Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang Jangan Beri Kroni



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta bersikap lebih rasional dan menolak cadangan pengambialihan pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) yang dikemukakan oleh Tan Sri Desmond Lim Siew Choon dan WCT Holdings Berhad (WCT).
Menurut Jurucakap Parlimen KEADILAN untuk Pengangkutan, Syed Ibrahim Syed Noh, hal itu dikira bersesuaian dengan saranan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang menguruskan LTSAAS dan Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Berhad yang menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap pengambilalihan berkenaan.
Katanya lagi, Kesatuan Sekerja MAHB (KESMA) juga mendesak kerajaan PN agar menolak cadangan itu dan jika diteruskan mereka akan melaksanakan protes secara aman.
“Sebagai Jurucakap Parlimen KEADILAN untuk Pengangkutan, saya amat bimbang dengan perkembangan ini. Meskipun terdapat bantahan jelas daripada pemegang taruh utama, mengapakah kerajaan PN masih menimbangkan cadangan WCT?
“Terdapat banyak lagi persoalan yang perlu dijawab. Apakah ciri-ciri penting terma kepada cadangan pengambilalihan dan mengapakah tiada proses tender terbuka? Kerajaan juga perlu bersikap telus berkenaan skop dan terma cadangan konsesi. Apa akan berlaku kepada status undang-undang MAHB dan kepentingan di LTSAAS?
“Mengambil maklum MAHB bukan sahaja disenaraikan di Bursa Malaysia tetapi juga sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan di mana 60 peratus sahamnya dimiliki secara kolektif oleh Khazanah, KWSP, Permodalan Nasional dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan maka agak aneh apabila Menteri melayan cadangan oleh Desmond Lim dan tidak berpihak kepada MAHB. Apakah Desmond Lim mempunyai kuasa pengaruh yang istimewa ke atas Menteri?” tanya beliau dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Ledang itu, konsep penganuegrahan projek secara kabur sebagaimana amalan pemerintahan BN sepatutnya tidak berulang lagi menaikkan suhu kemarahan rakyat.
Katanya, setiap pelan pembangunan harus memilikki ketelusan dan menjelaskan apakah keuntungannya kepada kerajaan serta rakyat secera keseluruhannya.
“Lebih penting, Menteri wajib menjawab pada peringkat dasar bagaimanakah cadangan pengambil alihan ini membawa manfaat kepada Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (NASP) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030?
“Oleh itu, saya menggesa kerajaan menolak cadangan tersebut dan sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengawal pandemik Covid 19. Penggantungan Parlimen tidak sewajarnya digunakan untuk mengambil kesempatan mengejar tawaran urusniaga yang kabur dan kontroversi,” kata Syed Ibrahim lagi.
Tegas Pengerusi KEADILAN Johor itu, memandangkan sidang Parlimen masih digantung dan pembukaan “segera”nya masih tidak menentu meskipun telah ada ingatan yang jelas daripadaYang di-Pertuan Agong maka beliau mencabar Menteri Pengangkutan dan Kerajaan PN untuk tampil memberi respons secara telus dan segera terhadap persoalan yang ditimbulkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32398

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ridwan Sanggah Minda Lapok Hadi Minda Apa Macam Gini Kah Kah Minda Minda Jangan Ingat Dunia

Ridwan Sanggah Minda Lapok Hadi Minda Apa Macam Gini Kah Kah Minda Minda Jangan Ingat Dunia

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 194 hits
June 20 2021 1 Saya membaca tulisan Us Hadi pagi ini dan nampaknya ia tidak lebih dari usaha Us Hadi untuk memanjangkan pajakan otak para pengikut supaya terus wala dan memberikan kepercayaan kepada beliau dan pimpinan Pas dalam hal sepak t...
Tajuddin Pesan Pada Muhyiddin Jangan Takut

Tajuddin Pesan Pada Muhyiddin Jangan Takut

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 423 hits
NORMAWATI ADNANPASIR SALAK Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu takut dengan kemungkinan undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya Parlimen dibenarkan bersidang Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ...
Jangan Maiu Pergi Kerja Naik Motor Bergayalah Ikut Kemampuan Hutang Kereta Ni Dahsyat Dik Kalau Nak Tau

Jangan Maiu Pergi Kerja Naik Motor Bergayalah Ikut Kemampuan Hutang Kereta Ni Dahsyat Dik Kalau Nak Tau

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 223 hits
nbsp Dewasa ini selalu kita lihat anak muda yang baru mendapat pekerjaan menjadikan kereta sebagai target utama mereka Baru mula kerja tetapi sudah berangan angan untuk memiliki sebuah kereta yang mewah dan berjenama Di dalam tidak sedar se...
Awani Borneo 20 06 2021 Satu Dos Mudah Disimpan Jangan Risikokan Anak Murid

Awani Borneo 20 06 2021 Satu Dos Mudah Disimpan Jangan Risikokan Anak Murid

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 245 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini Kelulusan dua vaksin baharu bakal percepatkan vaksinasi di pedalaman Warga pendidik diminta jangan tol
Jika Nak Jadi Musuh Agama Pecat Menteri Pas Dari Kerajaaan Atau Jangan Bekerjasma Dengan Mereka

Jika Nak Jadi Musuh Agama Pecat Menteri Pas Dari Kerajaaan Atau Jangan Bekerjasma Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 247 hits
Mula mula Umno musuh agama Lepas makan duit Umno 90 juta Amanah dan PKR pula musuh agama Sekarang Bersatu bukan musuh agama Kalau Bersatu nak rasa jadi musuh agama cuba buang orang parti dia yang jadi menteri Jam 12 buang 12 05 terus jadi m...
Sinopsis Jangan Ganggu Jodohku Sinopsis Filem Sabda Kekasih

Sinopsis Jangan Ganggu Jodohku Sinopsis Filem Sabda Kekasih

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 1282 hits
SINOPSIS DRAMA JANGAN GANGGU JODOHKUEPISOD 24TARIKH TAYANGAN 2021WAKTU SIARAN Isnin Khamis 10 00 malam SIARAN TV Slot MegaDrama Astro RiaKisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahw...
Gubernur Kalbar Minta Satgas Covid 19 Tegas Tegakkan Prokes Jangan Takut Dicemooh

Gubernur Kalbar Minta Satgas Covid 19 Tegas Tegakkan Prokes Jangan Takut Dicemooh

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 194 hits
Untuk itu ia meminta para kepala desa agar tidak ragu menggunakan dana desa dalam penanganan COVID 19
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl