Maklumat Yang Perlu Dan Tak Perlu Diberi Ketika Sekatan Jalan Raya


MALAYSIAKINI


Insiden seorang anggota polis yang menghantar pesanan kepada seorang perempuan setelah mendapatkan nombor telefonnya ketika sekatan jalan raya telah membangkitkan perhatian, antaranya berkenaan apakah maklumat yang perlu diberi kepada polis.
Polis itu yang kini dalam siasatan dikatakan menghantar pesanan untuk "berkenalan" dengannya.
Bagaimanapun, peguam yang dihubungi Malaysiakini berkata nombor telefon anda tidak termasuk dalam maklumat yang perlu diberi jika diarahkan berhenti ketika sekatan jalan raya.
Peguam Raj Thanarajah berkata, hanya tiga maklumat yang anda perlu beri kepada polis dalam situasi itu.
"Di bawah Akta Polis 1967, apabila polis hentikan anda, mereka hanya ada satu hak, iaitu untuk lihat sama ada awak ada kebenaran undang-undang atau lesen untuk memandu. Lesen itu berpandukan Akta Pengangkutan Jalan.
"Sebaik saja polis melihatnya, ia sepatutnya memadai. Satu lagi yang polis boleh minta adalah kad pengenalan kerana di bawah Akta Pendaftaran Negara, setiap warga perlu sentiasa bawa kad pengenalan," katanya.
Raj ThanarajahKatanya lagi, perkara ketiga yang boleh diminta polis, yang merupakan tambahan ketika penularan Covid-19, adalah kebenaran untuk keluar melangkaui radius 10 kilometer yang dibenarkan.
"Kebebasan bergerak tertakluk di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan 'lesennya' adalah surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
"Jadi, adakah polis ada hak untuk minta nombor telefon? Jawapannya tidak sama sekali," katanya lagi.
Bagaimanapun, Raj menjelaskan yang ada keadaan di mana polis boleh memintanya.
"Iaitu ketika mereka sedang membuat siasatan dan anda sebahagian daripada siasatan. Tetapi dalam keadaan biasa, maklumat yan boleh diminta polis terhad," katanya.
Apa perlu dibuat jika polis minta nombor telefon
Jika polis meminta maklumat itu ketika sekatan jalan raya, Raj berkata individu perlu bertenang dan mengendalikan situasi itu secara baik.
"Kekal bersopan dengan polis. Mereka sedang bertugas dan anda perlu hormat seragam mereka. Kita bukan seperti rakyat di negara tertentu yang menunjukkan rasa tidak hormat kepada polis.
"Tanya tujuan mereka minta nombor. Pihak autoriti akan berjaga-jaga apabila anda menggunakan hak anda.
"Kata kepada mereka yang mereka boleh lihat lesen atau kad pengenalan, tetapi nombor telefon tiada kaitan dengan pemeriksaan," katanya lagi.
Raj menasihati orang ramai agar tahu akan hak mereka dan patuh kepada undang-undang. Dia juga menekankan pentingnya untuk memastikan pihak berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa.
"Kuasa yang digunakan mesti dalam skop yang terhad. Jika anda tak tahu hak dan kuasa disalah guna, ia boleh membawa kepada keadaan yang lebih buruk," katanya lagi.
Dalam pada itu, pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia Noor Aziah Mohd Awal berkata jika orang awam gagal menunjukkan lesen memandu atau kad pengenalan kepada polis ketika sekatan jalan raya, polis berhak untuk mengeluarkan denda.
"Tetapi mereka tak boleh tahan anda. Ini bukan kesalahan yang membenarkan penahanan.
"Jika mereka mengancam untuk tahan atau minta sesuau untuk bebaskan anda, seperti minta untuk lihat atau sentuh tubuh anda, polis itu telah buat kesalahan di bawah Kanun Keseksaan," katanya.
Jika insiden seumpama itu berlaku, Noor Aziah berpesan agar individu ingat nama anggota yang terlibat dan lokasi kejadian dan seterusnya membuat laporan polis.
Dalam satu lagi insiden sekatan jalan raya pada 12 Februari, seorang wanita mendakwa seorang polis memintanya untuk mengangkat baju untuk mengelakkan disaman kerana gagal menunjukkan lesen memandu.
Wanita itu juga mendakwa polis tersebut memintanya memberi nombor telefon.
Polis berkenaan telah dipindahkan untuk melakukan tugas pejabat sementara siasatan selesai.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/maklumat-yang-perlu-dan-tak-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Guna Kuasa Polis Ambil Maklumat Peribadi Wanita Di Sekatan Jalan Raya Untuk Berkenalan

Salah Guna Kuasa Polis Ambil Maklumat Peribadi Wanita Di Sekatan Jalan Raya Untuk Berkenalan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 339 hits
Malaysiakini Polis sedang menyiasat berhubung kejadian seorang anggota polis yang dikatakan mengambil maklumat peribadi seorang wanita di sekatan jalan sebelum mengirim mesej untuk berkenalan Dalam ciapan di Twitter akaun rasmi polis PDRMsi...
Pemandu Mabuk Rakan Ditahan Rempuh Sekatan Jalan Raya

Pemandu Mabuk Rakan Ditahan Rempuh Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 211 hits
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR Polis menahan dua individu yang menaiki sebuah kenderaan selepas merempuh sekatan jalan raya di Batu 15 Jalan Kuala Lumpur Ipoh dan hampir melanggar dua anggota polis semalam Dalam kejadian kira kira jam 10 30 mal...
Polis Suruh Saya Angkat Baju Atau Kena Saman Dakwa Wanita Ditahan Di Sekatan Jalan Raya

Polis Suruh Saya Angkat Baju Atau Kena Saman Dakwa Wanita Ditahan Di Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 579 hits
Bukit Aman melakukan siasatan dakwaan gangguan seksual di sekatan jalan raya PETALING JAYA Selepas seorang wanita berkongsi di Twitter insiden anggota polis mahu mengenalinya dengan lebih rapat beberapa lagi turut mendakwa berdepan situasi ...
Menteri Pakai Jam Hampir Sejuta Ringgit Ketika Kl Ada Lebih 30 000 Keluarga Miskin

Menteri Pakai Jam Hampir Sejuta Ringgit Ketika Kl Ada Lebih 30 000 Keluarga Miskin

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 533 hits
MALAYSIA DATELINETular di media sosial padanan jam tangan dipakai Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam sidang medianya sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan kelmarin Imej jam mewah di tangan kiri pemimpin Umno berusia 6...
Nikah Jumaat Ini Intan Ladyana Berdebar Kahwin Ketika Pkp

Nikah Jumaat Ini Intan Ladyana Berdebar Kahwin Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 360 hits
Hebahkan Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap cuma dalam keadaan sekarang dengan kes Covid 19 makin meningkat setiap hari agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis Harapnya tiada sebarang
Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil Ini Punca Amp Cara Merawat

Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil Ini Punca Amp Cara Merawat

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 231 hits
Sakit tumit ketika hamil Seorang wanita akan mengalami banyak perubahan semasa hamil ada yang baik dan ada yang akan rasa sakit atau kurang selesa Salah satu perubahan yang kurang disegani adalah sakit tumit kaki semasa hamil atau dikenali ...
Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Al Imam Salim Dari Kota Hadhramaut Ke Alam Nusantara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Hukum Tajwid Surat Yunus Ayat 41 Dan Arti Per Kata

Govt Sets Provisional Anti Dumping Duties On Pet Imports From China Indonesia

Mandarin Korean Signage In Sabah Hotel Irks Netizens Who Want To Know What Malaysia Has Come To

Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu Kl

Menyimpul Solidariti Addendum Najib

Melawat Ke Amanohashidate View Point Dan Ine Town