Pemanggang Bbq Terpaling Murah Aku Beli Dekat Sini
Bulan puasa ini semua benda teringin kan! Nak makan itu, nak makan ini tapi bila dah beli makannya tidak. Kalau makan pun tak banyak sebab dah kenyang. Aku ini pulak penggemar ayam. Tak kisahlah ayam goreng ke ayam gulai ke ayam kurma ke asalkan ayam aku suka. Bulan puasa ini yang paling banyak dekat bazar ramadhan adalah ayam bakar, ayam panggang dan ayam golek.
Kadang kadang kalau beli dekat bazar ini boleh buat kita hangin!
Pernah tak korang beli makanan dekat bazar lepas tuh bila nak makan time berbuka puasa tuh dah basi, kalau tak basi pun menyesal beli sebab tak sedap! Geram kan? Dahlah sekarang ini harga makanan dekat bazar bukannya murah.
Jadi, disebabkan itu aku beli pemanggang BBQ dekat shopee dan bakar sendiri ayam dekat rumah. Kalau buat sendiri memang lebih jimat dan obviously akan lebih sedap. If let say tak sedap pun tak apa sebab buat sendiri kan. Hahaha
Why aku excited sangat nak share pasal Pemanggang BBQ ini? Obviously sebab aku berjaya dapatkan dengan harga yang sangat sangat murah. At first, aku rasa harga dia okay okay jer tapi once aku nampak pemanggang yang sama dijual dekat kedai dengan harga yang lebih mahal tiba tiba aku rasa bangga dengan diri sendiri sebab macam bijak berbelanja haha
Persoalannya, aku beli dekat mana
Aku beli dekat Shopee jer! Korang just type pemanggang BBQ confirm akan keluar nanti yang macam ini. Harga dekat sana lebih kurang RM15-RM18 buat masa sekarang.
Dia ada dua saiz, ada yang kecil dan juga yang besar sikit. Aku punya ini yang kecil jer. Bolehlah guna kalau nak buat bakar bakar untuk dua tiga orang makan tuh. Lagi pun dekat rumah ini aku tinggal dengan mak aku jer. So, saiz yang mini jer dah cukup.
As i mentioned harga dalam RM15-RM18 kan untuk saiz kecil ini, kalau dekat kedai yang aku tengok tuh harga dia RM19.90 tapi yang syoknya selepas menggunakan voucher voucher yang tersimpan dalam shopee tuh aku berjaya beli dengan harga RM6 lebih jer guys.
Sepanjang bulan puasa ini dah berapa kali guna dah pemanggang BBQ ini! Setiap kali guna mesti ada orang tegur sebab pemanggang ini cute sangat saiz dia pastuh senang nak bawa pergi mana mana. Aku siap belikan untuk jiran sekali tapi harga dah mahal sikit la tapi still murah dari kedai yang aku tengok tuh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2025/03/pemanggang-bbq-terpaling-murah-aku-beli.html