Pembantu Menteri Sabah Bosan Layan Permintaan Ibu Bapa Siswazah



KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Jennifer Lasimbang secara terbuka semalam melahirkan rasa tidak puas hati dengan ‘kerenah’ sesetengah ibu bapa yang mendesaknya mencari kerja kepada siswazah menganggur.
Jennifer atau lebih dikenali dengan panggilan Jen Lasimbang dalam sosial Facebook ‘mengamuk’ semasa meluahkan perasaan bosan dan penat mendapat panggilan telefon, mesej Whatsapp serta emel daripada ibu bapa yang mencari pekerjaan kepada anak-anak mereka yang kini menganggur selepas tamat pengajian.
“Getting sick and tired of getting phone calls; WhatsApp and emails from PARENTS asking me to look for a job for their children – unemployed GRADUATES!,” tulisnya di media sosialnya semalam.
Status itu juga mendapat lebih 400 perkongsian selain daripada beratus-ratus komen.

Jen Lasimbang yang Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah merupakan wakil rakyat PKR yang bertanding atas tiket Warisan pada PRU-14.
Bagaimanapun melalui pengamatan Malaysia Gazette, rata-rata netizen yang datangnya dari Sabah, Sarawak melahirkan rasa marah dan kecewa dengan kenyataan Jen Lasimbang itu.
Ada netizen seolah-olah tidak percaya dengan tindakan drastik Jen Lasimbang meluahkan perasaan seumpama itu walhal itu sebenarnya tanggungjawab olehnya selepas diberikan mandat pada pilihan raya lepas.
Menurut netizen Toffiny Winona Pisol, ‘Nah fed up sudah kah YB kerja demi rakyat Moyog P’pang? Baru lagii berapa bulan jadi wakil rakyat, odoi Menteri Education..merayuu.
Bagaimanapun Jen Lasimbang membalas balik komen itu dengan mengatakan dirinya ada banyak lagi kerja lain serta tanggungjawab perlu dilaksanakan selain daripada ini sahaja.
“You mean you agree I have to look for a job for unemployed graduates as per their parents request? Aduii..banyak lagi tugas saya yang mau bikin, I can and I will do many thing for the people but this definetly not one of them,” tegas Jen Lasimbang.
Seorang lagi netizen, Jordan Juden meminta Jen Lasimbang letak jawatan sahaja jika tidak berminat untuk bertugas sebagai wakil rakyat.
“Resign. Siapa suruh ko tanding kalau awal-awal lagi sudah tahu penat tugas,” ujarnya.
Bagaimanapun, Jen Lasimbang kemudian menjawab kembali dengan mengatakan dirinya tidak akan sesekali meletak jawatan hanya kerana ada segelintir golongan ibu bapa mendesaknya mencari pekerjaan untuk anak-anak mereka.
“Thank you for your challenge, no way I am resigning just because I am pressured by parents asking me to look for their anak yang kononnya sudah graduate. Today im going to move forward and find ways to create that 30,000 job for the 30,000 unemployed graduates in Sabah,” katanya.
Seorang lagi, George Jason berkata, Jen Lasimbang perlu malu kerana mengeluarkan kenyataan seumpama itu namun beliau membalasnya dengan mengatakan yang perlu malu adalah anak-anak yang membiarkan ibu bapa mereka mencari pekerjaan.
Harith Safwan pula melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan itu yang padanya tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat.
“This is not a healthy post YB. I adore you so much from the first day of campaign, good speech. You can do better than this. This is heat of politics which you must face wisely,” katanya.
Jenny R. Sedomon pula berkata, seburuk-buruk wakil rakyat Barisan Nasional, tidak pernah pula mereka mengadu penat dan bosan dengan rakyat begitu terbuka sehingga mengguris perasaan.
Bagaimanapun, ada juga netizen memberikan reaksi positif dengan mengatakan seharusnya para siswazah tidak mengharapkan bantuan kerajaan atau wakil rakyat semata-mata.
Mereka sebaliknya perlu berusaha lebih gigih bagi mendapatkan pekerjaan apatah lagi jika sudah bergelar lepas universiti atau kolej.
Kata Nazib Maidan yang bersetuju dengan kenyataan itu, seharusnya ibu bapa perlu mendidik anak masing-masing dengan mengatakan tanggungjawab itu terletak pada universiti atau kolej itu dalam mendapatkan peluang pekerjaan tersebut.
“Ya YB. Maybe we should educate the parent that university graduate are clever enough to create a job. U know what YB, most of my under educated frirnds are much more successful entrepreneur than those graduates,” tegasnya.
Freedy Disuk pula berkata, ‘budaya meminta tolong orang dalam masih ada lagi,’.
Joehari Mustapha pula berkata, anak-anak muda enggan bekerja keras pada masa kini malah memberi contoh dirinya lepasan universiti luar negara namun menjual ikan di pasar sahaja. –MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/03/pembantu-menteri-sabah-bosan-layan-permintaan-ibu-bapa-siswazah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah

Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 744 hits
Eksesais pengasingan itu dikatakan bermula Januari lepas dengan 4 kelas dikhaskan untuk pelajar bukan Islam sementara 2 kela untuk pelajar Islam KOTA KINABALU Rakyat Sabah marah terhadap keputusan sebuah sekolah menengah di negeri ini menga...
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya

Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 453 hits
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya Rupanya belum habis isu tentang anak perempuan kena bertanggung jawab pada ibu sekali pun tak bekerja kita patut tahu bahagiakan hati orang tua Itulah yang cuba d...
Ibu Bapa Dakwa Guru Tahfiz Cium Bibir Anak Dan Paksa Mereka Urut Badannya

Ibu Bapa Dakwa Guru Tahfiz Cium Bibir Anak Dan Paksa Mereka Urut Badannya

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 700 hits
Sekumpulan ibu bapa mendakwa guru di sebuah sekolah tahfiz telah mendera anak anak mereka Dalam video dua minit yang viral di media sosial menunjukkan pihak ibu bapa berdepan dengan seorang guru di sekolah tersebut Berdasarkan video itu ibu...
Jokowi Resmikan Mrt Jakarta Didampingi Para Menteri Artis Ibu Kota

Jokowi Resmikan Mrt Jakarta Didampingi Para Menteri Artis Ibu Kota

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 274 hits
Sebelumnya di atas panggung sudah menunggu kedatangan Jokowi sejumlah artis ibu kota seperti Nirina Zubir Reza Rahardian dan Andien
Pan Menteri Itu Pembantu Presiden Bukan Pembantu Calon Presiden

Pan Menteri Itu Pembantu Presiden Bukan Pembantu Calon Presiden

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 241 hits
PAN Menteri Itu Pembantu Presiden bukan Pembantu Calon Presiden Drajad memberikan contoh pelibatan menteri dalam kampanye di Australia Dalam kasus itu menteri tidak bisa memisahkan kepentingan politik dan tugasnya
Hukum Ibu Bapa Menggunakan Harta Anak Anak

Hukum Ibu Bapa Menggunakan Harta Anak Anak

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 453 hits
Soalan Apakah hukum ibu bapa yang menggunakan duit simpanan anak anak tetapi menggantikan semula duit tersebut Boleh terangkan sedikit mengenai perkara ini Terima kasih Jawapan Dalam kehidupan harian yang kian mencabar sering kali terjadi p...
Sikap Ibu Bapa Antara Punca Kemorosotan Jumlah Pelajar Stem

Sikap Ibu Bapa Antara Punca Kemorosotan Jumlah Pelajar Stem

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 417 hits
CEO Akademi Sains Malaysia Hazami HabibKUALA LUMPUR Ibu bapa yang memberi isyarat salah mengenai mata pelajaran sains teknologi kejuruteraan dan matematik antara punca merosotnya jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran itu saban tahun ...
Sempena Cuti Sekolah Inilah 15 Lokasi Panas Risiko Lemas Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Sempena Cuti Sekolah Inilah 15 Lokasi Panas Risiko Lemas Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 302 hits
Setiap kali tiba musim cuti sekolah anak anak yang paling teruja Inilah masanya mereka berpeluang rehatkan minda setelah penat belajar Sudah pasti ibu bapa sudah merancang ke mana lokasi untuk membawa anak anak bercuti kan Sama ada ke pusat...
Lima Ayat Ke Ramat Yang Perlu Ibu Bapa Guna Untuk Melentur Emosi Anak Sulung Terhadap Adiknya Rileks Media

Lima Ayat Ke Ramat Yang Perlu Ibu Bapa Guna Untuk Melentur Emosi Anak Sulung Terhadap Adiknya Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 405 hits
Ibu bapa sudah pasti seronok dengan kehadiran cahaya mata yang baru Tapi ia tidak semudah yang disangka jika tidak mendapat respon yang baik dari si kakak abang Kelahiran adik sememangnya akan menggugat kedudukan kakak atau abang Yela kena ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik