Lima Ayat Ke Ramat Yang Perlu Ibu Bapa Guna Untuk Melentur Emosi Anak Sulung Terhadap Adiknya Rileks Media


Ibu bapa sudah pasti seronok dengan kehadiran cahaya mata yang baru. Tapi ia tidak semudah yang disangka jika tidak mendapat respon yang baik dari si kakak/ abang. Kelahiran adik sememangnya akan menggugat kedudukan kakak atau abang. Yela, kena berbahagi perhatian selepas ini.
Perasaan cem buru dan iri hati terhadap adik terutama dari segi perhatian dan persaingan sememangnya ada jika kakak/abang tidak menerima adik dengan hati yang terbuka. Biasanya si kakak/abang ini terasa tersisih sebab masa ibu bapa lebih tertumpu kepada adik yang masih kecil. Masa itulah si kakak/abang ini akan mula mengambil perhatian dengan mengganggu adiknya atau menyakat adiknya.
Berdasarkan perkongsian Sharifah Zaidah, terdapat lima ayat keramat yang mampu membuat si kakak/abang ini tidak terasa adik sebagai persaing, malah berubah menjadi perlindung. Semoga ibu bapa yang bakal menerima cahaya baru dapat maanfat dari perkongsian ini.
Inilah taktik paling cepat dan berkesan yang saya gunakan untuk ‘lenturkan’ ego Kakak.

Maklumlah, anak sulung ni kadang, ada ‘ragam’ dia sendiri bila dia dah dapat adik. Ada 5 ‘ayat kera mat’ yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah ‘pencabar’ baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.
Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.
Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh praktis kepada anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Pereferably, start 3 tahun ke 4 tahun ke atas. Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana ‘egonya’ lentur dan tiba-tiba, dari jadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah jadi ‘PELINDUNG’ adik-adik.
1. SITUASI BEREBUT BARANG
Selalu kan, anak-anak ni berebut barang? Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi.
Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati, cembu ru dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang.
Guna ayat keramat, “Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang..” Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang obviously takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya ‘bercakap’ dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu.
Selalunya, lepas suruh adik ‘minta izin’ untuk guna sesuatu barang, automatically Kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.
Tak perlu berceramah pada Kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENING GALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-kakak untuk jangka panjang
Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini. Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama de rita dan air mata lagi. InshaALLAH.
2. SITUASI BERGA DUH, SI ADIK MENJERIT
Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERAN CAM dengar adik jerit.
Ya lah, selalu bila adik jerit mesti ibubapa serbu dan terus salahkan anak sulung, kan?
So, jeritan adik sangat memberi ‘anca man’ yang build ‘tense’ dalam diri Kakak. Tense ni lama-lama akan buat Kakak ben ci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena. Maka, kakak dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak yang lebih selesa ‘menjauhkan’ diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?
Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang kacau.
Jadi, guna ayat keramat “Adik, cakap baik-baik dengan Kakak..” Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, “Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik..” Adik yang menjerit menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak yang dengar ayat keramat tu pun, automatically akan mula ‘lembut’ dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?
“Anak faham ke reverse phsychology macam ni…?”
Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.
3. SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK
Ni antara ayat yang paling selalu saya guna.
Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi Kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA.. “Adik, Adik dengar cakap Kakak ya..” Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si Kakak.
Contohnya, “Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya..”
Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam ba haya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.
Automatically, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.
4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/SEDIH HATI
Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan ‘bawa diri’. Simple, sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya. Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.
Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. “Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH..” atau
“Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya..”
By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.
Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.
5. SITUASI BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBU RU
Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk ‘move on’ dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya. Kadang-kadang, time kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.
Anak sulung kita dah pandai ‘kecil hati’ dan pandai ‘buat judgment’ samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.
Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, simply JELASKAN dengan simple keperluan adik dan minta adik ‘minta maaf.’
“Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sekejap, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?” Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan Kakak. Sambil beritahu kepada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.
Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, “Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar..”
Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa ‘hak’ dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam ‘hak’ dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.
KESIMPULAN
Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila? Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku ‘perebutan’ meraih cinta dan perhatian ibubapa.
Tapi yang penting, kita ni parents WAJIB attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu. JANGAN ya.
HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah attend adik dan janji nak attend kakak pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA ‘BISANYA.’ Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.
Sebab apa tak lut? Sebab anak dah hilang percaya. Ada banyak sebab kenapa kata-kata kita dah kurang lut dengan anak-anak, inshaALLAH lain kali saya cerita.
Cuma basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT yang boleh kita gunakan untuk LENTURKAN ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH DAN TOLERABLE dengan adiknya.
Ada banyak lagi ayat keramat lainnya, antara yang famous adalah, “Adik sayang Kakak, adik rindu kakak, Ibu sayang kakak” dan sebagainya. Tapi sebab ayat ni dah ramai orang tahu, saya tulis ayat yang jarang disebut seperti 5 contoh di atas tu. Ada masa, kita sambung lagi. 
Kalau anda rasa bermanfaat, boleh dikongsi dengan yang lain. Kita mungkin tak ada masa menulis begini, tapi kita BOLEH DAPAT PAHALA YANG SAMA DENGAN PENULIS, andai bantu sebarkan kebaikan ini kepada orang lain. Mudah nak kumpul pahala sebenarnya!
Source link
The post Lima Ayat ‘Ke ramat’ Yang Perlu Ibu Bapa Guna Untuk Melentur Emosi Anak Sulung Terhadap Adiknya – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/lima-ayat-ke-ramat-yang-perlu-ibu-bapa-guna-untuk-melentur-emosi-anak-sulung-terhadap-adiknya-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Doa Mustajab Untuk Anak Anak Ibu Bapa Boleh Amal Rileks Media

Senarai Doa Mustajab Untuk Anak Anak Ibu Bapa Boleh Amal Rileks Media

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 647 hits
Apa pentingnya ibu bapa bacakan doa untuk anak Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak anak dengan harapan anak anak dapat membesar dengan segala kecukupan Perlu diingat bahawa selain usaha kita satu lagi faktor penentu keja...
Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak

Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 601 hits
Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi Ish tapi takkan marah sikit pun tak boleh Apa tips komunikasi...
Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri Rileks Media

Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 436 hits
Skrg aku nak cerita kisah aku sikit Lps brkwn dgn bf aku setahun dia ajak kahwin Prkara prtama yg aku tanya adalah nak duduk mana lps kahwin Aku tak ada nak brsweet2 plan anak berapa org nama anak apa yada yada yada dok cerita2 berangan bua...
Anak Meninggal Dalam Kandungan Ibu Bapa Masuk Syurga

Anak Meninggal Dalam Kandungan Ibu Bapa Masuk Syurga

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 603 hits
Soalan Adakah benar perkataan setengah orang dimana anak yang mati semasa kecil bolih memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga Adakah terdapat hadithnya sebagai sandaran dalil Jawab Ya memamng benar perkataan tersebut Anak yang mati semasa ke...
Inilah Ayat Pelaris Dalam Perniagaan Mengikut Cara Islam Rileks Media

Inilah Ayat Pelaris Dalam Perniagaan Mengikut Cara Islam Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 442 hits
Berniaga merupakan jenis usaha yang paling banyak diceburi oleh masyarakat Malaysia hampir majoriti umat muslim di Malaysia sebahagian besar memilih profesional sebagai peniaga Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menganjurkan kita sebagai umat...
Kenapa Perlu Amalkan Membaca 10 Ayat Terakhir Surah Ali Imran Subhanallah Rileks Media

Kenapa Perlu Amalkan Membaca 10 Ayat Terakhir Surah Ali Imran Subhanallah Rileks Media

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 416 hits
Rasulullah S A W sentiasa mengamal dan membaca 10 ayat terakhir daripada surah Ali Imran selepas bangun daripada tidurnya Maka setiap muslim digalakkan untuk menteladani dan mengamalkan apa yang telah Baginda S A W contohkan terutama ketika...
Surah Taha Ayat 1 5 Amalan Terbaik Melembutkan Hati Keras Dan Pendinding Diri Rileks Media

Surah Taha Ayat 1 5 Amalan Terbaik Melembutkan Hati Keras Dan Pendinding Diri Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 819 hits
Surah Taha adalah surah yang ke 20 juzuk 16 Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT Boleh diamalkan sebagai ayat pendindi...
Jika Barang Hi Lang Atau Tersalah Letak Bacalah Ayat Ini Rileks Media

Jika Barang Hi Lang Atau Tersalah Letak Bacalah Ayat Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 354 hits
Kehila ngan barang berharga tentu membuat gusar Entah hilang kerana lupa atau mungkin hilang kerana dicu ri Mungkin barang itu adalah sesuatu yang sangat berharga seperti perhiasan emas berlian kereta motor atau wang Segala cara dan usaha p...
14 Kelebihan Apabila Mengamalkan Baca Ayat Kursi Ramai Yang Tidak Buat Dan Tidak Amalkan Rileks Media

14 Kelebihan Apabila Mengamalkan Baca Ayat Kursi Ramai Yang Tidak Buat Dan Tidak Amalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 520 hits
Ayat 255 dari Surah Al Baqarah yang lebih dikenali sebagai Ayat Al Kursi ini juga digelar Penghulu Segala Ayat Al Quran Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW dengan diiringi oleh beribu ribu malaikat karena kebesaran dan kemu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah