Pemandu Mabuk Rakan Ditahan Rempuh Sekatan Jalan Raya


Gambar Hiasan KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu yang menaiki sebuah kenderaan selepas merempuh sekatan jalan raya di Batu 15 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh dan hampir melanggar dua anggota polis, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada mulanya menahan kereta Toyota Wish yang dikesan dalam keadaan mencurigakan untuk tujuan pemeriksaan.
Bagaimanapun sebaik dihampiri, pemandunya terus memecut kenderaan yang dipandu dan merempuh sekatan di situ sehingga hampir melanggar dua anggota polis bertugas.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata anggota polis mengejar kenderaan itu sejauh kira-kira satu kilometer dan akhirnya berjaya menahan kenderaan terbabit.
“Ketika proses tangkapan dijalankan, kedua-dua suspek enggan memberi kerjasama malah bertindak merakam video dan mengeluarkan kata-kata tidak sopan ke atas anggota polis yang bertugas.

“Pemandu yang juga seorang lelaki tempatan dan penumpang, seorang wanita tempatan masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Arifai berkata, hasil ujian pernafasan ke atas mereka mendapati pemandu di bawah pengaruh alkohol.
“Suspek dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya kerana menyedari dia berada di bawah pengaruh alkohol ketika pemeriksaan hendak dilakukan.
“Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Beliau berkata tindakan melarikan diri daripada sekatan jalan raya adalah satu kesalahan yang serius.
“Jika ada elemen cuba merempuh petugas yang membahayakan nyawa mereka implikasinya adalah lebih berat kerana ianya boleh disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh,” katanya.

The post Pemandu mabuk, rakan ditahan rempuh sekatan jalan raya appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/18/pemandu-mabuk-rakan-ditahan-rempuh-sekatan-jalan-raya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pemandu-mabuk-rakan-ditahan-rempuh-sekatan-jalan-raya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Suruh Saya Angkat Baju Atau Kena Saman Dakwa Wanita Ditahan Di Sekatan Jalan Raya

Polis Suruh Saya Angkat Baju Atau Kena Saman Dakwa Wanita Ditahan Di Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 614 hits
Bukit Aman melakukan siasatan dakwaan gangguan seksual di sekatan jalan raya PETALING JAYA Selepas seorang wanita berkongsi di Twitter insiden anggota polis mahu mengenalinya dengan lebih rapat beberapa lagi turut mendakwa berdepan situasi ...
Hoi You Lari Apa Hoi Saya Rakam Aa Woi Pemandu Myvi Pandu Laju Rempuh Van Ditahan Polis

Hoi You Lari Apa Hoi Saya Rakam Aa Woi Pemandu Myvi Pandu Laju Rempuh Van Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 325 hits
Hoi You lari apa hoi Saya rakam aa woi Pemandu Myvi pandu laju rempuh van ditahan polisLelaki yang memandu kereta Perodua Myvi melebihi had kelajuan sehingga menyebabkan kemalangan yang membabitkan dua kenderaan lain di Jalan Bandar Kinrara...
Penunggang Motosikal Maut Di Lokasi Pemandu Mabuk Cuba Langgar Lari Tapi Gagal

Penunggang Motosikal Maut Di Lokasi Pemandu Mabuk Cuba Langgar Lari Tapi Gagal

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 231 hits
778 total views 778 views today Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Seri Kembangan turut terbabit dalam kemalangan lain di Lebuhraya Bukit Jalil di sini malam semalam Pihak polis mengesahkan seorang peman...
Teruja Test Drive Mercedes Pemandu Lenjan Kereta Terbabas Rempuh Paip

Teruja Test Drive Mercedes Pemandu Lenjan Kereta Terbabas Rempuh Paip

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 306 hits
Malang tidak berbau begitulah pepatah yang sesuai digambarkan dengan kisah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Yazeed Hair Johari ini Menerusi sebuah posting semalam Yazeed memuat naik video serta gambar kemalangan membabitkan s...
Grab Sasar Beri Vaksin Covid 19 Kepada Semua Pemandu Rakan Penghantaran Jelang Hujung 2022

Grab Sasar Beri Vaksin Covid 19 Kepada Semua Pemandu Rakan Penghantaran Jelang Hujung 2022

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 273 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Grab hari ini mengumumkan pelancaran program vaksinasi COVID 19 di seluruh rantau ini dan menyasarkan semua pekerja pemandu dan rakan rakan kongsi penghantarannyamendapatkan suntikan vaksin itu menjelang akhir
Suami Isteri Curi Barang Farmasi Pasar Raya Ditahan

Suami Isteri Curi Barang Farmasi Pasar Raya Ditahan

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 376 hits
ACP Nurulhuda Mohd Salleh 23 02 2021 11 21 PM KLANG 23 Feb Polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki terlibat mencuri pelbagai barangan yang mempunyai nilai tinggi di farmasi kedai serbaneka dan pasar raya di sekitar daerah ini Jumaa...
Pemandu Myvi Rempuh Van Dibebaskan

Pemandu Myvi Rempuh Van Dibebaskan

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 231 hits
594 total views 594 views today Pemandu Perodua Myvi dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman dua hari kerana memandu melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan di Serdang kelmarin Kertas siasatan kes akan dirujuk kepada Timbalan ...
Maklumat Yang Perlu Dan Tak Perlu Diberi Ketika Sekatan Jalan Raya

Maklumat Yang Perlu Dan Tak Perlu Diberi Ketika Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 239 hits
MALAYSIAKINI Insiden seorang anggota polis yang menghantar pesanan kepada seorang perempuan setelah ketika sekatan jalan raya telah membangkitkan perhatian antaranya berkenaan apakah maklumat yang perlu diberi kepada polis Polis itu yang ki...
Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang

Sukarkah Memohon Sijil Halal Jakim

Resepi Ayam Goreng Cili Kering


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi 15 Hari Antara 20 Kanak Kanak Diselamatkan Jkm Kehidupan Tanpa Penjaga Sah

29 July 1955

Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

Resepi Kueh Teow Goreng Udang

Akan Turun Lebih Besar