Pemakaian Korset Boleh Membahayakan Kesihatan


Kesan Buruk Pemakaian Korset Yang Wanita Perlu Tahu
'BIAR sakit, asalkan bentuk badan menarik dan pinggang ramping umpama jam pasir'

Itu antara pendirian wanita yang sanggup menanggung 'derita' demi memiliki bentuk badan ramping.
Faktor itu mendorong mereka mengambil 'jalan pintas' memakai korset, sedangkan ia boleh mengancam kesihatan.
Pakar Perunding Bedah Perut dan Kolorektal Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Prof Madya Dr Mohd Faisal Jabar berkata, korset ialah pakaian wanita yang direka khas untuk membuatkan perut, pinggang dan tubuh menjadi lebih langsing berbanding biasa

Beliau berkata, kesan pemakaian korset secara keterlaluan dan terlalu ketat boleh mengubah bentuk badan secara tidak semulajadi

"Pemakaiannya (korset) sudah menjadi trend terutama wanita yang menganggap badannya gemuk, lebih-lebih lagi apabila ramai selebriti terkenal mempamerkan tubuh yang langsing dan pinggang ramping melalui amalan pemakaian korset

"Ini menarik minat wanita untuk mencubanya dengan harapan mendapat bentuk badan seperti mereka (selebriti)," katanya

Menurutnya, pemakaian korset bermula ketika era Victoria iaitu sekitar 1837 hingga 1901


"Pada waktu itu, korset menjadi elemen penting dalam fesyen wanita dan pemakaiannya juga sangat ketat bagi menonjolkan bentuk tubuh yang menarik

"Namun, pengamal perubatan pada era itu (Victoria) turut menyatakan bahawa pemakaian korset boleh memberi kesan kesihatan kepada wanita," katanya

Dr Mohd Faisal berkata, tidak dinafikan wujud salah tanggapan yang mengaitkan korset sebagai alat menurunkan berat badan sedangkan pemakaiannya lebih kepada membentuk badan

"Terdapat dua jenis korset iaitu korset kecantikan dan korset kesihatan yang dipakai dengan tujuan tertentu

"Korset kecantikan boleh dipakai dalam tempoh singkat. Contoh, mahu tampil menarik dan bergaya apabila mengenakan kebaya

"Namun, apa yang membimbangkan ialah ada wanita terlalu obses untuk memiliki pinggang ramping, mendorongnya memakai korset kecantikan dalam tempoh panjang

"Ada dua kesan jangka panjang yang paling ketara dialami wanita apabila memakai korset kecantikan iaitu mengakibatkan otot belakang badan dan otot abdomen menjadi lemah serta mengecilkan kapasiti paru-paru" katanya

Dr Mohd Faisal berkata, otot belakang badan dan otot abdomen menjadi lemah apabila korset 'mengambil alih' fungsi otot

"Ini berlaku kerana otot belakang badan yang pada asalnya kuat dan tidak mempunyai sebarang masalah

"Tetapi, apabila memakai korset bagi masa lama, ia boleh menyebabkan otot berkenaan menjadi kecil dan tidak kuat yang akhirnya menyukarkan untuk mengangkat kaki

"Sebab itu, apabila membuka korset menyebabkan pemakainya berasa sakit di bahagian belakang badan dan otot kerana tidak dapat menyokong kerangka tubuh," katanya

Beliau berkata, selain itu, korset juga mampu mengecilkan kapasiti paru-paru kira-kira 30 hingga 60 peratus.

"Ini menyebabkan sistem pernafasan sedikit terganggu kerana bahagian dalam diafragma mengalami kesukaran untuk mengembang lalu menyukarkan okisgen masuk dalam tubuh

"Ini juga mengakibatkan individu mudah pitam apabila melakukan kerja berlebihan kerana tidak cukup udara dan stamina," katanya

Kajian terbitan 'Journal of Strength and Conditioning Research' mendapati, individu yang memakai tali pinggang ketika mengangkat berat mengalami peningkatan tekanan darah

Ini mendorong penghasil korset terkenal, Korsetri Lucy untuk melakukan perbandingan melalui memakai korset dan mendapati pemakaian korset meningkatkan 10 peratus tekanan darah

Jelasnya, pemakaian korset yang ketat boleh memberi tekanan kepada organ dalaman terutama perut yang akhirnya menjejaskan sistem pencernaan

Bahkan katanya, tulang rusuk juga boleh menjadi 'cacat' dipanggil klorosis (tidak normal)

Selain itu, beliau berkata, tiada bukti klinikal menunjukkan pemakaian korset boleh menyebabkan gangguan penyakit pencernaan kronik (GERD)

"Bagaimanapun, tidak mustahil mereka yang menghidap GERD menjadi lebih teruk apabila memakai korset," katanya

Dr Mohd Faisal berkata, manakala korset kesihatan mempunyai kebaikan terutama kepada individu yang mahu mengangkat objek erat dan mempunyai masalah sakit belakang


"Reka bentuk korset kesihatan ini khas bagi mengurangkan pergeseran sendi belakang badan yang sakit

"Kebiasaannya, korset kesihatan dipakai dalam tempoh 10 hingga 12 jam sehari dan membukanya apabila hendak tidur

"Pesakit memakai korset kesihatan apabila mahu melakukan aktiviti harian dan penggunaannya amat berkesan mengurangkan kesakitan di bahagian belakang badan," katanya

Dalam pada itu, katanya, bentuk badan yang menarik boleh dimiliki sekiranya mengamalkan pola pemakanan sihat disusuli aktiviti fizikal berterusan

"Saya menggalakkan wanita memilih cara ini kerana ia tidak memberi kesan buruk terhadap kesihatan, malah menyihatkan tubuh," katanya.


Sumber : HMetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kongsikanaje.blogspot.com/2020/08/pemakaian-korset-boleh-membahayakan-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aneka Resipi Lauk Pauk Kuih Manisan Boleh Masak Guna Pucuk Ubi Kayu

Aneka Resipi Lauk Pauk Kuih Manisan Boleh Masak Guna Pucuk Ubi Kayu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 405 hits
Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika daripada keluarga Euphorbiaceae yang tinggi karbohidrat Malah daunnya juga boleh dimakan dan dijadikan sayur Kulit ubi kayu mempunyai asid hidro...
Baik Najib Muhyiddin Atau Anwar Tak Boleh Kukuhkan Kedaulatan Kita Kata Dr M

Baik Najib Muhyiddin Atau Anwar Tak Boleh Kukuhkan Kedaulatan Kita Kata Dr M

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 265 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad berkata baik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim atau bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh mengukuhkan kedaulatan Malaysia Dalam temu bual Youtube dengan pelajar Far...
Tak Boleh Bergaduh Lama Dengan Isteri Saya Mesti Settle Dulu Sebelum Tidur Dato Fazley Yaakob

Tak Boleh Bergaduh Lama Dengan Isteri Saya Mesti Settle Dulu Sebelum Tidur Dato Fazley Yaakob

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 456 hits
Asam garam kehidupan berumah tangga pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan Malah perbalahan suami isteri pastinya akan turut berlaku Namun sebagai ketua keluarga suamilah perlu bijak memainkan peranan Begitu juga isteri yang p...
Panggilan Suara Atau Video Pada Google Duo Kini Boleh Memaparkan Kapsyen

Panggilan Suara Atau Video Pada Google Duo Kini Boleh Memaparkan Kapsyen

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 324 hits
Sebelum ini ada kedengaran yang Google mungkin akan mematikan perkhidmatan Google Duo Ini kerana mereka sejak kebelakangan ini fokus kepada Google Meet dan Google Meet mungkin akan menggantikan Duo Tetapi perkara itu jika benar mungkin lamb...
Khairuddin Takiri Boleh Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

Khairuddin Takiri Boleh Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 872 hits
YUSLAINI AZMI Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ahli Parlimen Kuala Nerus membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia apabila didapati melanggar SOP Kementerian Kesihatan Malaysia sejurus pulang dari...
Rangup Tapi Lembut Potato Carrot Fritters Versi Baby Mak Ayah Boleh Tumpang Sekaki

Rangup Tapi Lembut Potato Carrot Fritters Versi Baby Mak Ayah Boleh Tumpang Sekaki

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 293 hits
Hujung minggu pastinya menjadi hari paling bermakna buat anak anak di rumah Mana tidaknya pagi pagi lagi juadah hebat sudah tersedia hebat di atas meja Semuanya air tangan ibu tercinta Apa kata cuti hujung minggu ini mama sediakan Potato Ca...
Anak Tidur Sama Dalam Bilik Boleh Jadi Punca Suami Isteri Asyik Bergaduh

Anak Tidur Sama Dalam Bilik Boleh Jadi Punca Suami Isteri Asyik Bergaduh

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 511 hits
Anak anak tidur dengan ibu ayah adalah perkara biasa Ada beberapa faktor yang menyebabkan kebanyakan pasangan merasa kurang selesa untuk membenarkan anak anak untuk tidur sendiri Ketika masih kecil tiada masalah untuk tidur bersama Tetapi s...
Harga Minyak Runtuh Kuwait Tak Boleh Bayar Gaji Penjawat Awam

Harga Minyak Runtuh Kuwait Tak Boleh Bayar Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 453 hits
Tuan tuan ini ada sedikit berita dari Kuwait negara Arab yang super kaya Yang pokoknya mereka sangat bergantung kepada hasil minyak yang sudah berkurangan sebab harga minyak runtuh Masalah No 2 besar ialah lebih 76 daripada belanjawan keraj...
Pru 15 Umno Boleh Menang

Pru 15 Umno Boleh Menang

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 331 hits
UMNO boleh menang PRU15 boleh UMNO boleh menang PRU 15 nanti kalau Kalau mana mana pemimpin yang sudah kalah ataupun lengit semasa PRU14 yang lepas duduk diam diam Tak perlu lagi untuk tonjolkan diri Mereka yang sudah kalah ini sepatutnya p...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally