Lepas Dia Tiada Jalan Di Upsi Rasa Kosong Throwback Sahabat Karib Mangsa Tragedi Bas Upsi Meruntun Jiwa


Satu negara pernah dikejutkan dengan satu tragedi hitam yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), apabila sebuah bas yang membawa pelajar-pelajar tersebut terbalik dalam satu kejadian menyayat hati pada Mei 2024. Insiden itu bukan sahaja mengundang tangisan seluruh rakyat Malaysia, malah meninggalkan luka yang dalam buat keluarga dan sahabat handai mangsa yang terkorban.
Antara yang menjadi korban dalam tragedi itu ialah Muhammad Adib Hazim bin Halim, pelajar jurusan Pengurusan Pendidikan. Seorang anak muda yang disenangi ramai, pemalu tapi penyayang, pendengar setia dan sahabat sejati. Kehilangannya diratapi ramai, namun lebih perit buat mereka yang pernah berkongsi hidup seharian bersamanya.
Terbaru, kisah meruntun jiwa yang diceritakan oleh Muhd Zamani bin Ispaini, sahabat rapat arwah Adib Hazim yang dizahirkan menerusi coretan di facebook milik Muhammad Syazwan yang menzahirkan rindu yang sukar diluahkan dengan kata-kata.
Setiap gambar yang disertakan bersama catatan itu, benar-benar menggamit sebak, dan menjadi bukti betapa dalamnya erti persahabatan yang mereka bina. Sakit untuk dikenang, tapi itulah hakikat kehilangan yang tak mampu ditawar semula. Rindu untuk yang pergi, benar-benar perit untuk dirasa.
Ikuti coretan penuh menusuk jiwa buat sahabat yang telah pergi tidak akan kembali lagi.
Kali pertama kami berkenalan… cuma di satu program. Satu senyuman, satu tegur sapa. Tak sangka… dari situ, hidup aku berubah. Kami tukar nombor, janji nak join program sama-sama. Tapi siapa sangka, lepas tu… dia jadi bahagian paling indah dalam hidup aku.
Hari-hari di UPSI… makan sama-sama, pergi cafe, pergi kelas, jogging petang, lepak malam, semua kami buat berdua. Macam bayang. Kalau aku pergi mana-mana, mesti dia ada. Kalau dia hilang dari pandangan, rasa tak lengkap.

Adib Hazim… sahabat yang paling penyayang aku pernah jumpa. Pemalu sikit, tapi bila dah rapat, dia simpan semua rahsia aku. Dia pendengar setia, peneman terbaik. Kalau aku ada masalah, dia orang pertama yang hulur tangan. Dia selalu kata, “Kalau tak boleh tanggung sendiri, kita tanggung sama-sama.”
 

Kami pernah tengok cerita hantu kat KL, dia takut, tapi nak jugak tengok sebab aku nak. Tengah malam pun pernah ajak teman ke mesin ATM sebab takut jalan sorang. Aku senyum bila ingat, tapi sekarang… senyuman tu pedih.
Lima hari sebelum kejadian, kami balik sama-sama. Dia peluk aku. Kami sempat minta maaf. Dia kata, “Jumpa naik raya haji nanti…”
Tapi rupanya… itu pelukan terakhir. Itu “jumpa lagi” yang takkan pernah jadi.
Pagi kejadian… aku bangun tidur, dengar berita, bas terbalik. Aku terus cari nama dia… mesej dia, tunggu balasan. Tak ada. Aku tunggu… tunggu dekat katil dia, harap dia masuk bilik, senyum macam biasa. Tapi makin lama… makin sunyi.
Aku dapat nombor umi dia. Aku call.

Dan saat tu… dunia aku runtuh. Dia sah dah pergi. Pergi selamanya. Aku jerit. Aku menangis. Aku doa, semoga semua ni mimpi. Tapi… hakikatnya, aku dah kehilangan sahabat yang aku sayang macam saudara sendiri.
Lepas dia tiada, jalan kat UPSI rasa kosong. Aku makan sorang. Jogging sorang. Semua tempat yang dulu ada dia, sekarang tinggal bayang. Lagu Naim Daniel… barang yang dia pernah bagi… semuanya buat aku rasa dia masih dekat, tapi tak boleh aku peluk lagi.
Aku rindu nak lepak KL sama-sama. Rindu nak gelak depan wayang. Rindu nak jalan tepi dia. Tapi semua tu dah takkan jadi.

Arwah ajar aku, ajal tak kenal masa. Hari ni kita gelak, esok mungkin kita dah tak sempat ucap selamat tinggal. Kehilangan dia buat aku lebih menghargai masa, lebih banyak berdoa, lebih cuba jadi manusia yang tak sia-siakan sesiapa.
Kalau aku boleh cakap kali terakhir, aku cuma nak kata…
“Terima kasih, Adib. Sebab jadi cahaya dalam hidup aku. Walaupun kau tak lama, tapi kau tinggal bekas yang takkan hilang sampai mati.”
Buat siapa yang masih ada sahabat, peluk mereka kuat-kuat. Hargai setiap saat. Jangan tunggu mereka pergi, baru nak menangis.
Bagi aku…
Adib Hazim ialah…
Peneman jiwa. Saudara tak sedarah. Tempat aku bersandar bila dunia terlalu berat.
Dan sekarang…
Aku cuma mampu kirim doa, dalam setiap sujud aku.
Rindu ini tak pernah reda,
walau hari berganti minggu,
dan minggu jadi bulan,

kau tetap hadir dalam ingatan
setiap kali aku pejam mata.
Kalau waktu boleh diputarkan,
aku nak ulang hari terakhir kita berbual,
aku nak peluk kau lama-lama,
aku nak cakap,
“Terima kasih sebab jadi sahabat terbaik aku.”
Aku tak tunjuk depan orang,
tapi setiap kali aku duduk sorang,
nama kau yang aku sebut,
dan air mata tu,
tetap tumpah tanpa dipaksa.

Bukan mudah nak hadap hidup lepas kehilangan,
tapi aku belajar redha…
sebab aku tahu,
Allah ambil kau pada waktu yang paling indah,
waktu hati kau bersih dan jiwa kau suci.

Sampai masa nanti,
kalau Tuhan izinkan,
aku nak duduk sebelah kau lagi…
bukan di sini,
tapi di tempat yang kekal, di syurga.
Di sana nanti,
tiada lagi perpisahan,
tiada lagi tangisan,
hanya tawa kita berdua,
di bawah naungan rahmat-Nya.
Aku janji akan terus kirim pahala,
dalam setiap bacaan Al-Fatihah,
dalam setiap amal dan sedekah,
semoga ia sampai pada kau,
sebagai hadiah dari sahabat yang tak pernah lupa.
AL-FATIHAH
MUHAMMAD ADIB HAZIM BIN HALIM
The post “Lepas Dia Tiada, Jalan Di UPSI Rasa Kosong.”…” Throwback Sahabat Karib Mangsa Tragedi Bas UPSI Meruntun Jiwa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-dia-tiada-jalan-di-upsi-rasa-kosong-throwback-sahabat-karib-mangsa-tragedi-bas-upsi-meruntun-jiwa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini 12 Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Zara Qairina No 7 Paling Meruntun Jiwa

Ini 12 Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Zara Qairina No 7 Paling Meruntun Jiwa

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 223 hits
Seluruh negara tersentak apabila berita kematian tragis pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir 13 yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar Sabah mengundang gelombang kesedihan dan desakan keadila...
Bukan Semua Bernama Tiri Itu Jahat Kapsyen Shila Amzah Puji Ubai Meruntun Jiwa

Bukan Semua Bernama Tiri Itu Jahat Kapsyen Shila Amzah Puji Ubai Meruntun Jiwa

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 161 hits
Shila Amzah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air dan antarabangsa Seorang wanita yang bukan hanya kuat di pentas seni tapi juga dalam kehidupan peribadinya Pernah melalui episod perkahwinan yang tidak kekal Shila membes...
Hiburan Dilapor Hilang Lepas Kereta Dinaiki Terjunam Dalam Sungai Polis Giat Mencari Mangsa Ija

Hiburan Dilapor Hilang Lepas Kereta Dinaiki Terjunam Dalam Sungai Polis Giat Mencari Mangsa Ija

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 130 hits
Melalui laporan seorang lelaki yang bernama Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau mesra dipanggil sebagai Ija dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaiki terjunam dalam Sungai Tui Bukit Kepong semalam Belum disahkan meninggal dunia Menur...
Saif Dah Tak Ada Ayah Mangsa Luah Sebak Kehilangan Anak Lepas Dihantar Ke Taska

Saif Dah Tak Ada Ayah Mangsa Luah Sebak Kehilangan Anak Lepas Dihantar Ke Taska

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 184 hits
Berita semalam menggemparkan hati ramai ibu bapa di seluruh negara seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia di sebuah taska di Melaka Hancur luluh hati pasangan suami isteri itu Anak yang selama ini dibelai sejak dalam kandung...
Saya Pilih Jaga Mak Ayah Cinta Seorang Suami Anak Saat Hidup Diuji Meruntun Jiwa Warganet

Saya Pilih Jaga Mak Ayah Cinta Seorang Suami Anak Saat Hidup Diuji Meruntun Jiwa Warganet

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 141 hits
Di sebalik penderitaan fizikal dan tekanan hidup yang mencengkam sebuah keluarga kecil membuktikan bahawa kasih sayang dan pengorbanan adalah kekuatan utama dalam menghadapi ujian Kisah menyayat hati ini tular di TikTok apabila seorang warg...
Pemandu Bas Terlelap 30 Murid Pasti Hampir Jadi Mangsa Ini Kronologi Cemas Di Upm

Pemandu Bas Terlelap 30 Murid Pasti Hampir Jadi Mangsa Ini Kronologi Cemas Di Upm

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 132 hits
Satu insiden cemas membabitkan sebuah bas sekolah yang membawa 30 murid Pusat Asuhan Tunas Islam Ampang dan lima orang guru pengiring telah mencetuskan panik apabila bas terbabit terbabas di kawasan Universiti Putra Malaysia Serdang Kejadia...
Zara Qairina Tragedi Yang Menjeritkan Kepedihan Dan Tanggungjawab Kita Semua

Zara Qairina Tragedi Yang Menjeritkan Kepedihan Dan Tanggungjawab Kita Semua

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 209 hits
Insiden menyayat hati yang meragut nyawa seorang pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir telah mencetuskan gelombang kesedaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat Kejadian malang yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pa...
Mangsa Pukul Direman Bantu Siasatan Kes Curi

Mangsa Pukul Direman Bantu Siasatan Kes Curi

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 170 hits
Buletin TV3 nbsp Tangkap layar daripada rakaman video tular yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan dipaksa masuk ke dalam sebuah pikap Foto TularNIBONG TEBAL Seorang lelaki mangsa pukul sekumpulan individu dan dipaksa masuk ke dalam seb...
Budak Disorok Dalam Beg Di Dalam Ruang Bagasi Bas

Budak Disorok Dalam Beg Di Dalam Ruang Bagasi Bas

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 115 hits
AFPKaiwaka New Zealand Seorang wanita berusia 27 tahun didakwa atas kesalahan mengabaikan dan mendera kanak kanak selepas seorang budak perempuan berusia dua tahun ditemukan disorokkan dalam sebuah beg pakaian di ruang simpanan bagasi sebua...
Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Create Your Next Masterpiece With The All New

Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ops Sohor Kegiatan Seludup Berkemungkinan Didalangi Segelintir Penguat Kuasa

Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli

Resepi Kuih Kapit Inti Coklat

Tanam Sulur Nenas Md2 Dalam Kotak Gabus Polisterin

Fany Zee Sengaja Menabur Luka Chord

Grs Has Real Plans For Sabah S Infrastructure Woes Says Shahelmey