Pembangkang Buat Pakatan



62 Tahun, Barisan Nasional Sebenarnya Yang Berpakat, Bukannya Pakatan Pembangkang

Baca ni...

Pada tahun 1952, UMNO yang pada ketika itu baru berusia 8 tahun penubuhannya telah membentuk satu gabungan perikatan bersama-sama Persatuan Cina Malaya (MCA) untuk hadapi Pilihan Raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

UMNO pada waktu itu diterajui oleh Tunku Abdul Rahman bersama-sama Tun Tan Cheng Lock dari MCA menghadapi pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur,  sebelum Pilihan Raya Umum pertama diadakan. Hasilnya, Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.

Setelah berjaya mengasilkan kejayaan yang menakjubkan, Kongres India Se-Malaysia (MIC) akhirnya tertarik untuk menyertai Parti Perikatan. Pada 27 Julai 1955, sewaktu Pilihan Raya Umum pertama, UMNO, MCA dan MIC berjaya memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Barisan Nasional pula ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1973 oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussien. Secara amnya, penubuhan Barisan Nasional ini adalah pengganti kepada Parti Perikatan dengan keanggotaan Barisan Nasional ini berkembang dengan meliputi parti-parti yang ada di Sabah dan Sarawak.

Inilah sejarah kemunculan Parti Perikatan yang menjadi teras kepada kejayaan gabungan 14 buah parti di dalam Barisan Nasional hari ini. Sudah 62 tahun termasuk sejak Perikatan lagi.

Sejarah ini terlalu panjang untuk dirungkai, namun apa yang pasti, selama 62 tahun, gabungan teras antara UMNO, MCA dan MIC dengan disertai oleh 11 buah parti yang lain, kekal menerajui kerajaan sehingga kini.

Pada usia 62 tahun, gabungan parti-parti politik ini kekal mengamalkan toleransi tahap tertinggi. Soal siapa hendak menjadi Perdana Menteri, soal logo, soal perlembagaan parti, soal agihan kerusi semasa PRU dan soal agihan jawatan kabinet dicapai persetujuannya secara konsensus dalam BN.

Pembangkang yang menggunakan perkataan "pakatan" yang sebenarnya tidak berpakat. Pembangkang sudah mencuba beberapa gabungan dan mahu meniru cara pakatan seperti BN, tetapi akhirnya mereka gagal mencapai kata sepakat.

Pembangkang cuba bergabung buat pertama kali pada era 1990-an apabila DAP, PAS dan Semangat 46 membentuk Barisan Rakyat namun menemui kehancuran pada pertengahan 1999.

Reformasi muncul. Keadilan berganding bersama PAS. Manakala DAP pula mengheret Parti Rakyat Malaysia (PRM) atas satu nama baru iaitu Barisan Alternatif (BA). Barisan ini pun tidak tahan lama, DAP keluar dari BA kerana tidak puashati dengan PAS pada 2001.

Gabungan BA ini yang diterajui PKR dan ikatan longgar dengan PAS dan DAP mampu bertahan selama 9 tahun sahaja sebelum dibubarkan pada tahun 2008.

Pada 2008 pula, DAP, PAS dan PKR membentuk satu gabungan baru yang diberi nama Pakatan Rakyat. Sudah tiga nama bertukar, dari Barisan Rakyat ke Barisan Alternatif dan kemudian jadi Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat pun menemui kehancuran pada 2015. Muncul pula buat kali keempat nama Pakatan Harapan dengan DAP menjadi ketua bersama PKR, PAN dan PPBM.

Sudah pasti nama Pakatan Harapan ini tidak akan kekal lama jika mereka menawan Putrajaya. Akan berlakulah pergolakan merebut jawatan PM, jawatan menteri dan agihan harta negara yang mereka anggap hendak bankrap dan muflis ini.

Entah apa nama pakatan yang mereka hendak beri nanti. Nama apa pun, ketuanya tetap sama iaitu DAP. Amalan kuku besi, kronisme dan dasar yang chauvinis sudah pasti dilaksanakan oleh parti yang berteraskan DAP ini.

UMNO sejak 71 tahun dulu sudah ada 7 orang Presiden. MCA sejak 68 tahun dulu, sudah ada 10 orang Presiden. MIC sejak 71 tahun, ada 9 orang Presiden. Gerakan sejak 49 tahun sudah ada 5 orang Presiden. PAS sejak 62 tahun dulu, dah ada 7 orang Presiden.

Hanya DAP yang ada satu nama sejak 51 tahun dulu iaitu Kit Siang. Ini parti yang demokratik? Parti yang demokratik dan berpakat adalah parti parti dalam Barisan Nasional.

BN kekal berbakti dan berbudi kepada rakyat selama 62 tahun dulu sejak Perikatan lagi. Pakatan pembangkang hanya berpakat pakat sahaja hendak rebut kuasa sahaja.

Lepas dapat kuasa, habis binasa dibuat mereka. Lebih baik jangan perjudikan nasib negara kita pada mereka yang "berpakat pakat" secara tidak ikhlas ini. Tetaplah hati bersama BN.

#Beruang Biru



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://maelpengerang.blogspot.com/2017/05/pembangkang-buat-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
62 Tahun Barisan Nasional Sebenarnya Yang Berpakat Bukannya Pakatan Pembangkang

62 Tahun Barisan Nasional Sebenarnya Yang Berpakat Bukannya Pakatan Pembangkang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 161 hits
Pada tahun 1952 UMNO yang pada ketika itu baru berusia 8 tahun penubuhannya telah membentuk satu gabungan perikatan bersama sama Persatuan Cina Malaya untuk hadapi Pilihan Raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur UMNO pada waktu itu diterajui ole...
Iltizam Calon Termuda Pakatan Harapan

Iltizam Calon Termuda Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 278 hits
Iltizam Calon Termuda Pakatan Harapan MELAKA Usaha meningkatkan capaian internet di seluruh Melaka menjadi antara perkara yang akan diketengahkan calon Pakatan Harapan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai Farzana Hayani Nasir Ketua Sr...
Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno

Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 374 hits
Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno Tidak mudah untuk Pakatan Harapan menerima kemasukan dua bekas Adun Umno menyertai gabungan berkenaan namun menganggap ia sebagai langkah yang perlu diambil Pengerusi PH Melaka Adly Zaha...
Prn Melaka Maznah Calon Terbaik Pakatan Harapan Di Dun Ayer Limau

Prn Melaka Maznah Calon Terbaik Pakatan Harapan Di Dun Ayer Limau

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 355 hits
November 8 2021 Puan Mazenah Baharuddin hanya Ketua Awan kawasan Masjid Tanah Melaka sahaja tetapi dalam pilihan raya negeri Melaka ini beliau telah dipilih sebagai satu satunya calon wanita AMANAH Beliau diberikan tanggungjawab untuk menja...
Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 320 hits
MELAKA Pakatan Harapan mengumumkan 32 inisiatif sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri Melaka selain mengumumkan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan Manife...
Isteri Banduan Liwat Kalah Saman Fitnah Rm2 Juta

Isteri Banduan Liwat Kalah Saman Fitnah Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 495 hits
Setelah tujuh tahun menanti akhirnya kebenaran memihak kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang sebelum ini teruk difitnah Pembangkang dengan pelbagai isu karut marut Pada semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden PK...
Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 184 hits
Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan HarapanOleh yieMEGASISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai peker...
Malaysia Di Era Penjajahan Pakatan Harapan

Malaysia Di Era Penjajahan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 188 hits
MALAYSIA DI ERA PENJAJAHAN PAKATAN HARAPANOleh yieMEGAHARI ini merupakan masuk hari kelima penjajah Pakatan Harapan telah berjaya menjajah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum yang berlanngsung pada 9 Mei 2018 yang lalu menyaksikan Pakatan H...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations