Pemandu Bas Terlelap 30 Murid Pasti Hampir Jadi Mangsa Ini Kronologi Cemas Di Upm


Satu insiden cemas membabitkan sebuah bas sekolah yang membawa 30 murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ampang dan lima orang guru pengiring telah mencetuskan panik apabila bas terbabit terbabas di kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Kejadian yang berlaku pada hari Sabtu sekitar jam 12.18 tengah hari itu turut menjadi bualan hangat di media sosial selepas rakaman video kemalangan tersebut tular.
Apa yang lebih mengejutkan, siasatan awal mendapati pemandu bas berusia 40-an itu tertidur ketika memandu akibat tidak cukup rehat, sekali gus membawa kepada tragedi yang hampir meragut nyawa kanak-kanak kecil yang tidak bersalah.

Kronologi Detik Cemas Bas PASTI Terbabas Di UPM 12.18 tengah hari: Bas sekolah yang membawa murid-murid PASTI dalam perjalanan dari sebuah kilang coklat menuju ke G2G Animal Garden di MAEPS, Serdang. Ketika melalui Jalan Persiaran Universiti 1, pemandu dipercayai terlelap, menyebabkan bas hilang kawalan.
Bas terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan. Rempuhan itu mencetuskan jeritan panik daripada kanak-kanak yang ketakutan. Guru-guru pengiring segera bertindak memastikan semua murid selamat dan dikeluarkan daripada bas.
Rakaman kejadian tular di media sosial dalam masa singkat, mencetuskan pelbagai reaksi dan kebimbangan orang ramai terutama ibu bapa.
Tiga murid dan seorang guru pengiring cedera di bahagian kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Serdang. Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang selepas rawatan.
Pemandu Direman, Ada 13 Saman Terdahulu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad mengesahkan bahawa pemandu bas mengaku tidak cukup tidur dan rehat, menyebabkan dia terlelap semasa memandu. Beliau juga didapati mempunyai 13 saman lalu lintas terdahulu atas namanya sendiri.
Hasil ujian saringan mendapati pemandu bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol. Namun, beliau telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ibu Bapa Terkejut Dan Trauma: “Saya Terus Menangis Bila Dapat Tahu” Ramai ibu bapa yang dihubungi pihak sekolah terus bergegas ke lokasi kejadian. Sebahagian mereka tidak mampu menahan air mata melihat keadaan bas yang remuk dan membayangkan apa yang dilalui oleh anak-anak mereka.
“Saya terus menangis bila dapat tahu bas anak terbabas. Syukur dia selamat, tapi saya tahu dia masih takut. Malam tadi dia tak nak tidur sendiri,” luah seorang ibu kepada mangsa yang terlibat.
Keselamatan Anak-Anak Jangan Dipandang Remeh Insiden ini membuka mata banyak pihak tentang betapa pentingnya keselamatan pengangkutan kanak-kanak. Tidak kira untuk lawatan sekolah mahupun perjalanan harian, pihak sekolah dan pengusaha bas perlu memastikan:
Pemandu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang stabil
Tiada rekod saman atau kesalahan lalu lintas berulang
Bas dalam keadaan baik dan diselenggara secara berkala

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut tentang kejadian diminta menghubungi IPD Serdang di 03-8074 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Tragedi ini mungkin tidak meragut nyawa, tetapi trauma yang dialami anak-anak, guru serta ibu bapa pasti mengambil masa untuk sembuh. Semoga kejadian ini menjadi peringatan buat semua pihak agar tidak ambil ringan soal keselamatan kanak-kanak. Mereka masih kecil, masih belum mengerti bahaya justeru kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab menjaga mereka sebaiknya.
Pa&Ma mengajak semua ibu bapa untuk lebih cakna dan bertindak proaktif demi keselamatan anak-anak kita. Jangan tunggu tragedi berlaku baru mahu ambil tindakan.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pemandu-bas-terlelap-30-murid-pasti-hampir-jadi-mangsa-ini-kronologi-cemas-di-upm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Murid Pasti Dan Guru Cedera Bas Rempuh Pokok

3 Murid Pasti Dan Guru Cedera Bas Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 182 hits
HARRITH HISHAMKeadaan bas yang dinaiki 30 murid Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam selepas merempuh sebuah pokok di Jalan Persiaran Universiti 1 UPM nbsp Serdang hari ini SERDANG Seramai 30 murid Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam Ampang serta li...
Lepas Dia Tiada Jalan Di Upsi Rasa Kosong Throwback Sahabat Karib Mangsa Tragedi Bas Upsi Meruntun Jiwa

Lepas Dia Tiada Jalan Di Upsi Rasa Kosong Throwback Sahabat Karib Mangsa Tragedi Bas Upsi Meruntun Jiwa

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 166 hits
Satu negara pernah dikejutkan dengan satu tragedi hitam yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris apabila sebuah bas yang membawa pelajar pelajar tersebut terbalik dalam satu kejadian menyayat hati pada Mei 2024 Insid...
245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 256 hits
245 penumpang pemandu bas ekspres gagal pakai tali pinggang keledar JPJ Kelantan Mohd Misuari melakukan pemeriksaan pemakaian tali pinggang keledar membabitkan bas ekspres dan persiaran Foto ihsan JPJ Kelantan KOTA BHARU Jabatan Pengangkuta...
Rangka Manusia Ditemui Di Rumah Bekas Adun Mangsa Dikenal Pasti Anak Bongsu

Rangka Manusia Ditemui Di Rumah Bekas Adun Mangsa Dikenal Pasti Anak Bongsu

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 285 hits
TELUK INTAN Satu rangka dan tengkorak manusia dipercayai milik anak bongsu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar ditemukan di tingkat atas rumah kayu dua tingkat di Jalan Sungai Nibong Sabtu lalu Sorotan utama Mangsa dikenali sebag...
Pemandu Bas Mogok Ribuan Pekerja Malaysia Terkandas Ke Singapura

Pemandu Bas Mogok Ribuan Pekerja Malaysia Terkandas Ke Singapura

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 325 hits
Mohamed Farid Nohfarid noh bh com myRIBUAN pekerja Malaysia di Singapura yang berulang alik menggunakan bas terjejas hari ini apabila kira kira 100 pemandu bas mogok sejak jam 5 pagi tadi FOTO TularJohor Bahru Ribuan pekerja Malaysia di Sin...
Rakan Cuba Bantu Tetapi Mangsa Hilang Dibawa Arus Tenggelam

Rakan Cuba Bantu Tetapi Mangsa Hilang Dibawa Arus Tenggelam

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 252 hits
Rakan cuba bantu tetapi mangsa hilang dibawa arus tenggelam Pasukan penyelamat menemui mayat budak lemas di Sungai Kupang jam 6 30 petang semalam kira kira 50 meter dari tempat mangsa mandi Foto BOMBA BALING Rakan kepada kanak kanak yang di...
Caprice Mengamuk Mangsa Mangsa Dipukul Tarik Balik Laporan Polis Cap Boleh Kalah Saman Lebih Rm4 Juta

Caprice Mengamuk Mangsa Mangsa Dipukul Tarik Balik Laporan Polis Cap Boleh Kalah Saman Lebih Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 284 hits
Sedia maklum beberapa minggu yang lalu kecoh isu mengenai Caprice dikenakan perintah injuksi selepas tiga orang individu termasuk Asyraf Khalid menyamannya selepas meluahkan rasa berang usahawan itu menjemput seorang fitness coach yang sebe...
Sultan Pahang Bantu Membina Semula Rumah Mangsa Kebakaran Di Kampung Cherok Paloh Hari Ini

Sultan Pahang Bantu Membina Semula Rumah Mangsa Kebakaran Di Kampung Cherok Paloh Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 315 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli melawat mangsa kebakaran di Kampung Cherok Paloh Pekan hari ini Keberangkatan baginda kira kira pukul 5 20 petang di tapak rumah i...
Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli

Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 169 hits
Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli Memandangkan kebelakangan ini kita kerap mendengar tentang kisah buli termasuklah kisah Allahyarhamah Zara Qairina ramai orang mula membuka mulut menceritakan kisah mereka dibuli ketika waktu persekolahan ...
Find Cure For Bersatu S Chronic Illness Muhyiddin S Ex Aide Says

Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak

Bersatu Ada Penyakit Kronik Dakwa Mantan Setiausaha Presiden

Kampung Sungai Baru Committee Chairman Claims Umbilical Cord Was Buried There Netizens Demand Prove Among Other Things

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Mana Sebutan Adidas Terhasil

Kisah Cinta Indah Antara Zulaikha Dan Nabi Yusuf As

Ayam Goreng Abah

Beli Kek Chocolate Indulgence Secret Recipe By Grab Food Delivery

Soul Monologue Silent Time

11 Rekomendasi Tempat Wisata Di Taipei Yang Wajib Dikunjungi Turis