Usah Normalisasi Budaya Beli Dulu Bayar Kemudian Di Kalangan Anak Muda
Kebanyakan golongan muda mudah terjebak dalam perangkap ini kerana mereka berasa mereka mampu membayar dengan ansuran bulanan yang rendah.
PENDAPAT, 11 Mar – Amalan “beli dulu bayar kemudian” atau “buy now pay later” (BNPL) yang semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia kini mencatatkan angka yang mengejutkan, mencecah RM7.1 bilion.
Kebanyakan pengguna yang terlibat dalam sistem ini adalah golongan muda yang lebih cenderung untuk membeli barangan atau perkhidmatan tanpa memikirkan kesan kewangan dalam jangka masa panjang termasuk status penarafan kredit mereka
Walaupun amalan ini memberikan kemudahan serta merta untuk memperoleh barangan impian, ia membawa risiko kewangan yang besar, terutamanya apabila pembeli tidak dapat menguruskan pembayaran mereka pada waktu yang ditetapkan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata setakat Disember 2024, sebanyak 5.1 juta pengguna BNPL yang aktif, majoritinya golongan berusia 21-45 tahun dengan pendapatan kurang RM5,000 sebulan manakala 12 syarikat menawarkan perkhidmatan itu pada masa ini.
Golongan muda kini terdedah kepada gejalam ‘beli dulu bayar kemudian’ ekoran pemgaruh rakan serta gaya hidup yang tidak setimpal dengan pendapatan.Beliau berkata, kadar penggunaan BNPL di Malaysia yang kian meningkat juga menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keberhutangan isi rumah, biarpun peningkatan transaksinya masih terkawal.
“Setakat Disember 2024, pinjaman BNPL berjumlah RM2.8 bilion yang hanya merangkumi 0.2 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah di negara ini.
“Kadar jumlah BNPL yang tertunggak juga terkawal pada RM82.6 juta iaitu 2.9 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai kredit BNPL,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada 11 Mac 2025.
Kebanyakan golongan muda mudah terjebak dalam perangkap ini kerana mereka berasa mereka mampu membayar dengan ansuran bulanan yang rendah tanpa mengambil kira jumlah keseluruhan yang perlu dilunaskan dengan komitmen kewangan sepanjang tempoh 24 atau 36 bulan.
Kementerian Kewangan (MOF) kini dalam proses akhir memuktamadkan RUU Kredit Pengguna bagi mengawal selia trend BNPL.Jika tidak diuruskan dengan bijak, ini boleh menyebabkan peningkatan hutang yang sukar untuk dikawal dan akhirnya mereka terdedah kepada kemungkinan muflis jika gagal melunaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.
Selain itu, amalan ini juga sering disalahgunakan oleh peniaga yang menawarkan kadar faedah yang tinggi dan caj tambahan tersembunyi.
Tidak ada jalan keluar melainkan langkah pencegahan perlu diambil dengan segera. Literasi kewangan yang lebih mendalam kepada golongan muda perlu dilaksanakan, agar mereka memahami risiko yang terlibat dan mengamalkan perancangan kewangan yang lebih bijak.
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna di Dewan Rakyat pada 4 Mac, 2024, yang menjadi antara usaha kerajaan meningkatkan perlindungan ke atas pengguna kredit di Malaysia.
RUU itu menyediakan rangka kerja pengawalseliaan yang menyeluruh dan bersepadu ke atas industri pemberi kredit bukan bank.
Di bawah Akta Kredit Pengguna kelak, penyedia BNPL mesti mematuhi piawaian etika dan standard pelakuan seperti ditetapkan, termasuk ketelusan dalam yuran dan caj, terma kredit secara adil dan memberi peringatan kerap kepada peminjam mengenai pembayaran yang perlu diselesaikan.
Sekiranya RUU ini diluluskan, ia akan ditadbir oleh satu badan berkuasa berwibawa baharu iaitu Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) di bawah Kementerian Kewangan (MOF).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/03/usah-normalisasi-budaya-beli-dulu-bayar.html