahaya UV yang mempercepatkan tanda tanda pen...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut