Pemanis Mulut Mudah Dan Cepat Disediakan


Kebiasaannya, di acara makan-makan sama ada di rumah mahu pun di tempat kerja, juadah yang disediakan pastinya lengkap, bermula dengan juadah pembuka selera, juadah utama sehinggalah hidangan pencuci mulut. Bahkan, menikmati hidangan manis selepas selesai menjamu selera dengan pelbagai juadah lazat, tentunya dapat membuatkan hati anda rasa puas dan gembira. Mungkin hidangan pencuci mulut ini boleh anda cuba sendiri di rumah atau dihidangkan di saat tetamu bertandang ke rumah.
 
POPIA PISANG MENTEGA KACANG  
BAHAN-BAHAN:
9 keping kulit popia segera
5 sudu makan mentega kacang
3 biji pisang berangan
Gula perang secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Potong sebiji pisang kepada dua bahagian memanjang dan potongkan lagi menjadi dua bahagian untuk mendapatkan 4 saiz yang sama panjang.
Salut setiap kepingan pisang dengan gula perang. Ketepikan.
Ambil sekeping kulit popia. Sapukan ½ sudu makan mentega kacang di atas kulit popia dan letakkan pisang yang disalut gula tadi di atasnya kemudian gulung dengan kemas.
Sapukan sedikit air pada hujung kulit popia untuk memastikan ia melekat dan tidak terbuka apabila digoreng. Ulangi langkah hingga selesai.
Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Sejukkan sedikit dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 9 biji
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis pisang serasi dengan lemak mentega kacang
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Goreng
Info chef: Untuk rasa yang lebih menarik, letak madu sedikit di dalam gulungan popia ataupun di atas popia selepas digoreng.

CREPE INTI KELAPA MANIS MARSHMALLOW
BAHAN UNTUK KULIT CREPE:
120gm tepung gandum
440ml susu segar
3 biji telur
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
125gm kelapa parut
100gm gula perang
80ml air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit crepe; Pukul rata telur dan susu segar dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Ketepikan.
Sapukan sedikit minyak di atas kuali leper tak melekat. Gunakan api kecil untuk mendapatkan suhu sederhana panas.
Tuang lebih kurang 2-3 sudu makan adunan tadi dan ratakan. Apabila permukaan atas kelihatan sedikit kering dan masak. Angkat.
Pastikan bekas untuk meletakkan crepe bertutup bagi mengelakkan kulit crepe kering sebelum proses menggulung.
Untuk membuat inti kelapa; Panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan berbuih.
Kemudian masukkan kelapa parut dan gaul sekata hingga air kering dan kelapa lembap.
Angkat dan sejukkan sebelum diletak di atas crepe.
Ambil sekeping crepe, letakkan sedikit inti kelapa di tengahnya diikuti marshmallow. Lipat bahagian tepi kiri dan kanan crepe dan terus gulung. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 10-15 biji
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis inti kelapa dan kekenyalan marshmallow
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Goreng dan reneh
Info chef: Untuk memekatkan inti kelapa, boleh menambah satu sudu tepung gandum dicampurkan dengan sedikit air ke dalam inti semasa proses memasak dan gaul sebati. Gula perang boleh digantikan dengan gula merah atau gula Melaka untuk rasa yang lebih menarik.

 TAT TELUR SERI KAYA LEMON 
BAHAN UNTUK KULIT TAT:
70gm gula aising
200gm tepung gandum serba guna / red rose
125gm mentega
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur saiz C
 
BAHAN UNTUK INTI TELUR:
70gm gula kastor
100gm air
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
100gm Susu segar
BAHAN UNTUK SERI KAYA LEMON:
3 biji kuning telur
1 biji telur
150gm Gula kastor
100ml Jus lemon
Parutan kulit lemon dari dua biji lemon
40gm mentega
CARA MEMASAK:
Gaul sebati gula aising, dan tepung.
Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan serbuk roti.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati hingga menjadi doh.
Sekiranya doh terlalu lembut taburkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada saiz lebih kurang 20gm setiap satu, bentukkan kulit tat pada acuan. Ketepikan.
Untuk membuat inti telur; Panaskan air dan gula hingga mendidih. Kemudian alihkan dan biarkan sejuk.
Masukkan telur dan susu segar. Gaul sebati.
Tuang bancuhan inti telur ke dalam kulit tat dan bakar di dalam oven dengan suhu 200 ˚C selama 15 hingga 20 minit hingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat seri kaya lemon; Satukan telur dan kuning telur gaul sebati.
Masukkan gula kastor, jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam adunan telur. Gaul sebati hingga adunan seakan berkrim.
Letakkan di atas dapur dengan api yang kecil dan gaul hingga adunan memekat. Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati.
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Tuang atau picitkan seri kaya lemon ke atas tat telur.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 12-18 tat saiz besar
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak telur dan masam lemon
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Reneh, bakar
Info chef: Anda boleh membuatnya seminggu lebih awal sebelum hendak dimakan untuk sesuatu acara.

 
PUFF KRIM KASTARD
BAHAN UNTUK PUFF:
160gm tepung gandum / red rose
3 biji telur saiz C
32 ml Air
100gm Mentega
BAHAN UNTUK KRIM KASTARD:
270 ml Susu segar
50gm gula kastor
50gm air
25gm mentega
40gm tepung kastard
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan mentega hingga mendidih.
Setelah itu tuangkan campuran tersebut ke dalam tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Biarkan suam dan masukkan telur. Gaul hingga menjadi doh yang lembut, licin dan sebati.
Masukkan ke dalam beg piping menggunakan nozzle 1M dan picit ke atas loyang dan dapatkan saiz yang sama.
Bakar dengan suhu 200˚c selama  20-25 minit hingga puff berwarna keperang-perangan.
Keluarkan dan biarkan sejuk. Ketepikan.
Untuk membuat krim kastard; Satukan semua bahan dan masakkan di atas api sederhana hingga adunan likat sedikit.
Alihkan daripada api. Dan gaul terus hingga adunan suam. Biarkan sejuk.
Setelah krim sejuk, barulah picit krim kastard ke dalam kulit puff dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 5-7 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak kastard
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar dan reneh
Info chef: Semasa memasak krim kastard pastikan ianya tidak terlalu pekat kerana apabila sejuk ia akan menjadi keras dan tidak boleh dipicit ke dalam puff. Gunakan aiskrim sebagai inti puff juga menghasilkan puff yang  enak.

 
BREAD CRUMB CHEESE LAYER
BAHAN-BAHAN:
250gm – 300gm serbuk roti
200ml susu segar
50ml air gula (kurangkan jika tidak suka terlalu manis)
250gm krim keju
250gm gula aising (kurangkan jika tidak suka terlalu manis)
CARA MEMASAK:
Biarkan krim keju pada suhu bilik. Pukul krim keju dan gula aising hingga kembang. Sejukkan di dalam peti sejuk. Ketepikan.
Dalam bekas yang berasingan, satukan dan masak air gula dan susu segar hingga suam.
Pilih bekas yang bersesuaian mengikut saiz yang dikehendaki. Taburkan lebih kurang dua sudu serbuk roti ke dalam bekas. Tuangkan sedikit air susu dan gula yang suam tadi perlahan-lahan  hingga cukup untuk menjadikan serbuk roti kembang sedikit. Kemudian picitkan krim keju yang telah disejukkan tadi di atasnya. Tabur semula serbuk roti dan lapiskan lagi dengan krim keju. Ulang langkah jika menggunakan bekas yang tinggi dan hendak mendapatkan lebih banyak lapisan.
Sejukkan di dalam peti ais 1-2 jam dan hidangkan sejuk.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 2 jam 30 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak keju dan susu yang serasi
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak :  Reneh
Info chef: :  Untuk mendapatkan serbuk roti yang sedap. Guna roti putih segar dan bakar pada suhu 100˚ c hingga betul –betul kering dan keras. Kemudian hancurkan menjadi serbuk. Tambahkan cip coklat untuk sedikit kelainan.

 Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam 
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/pemanis-mulut-mudah-dan-cepat-disediakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat

Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 578 hits
Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat Selepas mandi cuba lihat diri sendiri di depan cermin Suka atau tidak Lebih lebih lagi jika perut buncit selepas bersalin tentu hilang keyakinan diri bila lihat diri...
Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak Cepat Dan Mudah Wajib Tahu

Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak Cepat Dan Mudah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 1084 hits
Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak Mudah Cepat dan Ringkas Aku orang Sarawak Apa kata jika aku berkongsi ilmu mengenai bahasa Sarawak ini Apa yang aku nak cakapkan ialah bahasa Sarawak ini mudah untuk dibelajari Mungkin mengambil masa 1 bula...
Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 505 hits
Sebenarnya kita memang di beri pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B Kerana ketahuilah hidup ini tidak selalunya indah langit tidak selalu cerah Itu semua kita tidak bo...
Ini 4 Jenis Kuih Muih Berinti Manis Idea Kudapan Minum Petang Mudah Disediakan

Ini 4 Jenis Kuih Muih Berinti Manis Idea Kudapan Minum Petang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 1625 hits
Teringinkan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari Ini RASA bawakan empat jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan bahannya dan paling penting rasa tidak perna...
4 Petua Mudah Dan Jimat Untuk Hilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat

4 Petua Mudah Dan Jimat Untuk Hilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 407 hits
Individu yang mengalami masalah angin dalam badan pasti akan merasa tidak selesa terutamanya pada bahagian perut Perut terasa kembung kerana ketika mengalaminya angin dalam badan tidak dapar dikeluarkan melalui sendawa atau kentut Ia adalah...
Tips Merawat Burung Kenari Di Musim Hujan Agar Tidak Mudah Sakit

Tips Merawat Burung Kenari Di Musim Hujan Agar Tidak Mudah Sakit

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 334 hits
Sekarang ini merupakan musim hujan dan hampir setiap hari terjadi hujan Apabila kondisi seperti ini berjalan dalam jangka waktu yang lama tentu akan menjadikan suhu udara menjadi lebih dingin dan suasana lingkungan sekitar yang lembab Ditam...
4 Langkah Mudah Mengelakkan Makhluk Perosak Masuk Ke Kediaman Anda

4 Langkah Mudah Mengelakkan Makhluk Perosak Masuk Ke Kediaman Anda

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 568 hits
Tidak semua tetamu kita boleh jemput masuk ke dalam rumah kita Ada juga tetamu yang tidak diundang lebih lebih lagi haiwan perosak Memang kalau sebolehnya tak nak langsung ada seekor semut pun di dalam rumah Jadi sebelum mereka membuat onar...
Panduan Solat Tasbih Mudah Dan Ringkas

Panduan Solat Tasbih Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 767 hits
Maksud Solat Tasbih Solat ini dinamakan solat sunat tasbih atau tasabih kerana di dalamnya mengandungi 300 tasbih Kelebihan Tasbih Banyak kelebihan bertasbih memuji Allah SWT Antaranya Sabda Rasulullah SAW Dua kalimah yang mudah diucapkan o...
Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 1039 hits
As Salam Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap Alhamdulillah Cuti sekolah ni selain happy sebab tak payah rush bangun pagi pagi saya dapat buat aktiviti yang saya sukai iaitu masak memasak atau buat kek Yay Yup dulu ti...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint